~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Saturday, May 12, 2012

Muhasabah Cinta


Mencintai tidak bererti memiliki..
Siapa berhak melunakkan sekeping hati selain Dia,
Mencintai seseorang bermakna kamu perlu bersedia menerima,
Segala kesudahan rasa,
Mencintailah keranaNya dan kamu akan merasai lazatnya cinta,
Tiada jiwa terluka..tiada hati tersiksa,
Kerana insan percaya, takdirNya terindah dari segala peristiwa,
Kerana kita percaya, Dia menentukan segalanya.
Jodoh manusia ada ditanganNya.


Saudaraku tercinta,
Andai kehendak hati terhenti,
Percayalah, Dia sedang mengaturkan sesuatu yang lebih baik lagi....
Cinta yang membuatkan mu tidak lena,
Menjadikan harimu terganggu setiap masa,
Bukannya itu cinta yang diharapkan,
Itu hanya perasaan yang hanya mengundang tekanan....
Cinta sesungguhnya apabila kamu mencinta keranaNya,
Redha dengan takdirNya,
Menerima suratan dengan siapa kamu dipertemukan,
Mensyukuri pertemuan jodohmu walau bukan dengan insan idaman,
Asalkan si dia mencintai Tuhan,
Kita kan terus mencintainya tanpa alasan...


"Jika engkau membenci atau mencintai seseorang dalam hatimu,
maka ukurlah amal perbuatannya dengan Al-Quran dan Sunnah.
Bilamana, amalnya dibenci di dalam keduanya,
maka bencilah kepadanya, namun jika diredhai oleh keduanya,
maka cintailah dia supaya engkau tidak mencintai atau membenci kerana hawa nafsumu"


Mengapa dicari secantik Balqis, andai diri tidak sehebat Sulaiman..Mengapa mengharap teman setampan Yusof jika kasih tidak setulus Zulaikha..Mengapa mengharap teman seteguh Ibrahim andai diri tidak sehebat Siti Hajar..Mengapa didambakan teman sehidup yang sempurna Muhammad jika ada keburukan pada diri sendiri..Bimbinglah dirinya dan terimalah kekurangan itu sebagai keunikan..Carilah kebaikan itu pada dirinya. Bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya dan berdoalah dia milikmu…




“Aku mencintaimu kerana AGAMA yang ada padamu, Jika kau hilangkan AGAMA dalam dirimu, hilanglah CINTAku padamu..” (Imam Nawawi)


sumber
sumber

sedikit coretan dari ku...
ku mengharapkan agar perasaan CINTA itu hadir tatkala terlafaznya akad...kerana sesungguhnya saat itu merupakan cinta yang sempurna....cinta yang diredhai...pada saat itu,
mencintaimu satu PAHALA,
merinduimu satu PAHALA,
memandangmu satu PAHALA,
memegangmu satu PAHALA,
senyum padamu satu PAHALA,
membuatkanmu gembira satu PAHALA....
pendek kata apa sahaja yang ku buat hanyalah utk mu itu merupakan PAHALA yang dijanjikan ALLAH....

"YA ALLAH, ANDAI DIA BENAR UTKKU, SATUKANLAH HATI DIA DAN AKU PADA MASA DAN KEADAAN YANG BENAR-BENAR DIRAHMATIMU....JAUHKANLAH KAMI DARI KEMURKAANMU... KU MENGHARAPKAN AGAR CINTAKU PADANYA BOLEH MEMBAWAKU KE SYURGAMU...CINTANYA PADAKU DAPAT MEMPERTEMUKAN AKU DENGAN ENGKAU YA RABB DAN KEKASIHMU NABI MUHAMMAD SAW....

ANDAI MASANYA BELUM TIBA, JANGANLAH ENGKAU DATANGKAN PERASAAN CINTA ITU DALAM DIRIKU..KERANA DIRI INI BELUM MAMPU MENGHADAPI UJIAN DUNIA YANG TIDAK BERKESUDAHAN...KERANA KU MENGHARAPKAN CINTAKU INI BIARLAH PADA SEORANG...SEORANG INSAN YANG BERGELAR SUAMI KEPADA DIRI INI KELAK...KERANA SEKALI AKU CINTA, AKU AKAN CINTAINYA SAMPAI BILA-BILA...AMIN YA RABBAL ALAMIN"


~To LOVE someone is NOTHING, to be LOVED by someone is SOMETHING, but to be LOVED by the one you LOVE is EVERYTHING~

::mood cintan cintun malam nih::

No comments:

Post a Comment