~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Wednesday, July 27, 2011

sayang awak !!

pg td aku di'tugas'kan utk menjadi driver mak aku..wlpn penat, tp syok gak la sbb bole drive..da lame da xdrive..lgpn bole la wat berbakti kat mak aku sndiri smntara aku masih ada kat umah nie..act makin risau, cuti tnggal sbln jek..cmpur ngan kem sume,bpe ari jek dapat duk umah..tp xpe, mungkin nie pengorbanan yg aku terpaksa hadapi...

kereta impianku...^_^


time tunggu mak aku kat spital td, aku smpat la menghabiskan buku yg aku cilok dari bilik abg aku, tjuk die "KISAH-KISAH DARIPADA RASULULLAH" karya ALLAHYARHAM DATO' ISHAK BAHAROM....

ada 18 kisah dalam nie yg diceritakan oleh Rasulullah..mmg bes n bg pngjaran kat aku..kat cni aku nk kongsi sebuah hadis..mari bace...(^_^)v

Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW telah bersabda :

Seorang lelaki telah menziarahi saudaranya di dalam sebuah kampung. ALLAH SWT memerintahkan malaikat supaya menunggu di jalanan. Apabila lelaki itu sampai kepada malaikat itu, dia ditanya,

'Kamu hendak ke mana?"

Lelaki itu menjawab,

"Aku ingin menziarahi saudaraku di kampung ini."

Malaikat bertanya lagi,

"Adakah antara kamu dengannya berupa nikmat yang mengeratkan hubungan kamu?"

Dia menjawab,

"Tidak! Aku hanya kasihkan dia kerana ALLAH semata-mata."

Malaikat itu berkata lagi,

"Sesungguhnya aku adalah utusan ALLAH SWT kepada kamu, untuk memberitahu kamu bahawa ALLAH SWT sangat kasihkan kamu sebagaimana kamu kasihkan saudaramu."

Hadis Muslim 4656 ; Musnad Ahmad : 9579


Sebenrnya melalui hadis ini, banyak pengajaran yg boleh kita ambil..antaranya ialah 

1) Amalan ziarah menziarahi sesama Islam kerana ALLAH adalah suatu sifat yg mulia..ini akn menunjukkan perpaduan Islam di smping kita dapat mngeratkan silaturrahim.. Rasulullah pernah bersabda, mafhumnya, :

"Barangsiapa yang melawat org sakit atau menziarahi saudaranya kerana ALLAH SWT, nescaya diseru oleh malaikat : Engkau telah melakukan kebaikan dan perbanyakkanlah perjalananmu. Dan sesungguhnya telah disediakan bagimu tempat di syurga."

Lihatlah betapa byknya pahala yg kita dpt andai kita berkasih sayang kerana ALLAH.

2)  Selain itu, doa drpd sahabat yg ikhlas pasti akan mendatangkan ganjaran yg besar. Bahkan dia akan mendapat naungan ALLAH di akhirat kelak. Di samping itu, persahabatan atas dasar kebendaan atau keduniaan, tidak akan memberikan ganjaran pahala oleh ALLAH. Kebiasaannya, persahabatan seumpama ini jarang berkekalan lama. Hal ini kerana apabila benda yg menjadi tali pengikat persahabatan itu tiada, maka hilanglah jua persahabatan itu. Kerana itu ALLAH mnyuruh hambaNya agar menjalinkan persahabatan kerana ALLAH. Hasilnya, persahabatan itu akan kekal walaupon sesudah mati.



Kesimpulan yg bole aku wat kat cni, bersahabatlah kerana ALLAH..carilah sahabat yang bole mendekatkan diri kita dengan ALLAH. andai kita lihat wajahnya, kita akan mengingati ALLAH, andai kita berbicara dengannya pasti ungkapan2 yg diredhai oleh ALLAH akan terkeluar dari bibirnya.. teringt satu hadis yg diambil dari blog UZAR..


"Sesungguhnya perumpaan rakan yang baik dan yang jahat itu, ibarat rakan pembawa minyak wangian dan tukang besi peniup api ; adapun rakan baik adalah seperti pembawa wangian, ia (membawa kesan kebaikan) iaitu samada ia akan menghadiahkanmu wangian, atau kamu membeli darinya ataupun kamu akan dapat bauan wanginya juga.Manakala rakan buruk seperti tukang besi penyala api, samada ia akan membakar bajumu atau akan mendapati bauannya (peluh) yang tidak enak" ( Riwayat Muslim, no 4762 )

 Dan xlpe jgk kepada kwnku yg sudi berkongsi sedikit maklumat mngenai sahabat..


‎1 - Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
2 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
3 – Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
4 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
5 – Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.





Namun demikian, xlpe jgk untuk kita berkawan dgn sume..xkira la sama baik ke, buruk ke die..yg penting kita IKHLAS bersahabat dgn die...kdg2 sahabat kita yg buruk inilah yg banyak memberi pengajaran kpd kita..who know kan?? ati manusia ini selalu berbolak balik..iman manusia pon bertambah dan berkurang..jd dgn sahabat2 di sekeliling kita la yg bole top up sume benda nih...

BUAT SUME YG MNGENALI DIRIKU..
aku anggap sume adalah sahabat aku...
seronok dapat kenal korg sume...
korg sume byk ajar aku apa yg aku xtau..
or mengingatkan aku apa yg aku lupe..
aku nih pon insan biasa yg sering melakukan kesilapan..
jd jgn la segan silu utk menasihati aku..

AKU NAK MINTAK MAAP BANYAK2 KALO ADA YG TERGURIS DI HATI...
N AKU SAYANG KAT KORG SUME...
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADA..
FRIENDS FOREVER..
MUAH,MUAH,MUAH....

SAYANG AWAKK!!

3 comments:

  1. Assalamualaikum rabi,
    akak baru baca post yg ada hadith ni kat Tumblr, but it was in English,so kureng ckit la nak paham.
    Thanks 4 sharing, skrg dah paham lebih.. :)

    ReplyDelete
  2. like..like...like...
    yang tak tahan hujungnya ader muah...muah,,,muah..
    hehe.. =D
    ukhuwah fillah abadan abada..
    mohon maaf jugak kalu ade salah dan silap.
    sayang ko jugak.. =)

    ReplyDelete