~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Wednesday, January 25, 2012

tips menangani anak

sekadar perkongsian.....xbermaksud ape2...






tips menangani anak



1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak 

Sabda Rasulullah s.a.w. "Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)" dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya ... bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif... itu salah...

4). Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5). Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk) 

6). Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran) 

7). Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8). Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9). Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).



10). Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11). Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12). Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13). Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14). Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15). Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16). Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri. 

17). Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka. 

18). Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19). Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20). Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa. 

21). Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22). Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri. 



"anak- anak ibarat kain pUtih. iBu bApa laH yanG mencoRakkanNya menjaDi yAhudI, nAsRani atAu mAjusI"

Tuesday, January 24, 2012

bila ALLAH di hatimu~

Kita sering Terlupa ALLAH dalam hidup kita, kan. Saya akuinya.
Anda tahu, di dalam sebuah Hadis Qudsi, pernah diceritakan bahawa apabila seorang hamba berdoa disertai dengan tangisan, maka ALLAH akan memberitahu dan menyuruh malaikat untuk menangguhkan permintaannya. Kerana apa? Kerana kata ALLAH, ALLAH rindu pada pengaduan yang bersungguh-sungguh seperti itu.

ALLAH rindu, wahai sahabat sekalian.

Subhanallah...

Hakikat Seorang Manusia

Hakikat yang perlu kita terima dan akui sebagai seorang manusia adalah, kita ini sering melupakan ALLAH SWT dalam hidup kita. Bahkan, tidak keterlaluan saya katakan, bahawa kita ini ada masa hanya mengingati ALLAH pada masa-masa yang tertentu.

Allahuakbar. Lemahnya kita.

Begitu juga dengan hal mengadu. ALLAH tidak larang kita berkongsi rasa kepada manusia. Tetapi sebaiknya, kita mengadulah terlebih dahulu kepada ALLAH. Kerana, hanya ALLAH yang Maha Memahami akan keadaan kita sedari kecil sehinggalah dewasa.

Sahabat, berbicara dengan ALLAH itu lain perasaan.

Apa perasaan itu? PUAS. Ya, kepuasan.

Mari, Mengadu Kepada ALLAH

Wahai sahabat. Saya juga masih bertatih. Maka, mari duduk bersama-sama. Kita sama-sama mengadu kepada ALLAH. Apabila sudah tenang dan kita memerlukan nasihat daripada seorang manusia, maka carilah seseorang untuk memberi nasihat kepada anda.
ALLAH itu, sentiasa ada di ‘sana’ untuk mendengar pengaduan dari kita, hamba-Nya. Apabila kita mengadu, bukan ALLAH tidak pernah memberikan tindakbalas. Sebaliknya, ALLAH mendengar pengaduan kita itu dengan mencampakkan ketenangan ke dalam hati kita walaupun kita tidak melihat wajah ALLAH SWT.

Anda tidak yakin? Nah, bacalah kalam ALLAH ini,

“Maka ingatlah kepada-Ku, Aku pun akan ingat kepadamu. Bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu ingkar terhadap-Ku. Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan solat. Sungguh, ALLAH berserta dengan orang-orang yang sabar.” – al Baqarah : 152 – 153

Ingin mengadu? ALLAH sentiasa ada dengan kamu.

Semoga ALLAH merahmati..



sumber

Monday, January 23, 2012

sekadar perkongsian...

Biar masa yang menentukan..percayalah bahawa janji ALLAH itu benar..jika ingin mendapatkan orang yang baik, caranya kita haruslah memperbaiki diri kita..

Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)


Kisah couple..



A: Awak, boleh jadi awek saya? Saya berkenan sgt lah kat awak. Bagi saya, awak perfect!

B: Ok, boleh je tade masalah. Couple ke?

A: Err...kalo dah mintak jadi awek, maknanya couple la tu kan?

B: Ok. Bila nak kahwin?

A: Err..boleh tak tunggu saya habis belajar dulu tahun depan, pastu tunggu saya dapat keje stabil dulu. Dalam 3 tahun, insyaAllah.

B: Ok, kita putus sekarang gak.

A: Eh, kenapa?????

B: Tiga sebab;

Satu, awak ajak saya bergelumang dalam dosa utk 3 tahun tanpa akad yang sah. Tiada jaminan awak takkan jumpa saya, sentuh saya dan hal2 berkaitan. Dalam 3 tahun tu kita akan bercakap hal sia-sia tentang soal hati yang tiada berkesudahan. Nanti ada yang terluka. Saya taknak hati saya terluka. Saya pun taknak hati awak terluka.

Dua, kalau tak bersedia nak kahwin kenapa terburu-buru nak jalin hubungan? Sedangkan kahwin ni spesifiknya adalah utk mereka yg
betul2 bersedia zahir batin, agamanya, ekonominya wlpn tak kaya, dan dari banyak sudut. Restu ibu bapa juga perlu difikirkan sama.

Tiga, lelaki yang beragama tahu bahawasanya ini bukan caranya. Sabar. Tahajjud byk2. Istikharah rajin2. Taubat selalu2. Muhasabah sentiasa2. Ubah slow2. Lelaki beragama takkan beri harapan palsu dengan bermain dengan perasaan, masa dan waktu. Jangan letak harapan seandainya hati tak yakin. Jgn beri harapan pada yang mudah menyerap harapan. Hati wanita ni macam gelas kaca, mudah pecah. Bila dah terluka, susah nak rawat balik. Jangan ada niat nak kahwin je, tapi tindakan ke arah itu tidak ada. Boring. Cari calon ni bukan nak cuba-cuba macam cuba pakaian. "Tak sesuai yang ni, amik yg lain lah." No.

A: Em..tp sy tetap nak awak. Dh bertahun2 tunggu awk.

B: "Mohon padaNya andai hatiku yang kau pohon." Bila dah bersedia, cuba cari saya balik. Tapi ni bukan janji atau beri harapan. Jika sy masih blm berpunya, datang mintak dengan ayah mak terus. Bincang dengan dorang. Ok, saya letak tepon dulu. Salam.

A: Wslm.
(tut tut...)






aku sgt2 ske statement atas nih..xtau nape..tp ayat2 nih sebagai ayat 'pemujuk' andai kita xdpt apa yang kita nak....
teringat firman ALLAH yang bermaksud...

"boleh jadi kamu membenci sesuatu sedangkan ia baik untukmu dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan ia buruk untukmu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak tahu." Surah. Al Baqarah:216.

jadi ape yang penting skang, jika kamu ingin mendapat yang terbaik, ubahlah dirimu dahulu..jgn disalahkan orang lain, jgn disalahkan takdir..ALLAH lebih mengetahui segala2nya...hidup ini bukan utk dunia tetapi utk akhirat...teringt sorang penceramah pernah berpesan, 

"letakkanlah dunia di dagumu dan akhirat di tangan (kalo xsilap)..sbb dagu kita xnampak, tp tangan kita nmpk'

Wednesday, January 11, 2012

aku merinduimu~


lagu nih mmg sgt bes dengar..lagi2 time xm nih....hayatilah...^_^




Aku Merinduimu
Album : Album Mini Motivasi Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com



Tidak dapat kugambarkan
Rindu yang lahir dari hati ini 
hanya yang mampu tuk kulafazkan
Aku Merinduimu

Terasa amat jauh diri ini
Kerna kau tiada disisi
Bergenang air mataku
bila terkenangkan wajahmu

Ayah ibu 
Dari jauh kupohon restu
Doamu titian kejayaanku
Nasihat darimu kuingat selalu
Tersemat di kalbu

Oh Tuhan
Berkatilah ku dalam mencari ilmu
Dengan RedhaMu
Moga kujejaki tempat yang dituju

Vokal dan harmoni: Devotees
Lirik/Lagu: abdhalim
Susunan muzik: abdhalim
Gitar akustik: abdhalim
Bonggo: abdhalim
Penerbit: Abd Halim Bin Ahmad



Tuesday, January 3, 2012

exam

setelah seminggu 'bercuti' semasa study week...
dengan xde mood nk study...
study pon men2 jek..
adoii....

ntah tetibe...
ari nih aku rse cuak gile..
kelam kabut utk study..
paper 1st ari jumaat nih..
CUAKNYEEEE....

ya ALLAH, tenangkanlah hati ini!!!

buat sume kawan2...
go0d LucK in ur exam....



WE DO THE BEST..
LET ALLAH DO THE REST...
(^_^)v

Monday, January 2, 2012

amaran utk diri KU~

pesan kepada diri....
jangan tersalah memberi hati pada insan yang tidak sudi dan pada yang tidak mengerti...
kerana sekali engkau memberi, selamanya dia di HATI...
kerana sekali engkau dilukai, sampai bila-bila tetap engkau ingati...

pesan lagi pada diri,
hati-hatilah dalam memberi HATI sebab ia hanya untuk insan yang tahu menghargai betapa tingginya nilai sekeping hati...