~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Sunday, December 30, 2012

"Seiring masa, 
kamu akan memahami, 
bahawa terkabulnya semua harapan dan keinginan itu,
Tidak akan sentiasa membuat kamu bahagia..
Tidak semua bahagia datang dengan terkabulnya impian,
kerana terkadang,
dari luka dan duka,
Tuhan menitipkannya..."


via tersenyum melihat langit

Wednesday, December 26, 2012

i love YOU so~~




I Love You So - Lyrics:

I pray to God
My heart, soul, and body
Every single day of my life
With every breath I solemnly promise
To try to live my life for You
O Allah! You did revive my soul
And shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

O Allah! I'm forever grateful to You
Whatever I say could never be enough
You gave me strength to overcome my uncertainties
And stand firm against all the odds
You are the One
Who did revive my soul
You shone Your light into my heart
So pleasing You is now my only goal
Oh I love You so
I love You so

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong

My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You
And I swear that I will never put anyone or anything before You
My love, my life, my days, my nights, my wealth, my prayers - all for You

Now I know how it's like
To have Your precious love in my life
Now I know how it feels
To finally be at peace inside
I wish that everybody knew
How amazing it feels to love You
I wish that everyone could see
How Your love has set me free
Set me free and made me strong


p/s :: aku sgt suke lagu nih...^^v

p/s :: ari nie beday daddy.....smoge die ALLAH merahmati beliau...n semoga beliau mendapat jodoh cpt2..budak batch die da ramai kawen (yeke??)..die ntah bile la...dgr2 nye org pahang...uuuu~~
ntah bile dpt jmp die..masing2 da bz..hurm....

Tuesday, December 25, 2012

bicaranya yang mengguris hati~~

kadang-kadang,
Allah berikan kita kekurangan,
untuk menguji kita dengan kekurangan yang kita ada itu.

kadang-kadang,
Allah duga kita dengan ketidaksempurnaan,
untuk menduga kita dengan ketidaksempurnaan yang kita miliki itu.

memang sengaja,
Allah memilih kita.

kita yang tak punya itu dan ini,
dikelilingi dengan orang yang ada itu dan ini.

kadang-kadang,
tak cukup dengan ujian kekurangan,
Allah hantar pula insan-insan yang memperlekehkan kita.
insan-insan yang memperkatakan kekurangan kita,
mulut-mulut yang mengata tentang ketidaksempurnaan kita.

dan kadang-kadang,
yang melukai hati,
bukan kekurangan yang kita miliki,
tapi, 
keceluparan mulut-mulut insani yang kata-katanya tajam,
menghiris hati.

namun,
kadang-kadang, 
kerana terbawa emosi,
kita lupa,
mereka juga adalah ujian.

bila kita mengaku redha dan ikhlas,
dengan ujian dan kekurangan,
maka adalah mulut-mulut orang yang kurang ilmu,
akan membuat kita sakit hati,
membuat kita membenci dan berdendam?

astaghfirullahalazim.
moga Allah mengampuni kita.
kita yang diuji.
dia yang mengeji,
dan kita yang mungkin terlanjur membenci.
 
via : tersenyum melihat langit

cara untuk tak sakit hati dengan apa yang orang cakap?

cara untuk tak sakit hati dengan apa yang orang cakap?
jangan biar apa yang orang cakap itu,
MENETAP dalam hati.

jangan simpan apa yang dia cakap tu dalam hati.
kadang-kadang,
kita memang senang sakit hati dengan apa yang orang cakap.

orang yang bercakap pulak,
senang hati je cakap apa yang dia nak cakap.

orang yang bercakap dan menyakitkan hati tu,
kadang-kadang tak fikir pun sebelum bercakap.
dan selepas bercakap pun,
dia tak pernah fikir.

so,
jangan buang masa, dan space-space dalam hati,
untuk simpan dan keep apa yang dia cakap.

kadang-kadang,
dia pun dah lupa apa yang dia cakap kat kita,
tapi, kita ni, duk simpan dalam hati.

dan cakap dengan diri sendiri,
“aku tak akan lupa apa yang kau cakap.”
“sampai bila-bila,”
“aku akan ingat.”

jangan buang masa.
ingat dosa mulut dia.
malaikat dah catat dosa dia.
dan Allah dah tahu salah dia.

mengingat apa yang dia cakap itu,
akan hanya membuat kita sakit hati.

so, lupakan.
dia nak cakap apa.
biar dia cakap.

please.
jangan buang masa,
buat koleksi,

“kata-kata dia, yang menyakit hati”

~ peace, no war ~ ^_^
 
via : tersenyum melihat langit

silap seorang perempuan..

ya.
silapnya seorang perempuan ialah,
bila dia percaya, maka dia terlalu percaya.
bila dia menyayangi, maka dia menyayangi sepenuh hati.
bila dia memberi, maka dia berikan segala-galanya.

kerana itulah,
bila berhadapan dengan seorang lelaki,
perempuan perlu lebih berhati-hati.

janji manis dibibir itu,
mungkin menjadi sembilu yang akan menghiris hati bertahun lamanya.
impian dan harapan indah itu,
mungkin menjadi selumbar yang melukakan.

makanya,
selagi belum pasti, jangan memberi sepenuh hati.
selagi belum memiliki dan dimiliki secara halal dan sah,
jangan memberi segala-galanya.

bila kita terlalu mudah memberi,
maka kelak nanti kita akan sangat sukar melepas pergi.

 via : tersenyum melihat langit
:: lately aku suke bace tumbler sorang perempuan akk  nie...kate2 die sangat2 bermakna bg aku..n post2 aku kat fb yang panjang2 most aku amik kat tumblr beliau termsk la yang nie...siyes aku da jatuh hati dgn kata2 beliau...aku t'ingin mengenali beliau...tak tau knapa...1st time aku bole jatuh hati hanya melalui kata2...dan kata2 beliau membuatkan aku belajar banyak..kata2 beliau membuatkan aku berfikiran jauh...dan kadang2 kata2 beliau mmg mengenai diriku...walaupun tidak semua..walaupun tidak banyak, tetapi kata2 yang penuh dgn nasihat memberikan aku sumber inspirasi..terima kasih ya ALLAH kerana menemukan aku dgn beliau wlpn tidak kenal, walaupun hanya di alam maya...hopefully aku bole mngenali beliau..:) ::

p/s : post nie hnya nasihat utk sume perempuan termasuk saya..jgn salah sangka~~

Friday, December 7, 2012

:(



Apa yang kita suka,
Apa  yang kita nak,
Tidak semestinya selalu hadir dalam hidup kita….

Kadang-kadang kita berdoa untuk kuat
Tapi banyak pula dugaan yang datang…
Kadang-kadang kita minta cerdik
Tapi masalah pula yang bertandang…
Kadang-kadang kita minta kebahagiaan
Tapi huru-hara pula yang menjelang…

Dalam surah Al-Baqarah 216 ALLAH telah berfirman;
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Aku percaya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya…
Apa yang ALLAH bagi kat aku bukan yang apa yang aku nak…
Tapi apa yang terbaik dalam hidup aku…
Aku ingin sekali untuk tidak sesali apa yang berlaku..
Tapi aku ini manusia biasa…
Aku sangat lemah…
Kuatkan hati ini…
Kerana pada masa ini,
Aku masih tidak mampu membendung perasaan itu…

Memang benar apa kata mereka…
Jangan sesekali kita sandarkan kepada sesuatu perkara
Dengan terlalu dalam…
Kerana kelak kita akan kecewa…
Kerana setiap permulaan,
Ada pengakhirannya…
Mahu atau tidak,
Kita harus terima…

*Tidak semestinya apa yang kita suka itu benar-benar terbaik untuk kita..
Tidak semestinya apa yang kita mahu itu adalah pilihan terbaik kita..

Aku percaya...
Aku yakin…
Tapi kenapa setiap apa yang berlaku,
Akan ada perasaan sedih itu???
Adakah aku masih tidak redha???

Andai  itu yang berlaku…
Ampunkan dosaku ya ALLAH…
Sesungguhnya aku tidak mampu membendung perasaan ini…
Kerana sesungguhnya aku adalah seorang hamba  yang sangat kerdil…

::prove what u have said rabi!!::
bila kita da sayang dekat sesuatu kita susah nak lepaskan..
ttp kita perlu supaya kita lebih menghargai perkara lain yang hadir dalam hidup kita selain dari apa yang kita sayang itu~

Tuesday, November 20, 2012

kebenaran~

aku tak tahu kenapa perasaan ingin tahu tue datang blek...sbnrnya dari dlu lagi aku ingin tahu..tp tidak diluahkan..hanya tersimpan di lubuk hati....tp tiba-tiba perasaan ingin tahu itu datang kembali..lantas ku bertanya..tetapi bukan kepada tuannya..lantas, mana mungkin ku mendapat jawapan yang tepat..akhirnya aku masih bingung dalam mencari jawapan...lantas roommate ku berkata,

"rabi, kadang-kadang kita tidak perlu tahu kebenaran yang ada..sbb kita tidak tahu apa yang bakal berlaku...mungkin dengan kebenaran yang tersembunyi ini kau masih mampu terus kuat hingga sekarang.apa yang bole kau buat hanyalah berdoa..agar ALLAH memberi yang terbaik dalam hidup kau"

time kasih aina sbb membuatkan aku berfikir dan terus berfikir...memang wajar aku tidak tahu kebenaran..mungkin bukan waktunya lagi...biarlah hidup ku penuh dengan harapan..walaupun harapan yang tidak pasti..sekurang2nya aku masih mempunyai harapan...kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di kemuadian hari..hanyalah aku ada adalah DIA...doalah sebanyak-banyaknya kerana DIA maha Penyayang...=D

sedikit coratan yang ku ambil dari sini

" kadang-kadang,
kita tak tahu kebenaran.
kerana kita belum sedia untuk mengetahuinya.

kadang-kadang,

kerana kita belum cukup kuat,

kadang-kadang,

kerana sebenarnya kita belum mampu,
untuk tahu.

rasa ingin tahu memang menebal,

tapi masanya masih belum tepat.
mungkin kerana itu,
sesetengah kebenaran itu masih belum dapat kita ketahui.
masih tersimpan rapi,
dalam rahsia milik Ilahi.

terkadang,

kerana DIA ingin menguji,
keteguhan pengharapan dan kepercayaan seorang hamba.

dan terkadang,

kerana DIA lebih tahu,
bahawa sejujurnya,
kita belum mampu untuk mengetahui hakikat kebenaran itu, "

Wednesday, November 14, 2012

anak-anak

aku tersentuh membaca artikel dari blog saifulislam.com yang bertajuk Cara Kita Memandang Kanak-kanak.

Memang anak adalah kain suci. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Spt post lepas mengenai perangai anak mengikut susunan, aku melihat anak-anak membesar mengikut cara dan mentaliti ibu bapanya. Tidak dilupakan juga dengan keadaan sekeliling. 


Kenapa aku berkata demikian??

Cuba baca betul2 apa yang telah ditulis oleh Ust Hasrizal, mengenai mentaliti ibu bapa di barat, bagi mereka anak2 itu mempunyai hak dan kemahuan mereka. Di Malaysia pula, budak berusia 12tahun
mati ditali gantung sebab tertekan dengan keputusan UPSR dan khabarnya itu seperti terbang ditiup angin. dimanakah sifat prihatin kita terhadap anak-anak masa kini???adakah sekadar menjaga anak2 sendiri di rumah??? cuba renung2kan..*jika ingin penerangan lebih lanjut sila baca artikel dari Ust Hasrizal bertajuk Cara Kita Memandang Kanak-kanak.

Mungkin ada sesetengah berpendapat bahawa kita tidak wajar membandingkan 2 perkara tersebut. tetapi bagi diri aku sendiri, memang mentaliti masyarakat kita sekarang ada masalah. walaupun aku tidak pasti banyak atau tidak tetapi ADA!!

jadi bagaimana kita mahu selesaikannya??adakah sekadar menunding jari ke arah orang lain??tepuk dada tnyalah diri sendiri..

#maaf aku tidak bole memberi penyelesaian sebab aku tidak berkahwin lagi apatah lagi mempunyai anak. sekadar menulis berdasarkan pembacaan dan keluhan pengalaman2 orang disekeliling ku....tanda keprihatinan ku terhadap orang lain..

#teringt mak aku pernah berjumpa dengan salah sorg cikgu kat integomb..
mak : terima kasih banyak2 cikgu sbb jaga anak saya(aku)...sampai dia bole berjaya sekarang...hanya Tuhan dapat membalasnya....cikgu asyik bz dengan keje2 kat sek siang malam sanggup dtg semata-mata nk lihat bdk2 nie berjaya..macam mana dengan anak2 cikgu pulak??
cikgu : itu da tanggungjawab saya utk mengajar. anak2 murid saya, saya anggap sebagai anak saya sndiri jugak...yela mak ayah diorg jauh...jd cikgu2 kat sini la pengganti mak ayah kat rumah...saya akan jaga anak2 saya bila balek..buat mana yang termampu...sumenye berserah pada ALLAH..kita buat dengan ikhlas insyaALLAH, DIA akan bantu kita..
mak : betul tue cikgu..kalau kita niat nk jaga anak org iaitu tanggungjawab kita, insyaALLAH akan ada orang lain yang akan jaga anak kita sendiri..

macam tue la lebih kurang perbualan mereka..seriusly bila aku dengar, aku cukup sayu...dan itulah salah satu sbb knapa aku nak jadi cikgu..bagi aku menjadi seorang cikgu itu bukan hanya sekadar kerjaya..malah lebih dari segala2nya..

#ya ALLAH, permudahkanlah aku untuk menjadi seorang cikgu~

#sekadar berkongsi 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
 

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
 
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

sumber 

istirja'

Sekadar perkongsian mengenai maksud istirja'...

Menurut Imam Ibn Katsir, istirja’ bermaksud mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi roji’un” yang membawa maksud,

“sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Ini adalah berdasarkan firman Allah di dalam ayat 155 hingga 157 surah Al-Baqarah,

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa suatu hari Abdullah pulang dengan ceria setelah menemui Rasulullah. Dia berkata kepada Hindun,

“Aku telah mendengar langsung daripada Rasulullah satu ucapan yang membuat hatiku gembira kerananya.”

Beliau telah bersabda,

“Tidak sekali-kali seorang muslim ditimpa suatu musibah, lalu dia ber-istirja’ ketika musibah menimpanya, kemudian mengucapkan Allahuma jurni fi mushiibati waklufli khairan minha (Ya Allah, berikan daku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah buatku yang lebih baik daripadanya) melainkan terjadi kepadanya seperti apa yang diminta.”

Hindun kemudiannya menghafal doa tersebut daripada Abdullah. Doa ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim.

sumber

kesimpulannya setiap kali ditimpa kepayahan, ujian, cabaran, musibah beristirja' lah dengan menyebut “Innalillahi wa inna ilaihi roji’un”...sesungguhnya RAHMAT ALLAH itu semakin hampir..:)

Tuesday, November 13, 2012

smgt rabi..smgt!!

Kata-Kata Semangat

Kadang-kala kita tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula kita tahu apa benda yang hilang itu.

Disaat itu, kita sangat-sangat memerlukan teman. Teman untuk kita mendapatkan semula semangat yang hilang. Kata-kata semangat dari seorang teman itu diharapkan, akan dapat membantu menaikkan semula semangat kita yang hilang.

Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari itu tidak pula ditemui. Secara tiba-tiba teman baik kita itu sibuk sendiri. Kelibat mereka tak pula kelihatan. Puas mata mencari tetapi tak jumpa juga.

Atau mungkin juga, kita tak punya teman baik, teman baik itu belum lagi ditemui. Mereka masih lagi dikalangan orang ramai. Menanti saat, tika dan jodoh untuk bertemu dan dipertemukan. Hati terasa sepi kerana teman baik tak ditemui lagi.

Tetapi percayalah dalam hati. Kita masih punya Dia. Dialah tempat untuk kita mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

 

Kata-Kata Semangat Buat Teman

Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu.

Mungkin si dia yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.

Si dia yang kau tunggu itu pasti ada. Kerana setiap anak Adam itu sudah lumrahnya berpasangan. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Nikmatnya dicintai dan nikmatnya mencintai. Lagi indah apabila cinta itu disulami dengan redha Ilahi.

 

Kata-Kata Semangat Buat Diri

Kadang-kala aku terfikir, apakah betul  setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu?

Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawap, sepi.

Mencari teman baik buat bicara. Mencari teman baik buat mengadu. Mencari teman baik buat bermanja.

Keinginan setiap insan normal, inginkan seorang teman baik sebagai teman. Selagi hayat dikandung badan.
Namun tak mudah juga. Matlamat itu tak menghalalkan cara. Niat dihati ingin berkenalan, tapi masih belum kesampaian. Takut hanyut dalam kelalaian. Tak sedar tersasar dari tujuan. Semakin jauh dari jalan kebenaran.

Kata orang “seeing is believing.” Tapi tak semudah yang diperkata. Kadang-kala yang dilihat itu diluar norma. Biasa bagi mereka, tapi luar biasa bagi-Nya.

 

Kata-Kata Semangat Buat Kita

Kata-kata semangat buat teman. Kata semangat sebagai ingatan. Buat diri ku juga seorang insan.
Memperbaiki diri memperbaiki teman, dengan cara saling ingat-mengingatkan.
Buat kamu wahai teman, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuangan, untuk mencari redha Tuhan.

Kata-kata semangat buat teman,
kata-kata semangat buat diri,
kata-kata semangat buat kita.

oleh,
Fahmi Raazali
26 November 2011.

sumber

Saturday, November 10, 2012

tersadai~

siyes rase berdebar gile td..peristiwa wat aku cuak gileeeeee...
tersadai sorg2 di tengah2 federal highway sbb minyak da xde...
cube byngkan kat tgh2 highway tue...dgn kete yang banyaknya...lori, bas...segala mende la lalu sblah aku....aku xtau wat pe..nk kuar kete pon takut sbb kenderaan sume laju2..seb bek dlm 10min kmudian polis trafik datang bawak kete ke tepi..kalo x, aku xtau la ape nasib aku....
call abg ngah suh dtg check..nasib baik abg teh blek shah alam kejap..so diorg ada kete nk dtg...
duk kat tepi lebuhraya cuak gak..knderaan yg lalu akn mnyebabkn kete tue bergegar...dasyat kan..duk la dlm kete snyap2...da rse panas sgt bkk tingkap kete.....da dekat 15min tggu abg dtg, tetibe ada sorg mamat india nie dari arah laluan moto menghampiri..aku da cpt nk tutup tingkap...die pasan then ckp,

uncle : jgn takut..saya xwat apa2...saya makenik..ada pape masalah??
aku : xpe2...nnt ada org dtg..*smbil tutup tingkap sikit demi sikit*
uncle : jgn takut..kat dunia nie ada org jahat..ada org baik..saya org baik..saya makanik..ke ada pape bole tolong..minyak abis??
aku : ye..minyak abis...da call org suh dtg xpe2...time kasih *smbil wat muke cuak*

then die blah..aku ckp time kasih sbb die still ckp die org baik...blah..blah..blah....aku bukan ape..kat faderal highway tue sensorg..haruslah cuak...kne berhati2..lagi2 ngan org yg kita xknal..huhu..
then 15min kemudian bru la abg ngah n abg teh smpai..da isi minyak sume allhamdulillah baru ok...
abg ngah ckp die bru isi minyak..so aku xbajet minyk akan habis sblm smpai kk9..tgk2 da xsmpat...adoii...sory la kat abg2 ku sbb menyusahkan korg...

*terasa cuak lak nk p sabak bernam esok..da la berdua ngan fizha jek..harap2 sumenye berjalan ngan lancar...amin~

p/s : time kasih kat enchik polis td...kalo xde diorg xtau nk ckp pe...ntah bpe lame plak aku tersadai kat tengah2 hihgway tue...nasib baik polis tue xmara...maybe sbb aku wat muka cuak n kesian gile kot..lagi2 aku sorg jek..pompuan plak tue...huhu