وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ
Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.(Ghafir : 60)
Bacaan Al-Fatihah.
Selawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim, Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Berikanlah Taufik Dan Hidayah Kepada Jiwa2 Kami Dan Orang-Orang Yang Kami Sayangi.
ربنا لا تزغ قلوبنا بعد إذ هديتنا وهب لنا من لدنك رحمة إنك أنت الوهاب
Ya Allah Tuhan Yang Sangat Banyak Memberi, Janganlah Kamu Memalingkan Hati Kami Setelah Engkau Memberi Petunjuk Kepada Kami Dan Berikanlah Kami Rahmatmu Yang Besar.
Ya Allah, wahai Tuhan yang memperkenankan doa, sesungguhnya Engkau mengetahui keperluan kami sebelum kami meminta, tetapi Engkau perintahkan kami berdoa kerana Engkau suka mendengar suara hamba-hambaMu meminta. Maka dengarilah suara hamba-hambaMu ini, dengan penuh rasa rendah diri, memohon perkenan doa daripadaMu, Tuhan kami yang Maha Esa, Maha Memberi kepada hamba-hambaNya.
Ya Allah, Sesungguhnya Hati-Hati Ini Berkumpul Kerana Mengasihi Mu Dan Ingin Mencari Keredhaanmu.
Ya Allah, Berkatilah Majlis Perkahwinan Ini, Limpahkanlah Barakah Dan Rahmat Kepada Kedua Mempelai Ini, (NOR AKMAR HIDAYAH BINTI HASHINI) dan (MOHD AZHAR B ABDUL RAHMAN).
Tuhan pemilik dan penjaga hati2 manusia, pelihara hati-hati pasangan pengantin dan hati-hati kami agar terikat dengan ikatan taqwa. Kuat bermohon, kuat berpaut, kuat bergantung dan kuat berharap pada kekuasaan-mu
Temukan mereka KEKUATAN dalam PERBEZAAN
Berikan mereka KEBAHAGIAAN dalam PERSAMAAN
Jadikan pilihan hidup mereka PENTINGKAN APA YANG PENTING BAGI ENGKAU DAN RASUL-MU
MENGUZURKAN APA YANG DIUZURKAN OLEH ENGKAU DAN RASUL-MU.
Jadikan SENYUM KETAWA MENAMBAH BAHAGIA
Jadikan KERUT DAHI DAN KERINGAT AIR MATA MENAMBAH MATANG dalam bercinta
Indahkan KEBAHAGIAAN MEREKA agar menjadi MOTIVASI RAKAN-RAKAN BERNIKAH, MEMILIH YANG HALAL MENJAUHI YANG HARAM, SYUBHAT DAN DOSA
Jadikan Azhar, SUAMI YANG PENYAYANG, MENYANTUNI ISTERI DENGAN SABAR, MENDIDIK DAN MEMBENTUK.
Jadikan Akmar Hidayah, ISTERI YANG PENYAYANG, MEMULIAKAN SUAMI DENGAN KEBAJIKAN, MERENDAH DIRI DAN GEMAR BERUSAHA
Jdikan KETAWA mereka IBADAH
Jadikan SENYUM merek IBADAH
Jadikan SENANG mereka IBADAH
Jadikan SUSAH mereka IBADAH
AGAR CINTA DI SYURGA DUNIA, BERLANJUTAN KE SYURGA AKHIRAT
Kurniakanlah Mereka Zuriat Yang Soleh Dan Solehah. Kekalkanlah Jodoh Mereka Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Sempurnakanlah Agama Mereka Dengan Berkat Ikatan Ini.
Satukan juga melalui perkahwinan ini, ikatan persaudaraan antara dua keluarga dalam para persaudaraan Islam dan meluaskan kasih sayang antara hamba-hambaMu
بارك الله لكما و بارك عليكما وجمع بينكما في خير
No comments:
Post a Comment