Bila dia menjauh,
Bila masa membina
jarak,
dan jarak membina tembok.
Jangan pernah lupa
bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.
Jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita...
Maka bila dia semakin
jauh,
mungkin ini petunjuk darinya.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada.
Kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.
Jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhanya.
Maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencananya,
maka,
biarlah DIA menjarakkan dia dari kita….
“Dan mungkin.
Mungkin sahaja,
Hatinya yang berubah itu ,
Bukan kehendaknya,
Bukan kemahuannya.
Mungkin,
Hatinya yang berubah itu,
Adalah jawapan bagi pertanyaannya pada Ilahi.
Petunjuk bagi istikarahnya pada malam hari.
Dan DIA lah yang
memalingkan hati.
Memudarkan rasa.
Mencipta jarak dan kekok.
Kerana kita memang mahu yang terbaik menurut pengetahuan-NYA,
Bukan yang terbaik menurut kemahuan kita.
Maka Allah sedang memberi tanda…”
””“Dan mengapa harus
hatinya yang berubah?
Mengapa tidak cinta dan rasa saya yang memudar?
Mungkin kerana,
Saat istikarahnya,
Hatinya belum cenderung,
Sedang cintamu sudah memenuhi relung -relung hati.
Lalu,
kerana itulah petunjuk datang dari arah berbeza”“”
via tersenyum melihat langit
Dan mungkin,
Dia menjarak,
Untuk mencari
redhaNYA..
Seperti yang kau
minta di setiap kali usai solat..
Agar perhubungan
kalian diredhai..
Andai masanya belum
tiba,
Jauhkanlah dirinya
dengan dirimu…
Agar kalian ditemukan
saat diri kalian sudah bersedia…
Bersedia untuk
melangkah lebih jauh..
Kerana sesungguhnya
pada saat ini bukanlah waktu yang sesuai
Untuk kalian berkasih
sayang..
Sesungguhnya atas
nama ‘sahabat’ itu,
Bukan tiket untuk
kalian berdua,
Bukan tiket untuk
kalian berkongsi perasaan..
Bukan tiket untuk
kalian berkasih sayang..
Kerana manisnya saat
itu,
Tatkala kalian
berkongsi hanya untuk yang halal…
Dan ingatlah…
Sesungguhnya apabila
2 orang saling menyayangi..
Sudah tiada lagi
istilah sahabat…
Sudah tiada lagi
istilah teman tapi mesra…
Jika ada,
Itulah pembohongan
terbesar sekali..
Jadi cara terbaik
adalah,
Dengan menjauh…
Berdoalah kepada
NYA..
Walaupun jasad kalian
jauh,
Tetapi hati kalian
masih dekat..
Dekat dengan berdoa
kepadaNYA…
Percaya dan yakinlah,
Setiap atas apa yang
berlaku,
Tersimpan 1001 hikmah
yang belum terungkap…
Berlapang dada, dan
berbaik sangkalah..
ALLAH itu MAHA
PENYAYANG,
Dan DIA tahu apa yang
diperlukan oleh hambaNYA..
Bukan apa yang hanya
hambaNYA mahu..
monolog dalaman...untuk sesiapa yang sedang kecewa~~
No comments:
Post a Comment