~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Thursday, April 25, 2013

monolog 6 - anda keliru?

"Pernah rasa keliru tentang apa yang kita mahu?
Keinginan dan ketidak pastian bersilih ganti.
Membuat kita keliru dan berbelah bahagi.

Namun, bukankah telah dijanjikan,
Bahawa apa yang telah ditakdirkan menjadi milik kita akan tetap kita miliki, dan apa yang bukan hak kita maka tidak akan kita miliki.

Maka lihatlah indahnya aturan Tuhan,
Bila sesuatu yang kita ingini itu, terlebih dahulu dimiliki orang lain,
Maka bersyukur dan berterima kasihlah bahawa DIA telah mempermudahkan urusan kita, memberi tanda,
Bahawa itu mungkin bukan yang terbaik untuk kita miliki.
"

via tumblr

monolog 5

"Mungkin dalam dunia hari ini,
Tiada istilah kita buat baik pada orang,
Orang akan buat baik juga pada kita.

Tak semestinya kita tolong orang,
Orang akan tolong kita.


Tapi, sekurang-kurangnya,
Ada kebaikkan kita sesama manusia.
Ada urusan mereka yang kita permudahkan,
Dengan izin dan perkenan dari-NYA.

Tiada balasan itu hanya zahir dan nyata.
Mungkin ada bahagian kita diSANA.
Atau mungkin ada dosa dan kejahatan kita yang terampun.
Atau mungkin akan ada keaiban kita yang Allah sembunyikan.
Atau mungkin akan ada urusan kita di masa-masa hadapan yang akan dipermudahkan."


"dan yang penting itu,
bukan cinta, bukan juga jodoh...

tapi bahagia.
maka kalau kamu memang benar-benar mahu bahagia,
maka pintalah dengan rendah hati, dan penuh percaya,
agar DIA memberi kamu bahagia,
walau dengan cara apa pun,
mengikut KETENTUAN-NYA yang telah merangkumi PENGETAHUAN-NYA.

kerana bahagia, bukan hanya datang dari cinta dan jodoh. :’)"


via tumblr~

Wednesday, April 24, 2013

monolog 4

bila konflik dalam diri terjadi...
semestinya kita buntu..
tidak tahu apa yang perlu dilakukan..
sememangnya nk melawan kehendak hati dan ego sangat susah..

jauh di sudut hati, hati nak itu..
tp ego tak nak..
yg jd mangsa adalah otak...
mne yg ptt dipilih??
sbb otak akan deliver kat badan supaya buat apa yang nk..

antara ikut hati dan ego..
mne yang patut otak pilih..
kerana sesungguhnya,
kedua-duanya tidak melanggari syara'...

hurm~

pesanan kepada diri :
kembalilah kepada ALLAH kerana DIA akan memberi jwpn yg pasti...sume tue mainan syaitan jek~

p/s : mcm loser jek...aku yg keliru..aku yg persoalan kan..aku yang jawab..haha~

monolog 3 terpaksa didelete untuk mengelakkan konflik ini bertmbah teruk...hurm~~

Monday, April 22, 2013

stop!!

pagi-pagi after abis kelas psycho layan tumblr jap...perangai aku, aku jenis ske layan tumblr seminggu sekali...sbb dlm tumblr nie xramai org update...xmcm twitter...TL laju jek...so ari2 seronok bukak...tp dlm tumblr bess...byk org ske luahkan perasaan...byk pesanan2, nasihat2, pengalaman2 berguna...dlm tumblr nie kte xkenal pon spe org yang post sume mende2 nie..tp hanya kenal melalui tulisan semata2...tgh duk godek2 tumblr, terbaca satu post nie...bg aku sgt menarik dan berguna...




Jangan diusik hatinya.
Jika tiada niat untuk bertemu keluarganya.

Untuk melamarnya.

Jangan!

Muslim selalu mengingatkan muslimah. Tutup aurat. Jangan itu jangan ini.

Tapi muslim lupa. Yang muslim sering mengusik hati muslimah tanpa ada niat yang jelas.

Muslim berniat untuk berkawan. Tapi caranya salah wahai muslim kerana anda memberi muslimah harapan.

“Muslimah menghadapi kesukaran dalam menjaga hatinya. Namun muslim tidak. Kerana muslim menghadapi kesukaran melawan nafsunya. Jika muslim tidak membantu. Maka muslimah wajib membantu mereka dengan menjauhi mereka.”

Muslims! Akhis! Pleasee.

post nie xde kene mngena ngan aku pon...juz share utk ingatan bersama especially utk kaum adam...

p/s : spe2 nk usha my tumblr bole g sini.. sempat g promote..haha...tp malangnya aku xske menulis kat tumblr...aku byk reblog dri org..mksd reblog tue mcm share la dari org laen punya tumblr...spe2 yang perlukan inspirasi, nasihat, kata2 semangat, tgk la tumblr nie...^_^

hati ini rasa sebak~

ntah kenapa..
time aku ngah kalut wat esaiment td, dgn internet nya yang mcm hampas wlpn ada kat dataran kimia, tetiba dpt msg dari sahabat 1...tau ape die msg?

RABIATUL ADAWIAH..

R - rindu itu indah
A - andai niat kerana ALLAH
B - biarpun hati resah
I - ingatlah ALLAH ada
A - ALLAH maha mendengar
T - tangisan hambaNYA
U - untuk itu
L - lihatlah ke dalam mata hati

A - ALLAH sentiasa ada
D - di saat hambaNYA memerlukan
A - adat dlm kehidupan
W - walaupun di rundung ujian
I - ikhlaskan diri dan sabar
A - ada sesuatu yang menanti
H - hikmah yang indah diakhirnya

jujurnya awal2 aku baca aku hanya mampu tersenyum..yela maybe sbb fikiran aku hanya nk siapkan esaiment yang lagi 10% nk siap dikala jam menunjukkan hampir 11malam..

tapi, tapi, tapi....
bila sume esaiment da siap, duduk diam2...baca dan hayati blek pe yang die tulis rse mcm nk nangis...T_T
terharu sgt2...ati jadi sebak...memang betul orang ckp,
" Sahabat yang sebenar-benarnya sahabat adalah sahabat yang mampu ingatkan kita dengan ALLAH.."
syukran jazilan ya sodiqi...=')

p/s : maksud shamira xbole blah kot...itu membuatkan aku tersenyum panjang..>.<

Thursday, April 18, 2013

oh my weekend~

minggu nie da masuk minggu ke-8 untuk semester 6 aku...cepatnya masa berlalu...kadang-kadang aku tak percaya aku da nk abis tahun 3...da nk masuk tahun 4...waaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...xcaya xcaya xcaya...
*sila tampo muka aku laju2 bahawa mmg aku da tahun 3...umur da nk masuk 22tahun....*okey...yg nie aku lagi xcaya*..bila aku tgk audi da makin besar kadang-kadang aku xcaya jgk...aku jaga die waktu die baby lagi...time tue baru abis spm..skang nie da petah berkata-kata...da pndai da baca, tulis, kira..

ape yg aku merepek kat atas??-_-''..bukan ini yg aku nk tulis..sbnrnya nk cakap yang jadual hujung minggu aku yang sangat pack...oh tidaaaaaaaaakk~~

minggu 8   -> 19-21 april  -> balek umah untuk kenduri aqiqah aqil
minggu 9   -> 27 april       -> dinner kolej kat putrajaya
minggu 10 -> 3-5 mei       -> balek umah g mengundi...mengundi kan waijib...heeeee
minggu 11 -> 10-12 mei    -> camping utk subj pjk..camping nie wat kat kuala kangsar, perak...mcm bes
                                             jek tmpt die..
minggu 12 -> 18-19 mei   -> family day GT...tempat xtau g..tp dgr2 mcm kat area perak..xsure lagi
minggu 13 -> 25-26 mei   -> satu-satunya weekend yang aku FREE..-_-''
minggu 14 -> 31mei -1jun -> ayong nikah n kawenn..

then next weeknya da stat exam week...gila bz tiap2 weekend..esaiment plak berlambak2...xlayak bergelar student faculty education la kalo assignment tak de kan...tp masalahnya sampai sesak nafas aku...weekend plak ada jek hal...mmg la mlm2 weekdays aku sgt la disaster..

senarai assignment~~

SXEP 1101
--> lesson plan in group
--> individual assignment (lecturer xkasi agy)

SXEP 1102
--> assignment individual
--> assignment pair
--> presentation pair
--> presentation individual

SXEP 2105
--> assignment 1000 words
-->assignment 500 words
--> mcm akan ada lagi assignment..

SXEP 2017
--> assignment student with 2 task - 1
--> assignment 10 pages with 7Q
--> assignment student with 2 task - 2
--> assignment to be given

PDET1105
--> satu2 nya subj xde assignment..>.<

PPET 2104
--> assignment about psicologist
--> presentation assignment
--> assignment individual (xkasi lagi)

PAET 3101
--> assignment salah laku pelajar
--> presentation assignment

PPET 3104
--> interview 4 lecturer, wat trasnkrip
--> book writing


daaaaaaaaaaaaannn aku rasa mcm nk pengsan....

#ya ALLAH bagilah aku kekuatan utk siapkan sume assignment and presentation dgn jayanya~
#culture shock sebenarnya after masuk fakulti pendidikan..dlu kat fakulti sains byk test jek...tiap2 minggu tutorial itu pon xkesah buat ke x..msk fac edu sume assingment wajib hantar, presentation bagai..tue belum masuk lagi artikel tebal2 kene bace..tue pon aku byk skip..haha....so, sesak nafas aku memikirkan sume nie...huhu~

Wednesday, April 17, 2013

teman rapat dan sahabat~

seseorang yang rapat dengan ku tiba-tiba bertanya,

"kadang-kadang aku pelik dengan cara korang berkawan..macam ada something yang tak kena.."

hurm..actually aku xperasaan pon benda tue sampai la salah seorang kawan aku yang menyedarkan ku..tp aku kira, itu hanyalah andaian semata-mata..tetapi bila satu 'peristiwa' terjadi dan aku benar-benar terkejut...hendak diikutkan bukan sekali tetapi berkali-kali..hurmm...mmg benar apa yang dikatakan oleh kawan aku..memang dia seorang pemerhati yang hebat..namum ayat ini diungkapkan pula oleh seorang lagi kawan yang aku da anggap sebagai sahabat..dan kali ini aku benar-benar mengakuinya..

kadang-kadang ku berfikir, mana silapnya?? aku kah yang bersalah?? atau aku kah yang hanya syok sendiri dengan mereka sedangkan mereka tidak rasa apa-apa...kadang-kadang aku kecewa dengan diri aku...terlalu melebih-lebihkan mereka dan 'meninggalkan' orang yang benar-benar mengambil tahu pasal aku...akhirnya, apabila aku kesedihan aku orang yang aku 'tinggalkan' bersama aku...maafkan aku sahabat...

namun, aku kira, aku perlu mengambil faktor individu itu sendiri...sem ini aku mengambil banyak subjek berkenaan psikologi..aku tahu, setiap manusia ada perbezaan masing-masing...cara pendekatan yang berbeza...itu aku akui...mungkin mereka berbeza daripada aku...cara mereka approach aku berbeza dengan cara aku approach mereka...tp yang pasti, aku tidak akan meninggalkan sahabat aku yang benar-benar mengambil tahu pasal aku...dan aku harap persahabatan aku ini biarlah kekal...untuk kawan2 aku yang lain, bukan aku ingin sisihkan kamu semua, tetapi aku rasa, aku perlu menghadkannya...kalau  kamu boleh membataskan kepada ku, kamu yang membuat jarak itu kepadaku, mungkin aku patut buat perkara yang sama...andai dulu aku selalu membuatkan kamu semua rasa 'annoying' atas perangai ku, maafkan ku kerana gagal memahami kamu semua..aku ingin jadi yang terbaik untuk semua...tapi malangnya aku tidak mampu...

dan buat sahabat yang selalu berkongsi rasa, selalu berkongsi cerita, terasa, gaduh, merajuk....aku harapkan biarlah ikhlas dan jujur bersahabat dengan ku...andai segala perbuatanku ada yang 'annoying' di mata mu, jujurlah padaku...aku tidak akan mengubah perangai ku disebabkan kamu tetapi sekurang-kurangnya aku boleh mengurangkannya di hadapan kamu....aku menerima mu seadanya, dan ku harapkan kamu menerimaku seadanya jua...bukankah manusia itu dilahirkan dengan kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza...kerana manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain....

terima kasih sahabat atas semua nasihat yang sangat-sangat berguna dalam hidupku~

#sahabat 1 =  ku kira sudah 1thn 4 bulan ku bersahabat denganmu sejak msg pertama mu menasihati ku..
                     wlpn kadang-kadang kita sering terasa utk perkara yang tidak perlu, tetapi ku kira kau antara
                     sahabat terhebat yang aku pernah ada..kau mampu membuatkan aku tersenyum di kala aku
                     sedih...kau mampu menaikkan semangat aku di kala aku benar2 down...aku sungguh bertuah
                     mengenali mu sahabat~
#sahabat 2 = dalam 7 bulan kita benar2 mengenali dan rapat...tidak ku duga kita boleh jadi serapat ini di
                     kala ini..perancangan ALLAH sungguh hebat bukan?

yang lain2 ku kira sebagai teman rapatku..sering bergelak ketawa bersama...kadang2 berjaya menasihati ku ke arah kebaikan dan membuatkan hidup ku di UM dan KK9 sangat bermakna...terima kasih untuk semua...^_^

lagu ini khas utk sahabatku dan orang yang anggap aku sahabatnya...tidak lupa kepada teman2 rapatku...=)


Sunday, April 14, 2013

GT when i am noob~



GT GT awesome, GT awesome..
GT awesome…^_^


Buat spe2 yang xkenal GT tue mai aku perkenalkan..

GT tu adalah satu kumpulan atau persatuan yang wujud di Kolej Kediaman Tun Syed Zahiruddin atau lebih dikenali sebagai Kolej Kediaman Kesembilan Universiti Malaya..GT nie short form dari pada Gema Tanjung..Gema Tanjung nie merupakan pasukan kompang..tujuan asal penubuhan group nie semata-mata untuk pertandingan feseni UM yang acap kali diadakan tiap2 tahun. Namun begitu, GT juga membuat persembahan-persembahan iringan tidak kiralah dari dalam UM mahu pun luar UM…*ok stop wat ayat skema..=P

Cne aku bole terjebak ngan pasukan kompang nie??actually aku suka tgk org maen kompang since kecik lagi..kat kampong aku nie ada satu group kompang nie..tp aku xdpt join sbb sume laki..so mak mmg xbg join la..time sek rendah plak xde dlm sek..kalo nak kne g persatuan luar..berlatih plak time hujung minggu..so aku mcm malas nk join beriye bagai..bukan rajin sgt pon nk kuar…gpon kalo kuar sah2 ayah yang kne hntar n amik..mls nk susahkan ayah aku just pendamkan niat aku nie..

Masuk sek menengah plak, situasi yang sme berlaku..kompang hnya utk lelaki…diskriminasi sungguh..tp aku xbpe kesah sgt..maybe sbb perasaan utk bermain tue da berkurang kot..aku pon wat ignore jek la pasal kompang…

Masuk kk9 plak persaan aku jd laen bile tgk kompang nie..mende nie stat time awal2 bukak semester..lepas haluansiswa la.. kebtulan bilik aku bertntangan ngan foyer..bdk2 kompang nie berlatih kat c2..so aku nmpk la diorg maen kompang..nmpk diorg slalu maen..time tue aku xsure diorg main utk pe..tp yg pasti tiap kali aku dgr diorg maen mesti aku usha dari bilik..usha org n usha kompang skali…time tue mmg aku xkenal langsung spe2 yang maen kecuali 2org sbb diorg tue Pembantu Mahasiswa (PM)..peri n wafi…peri aku knal gitu2 jek..tp wafi aku knal sbb die PM sel aku..

Bila notis kuar pasal audition group kompang nie, mmg niat nk join..tp 1st day aku de hal..so xdpt nk join..2nd day,nk g..tp cuak..gpon xkenal spe2..aku nie da la pemalu (tgn ke dada,mata ke atas..haha)..mula2 da turun..then, tgk xde spe2 yg aku knal, mmg nk je naek atas..then tetiba tersermpak ngan tira..tira aku knal since pasum lagi..kawan kepada member kelas tutorial…so sembang2 ngan die rupa2 nya die pon nk g jgk audition kompang tue..selamat…so time nie la titik2 dan detik2 cne aku bole msk team GT..

1st time masuk rase cuak!!haha…tira da dtg time 1st day..so die kat group lagi satu..sbb aku bru dtg aku dtmptkan kat group laen..mula2 belaja pukul kompang…ok..rse sangat kekok..da la aku nie left handed..akk2 yang nk ajar aku pon mcm penin..haha..tp mcm bese..belasah je la pukul…pukul2 smpai dpt…lame2 tue kitorg join bdk2 yg da dtg sblm nie..diorg ngah berlatih selawat..so join diorg la skali…

After audition nie, rupe2nya spe2 yang g audition mmg dpt msk trus..gpon xramai..aku rse mle2 tue adala dlm 10 orang perempuan (laki mmg aku xingt pape)…tp ada jgk dtg kejap, then da xdtg utk next training..maybe diorg rse kompang nie xkene ngan jiwa diorg kot.so ktorg mle la berlatih kompang..dari cara pukul kompang, selawat, selawat smbil maen kompang sampai la kpd pukul,nyanyi lagu then wat sedikit pergerakan…alhamdulillah setelah belajar dgn tekun (tgn ke dada n mata ke atas lagi) akhirnya dpt aku kuasai ketiga-tiga mende tue..mende basic  utk sume pemain kompang UM…

1st year bergelar ahli GT nie aku rse noob sgt..da la pukulan slalu xmsk2..harapkan suara jek kuat..-__-‘’..b4 kem feseni aku rse msk kompang nie biasa2 je..bes tue mmg bes..gigih kot maen kat bilik..esp kalo mlm tue ada training..ptg tue gigih hafal pukulan especially pukulan penutup..takut kne mara ngan senior..act senior xmara pon, cume xbes la kalo kite jek yg lost..huhu…akhirnya kne ada jgk selection utk msk kem feseni..time tue yg bole msk kem cume yg maen feseni jek..so bole 16 org je..ktorg junior da ada 7org pompuan..diorg juz nk 4org jek..alhamdulillah aku terpilih bersama-sama ngan fizha,mel n tira..act aku terkejut gak npe mimi xterpilih..sbb nk ikutkan die lg cpt dpt berbnding ngan aku..tp aku pk tiap2 org ada rezeki masing2 kan…=)..bdk laki plak yg dpt msk sume kecuali mad..sian die..huhu..time tue ada syuk,hakim,wan dan zaheer.

tp tp tp, msk GT nie makin lame makin bes especially time kem feseni…bes woooooo…bes gile2..mne xbesnye,makan sekali..maen sekali..riadah sekali..pendek kate sume perkara yg ktorg wat sme2…training tue biasa la..kdg2 xmsuk2..kne mara ngan kak Di..kne wat dpn sume org..kne nyanyi kuat2 n jauh2..itu standard la..tp yg bes bila mkn sme2…sume kecoh…mcm2 cite kuar…sume take care antara satu sama lain…yg bes jgk bila dpt maen game..mcm2 game maen..dari game yang ngarot2 smpai la game2 yang berilmiah..(sila pk sndiri game pe)..ktorg plak ada perangai plek, elok2 jmp dpn2, then kalo wktu rest, smpai bilik sume on9 jmp kat alam maya plak..see how our ukhwah bring us like this, jd rapat gila..sbb tue wlpn kne mara aku xbpe kisah sbb aku tau senior2 nasihat ke arah kebaikan..=)

Itu kisah kem feseni…bila da bukak semester, msing2 da bz ngan kelas…tp ktorg still wat training utk feseni..time 1st year feseni lambat sket..wat after mid sem break..so xde la ktorg nie berlatih hari2 lagi..ada hari2 yang tertntu..tp aku da lpe hari ape..cume time nie aku rse serba salah sket..sbb aku bz ngan prk lak..kbtulan prk b4 feseni..so xfokus ngan feseni…time wat sume step n pukulan aku xde..aku dtg2 training sume da siap..aku juz follow jek..tQ sgt2 kat enche pengurus aka peri sbb bg kelonggaran kat aku xdtg training wlpn aku tau feseni is around the corner..diorg pon sgt2 supportive sbb gigih ajar aku step pe kne wat..wlpn aku agak lambat..

Mende yang selalu memberi kenangan adalah mende gila2 yg slalu nk wat org mara..ahaha..mende gile2 yang aku nah wat time 1st year adalah maen kompang smpai kul 3-4pg…time tue act cuti mid sem..aku blek ari sabtu..so jumaat mlm sabtu tue ade la sorg bdk tue die bosan duk dlm bilik..so aku ngan beberapa org nie maen la kompang..yg besnye sbb die siap ajar aku maen tingkah..mmg la noob gile…susah kot nk maen tingkah..then maen lagu2 la..sume lagu ktorg tibai…time kul 3 lebey tue tetibe ada org sound suh snyap…haha..padan muka ktorg..da pg2 xreti2 nk tdo…ingtkan xde org..rupanya ada jgk lagi makhluk2 kat kk9 tue..so naek la..tp yg bes sbb aku da dpt sket2 cne nk pukul utk tingkah..wlpn payah..hehe

At the end, after gigih berlatih berbulan2 akhirnya time pertandingan feseni muncul jua..hari yg ditunggu2 setelah sekian lama..berlatih berbulan2 kot..alhamdulillah, ktorg dpt naib juara..wlpn nk ikutkan turun..sbb taun sblm tue GT johan..perasaan tue mula2 sedey la..sbb sume senior2 aim ktorg ley jd johan..tp xdpt…da xde rezeki kan..nk wat mcm mne…trima lah dgn hati yang terbuka..

Tp GT nie bukan semata2 kompang dan feseni…mcm2 aktiviti ktorg wat..maen bowling la..g mandi sungai time fd..sume aktiviti2 nie wat ktorg makin rapat…da la sume senior2 and otai2 bes2..bole wat kte mcm kawan jek..mean that antara ktorg nie xde la jauh sgt jurang nye…yes, we still respect that as senior..cume kadang2 mmg xrse diorg mcm senior tp mcm kawan2 jek..itu la hebat n power nye team GT nie..team laen ado??haha

k..xtau nk cite pe da…nnt tenet da laju kte layan gmbor2 GT spnjng aku 1st year~~~

Saturday, April 13, 2013

projek.....



Huaaaaaa…da lame aku xupdate blog aku nie..awal2 sem ari tue sgt bz..bermula ngan kem feseni then bkk2 sem bz ngan mpi plak..wlpn aku tau enche pengarah sgt baek hati sbb consider ngan timing training aku..jmp pon di luar waktu training..mentang2 aku xde ajk..juz keje by myself.. =)

Mcm bese, bila kita keje ngan org nie mcm2 konflik timbul..salah faham, miscommunication, org tue bz hal laen..kita bz hal laen..mcm2..tp, mende2 tue watkn kita lebih matang..lebih memahami org lain, lebih kenal hati org laen..dan paling bes lebih memahami diri sndiri…tau npe aku ckp mcm tue??
sbb kita akan memahami kita nie mampu ke x mnghadapi sume nie..cne kita nk tangani sume konflik2 yang timbul..sme ada kita sabar??tp smpai bila??atau mungkin kita emo,mara..tp selesai ke dgn cara mcm tue??so pk2 sndiri..

taun nie kali ketiga aku jd ajk mpi…tiap2 taun aku akan pegang jwtn yg berbeza..so tiap2 tahun memberikan pgalaman yang berbeza ngan aku..tiap2 taun aku nmpk turun naeknya mpi nie..masalah2 yang aku bole nmpk..nk ckp dari sudut yg taun mne paling bes, aku xnak komen…bes itu subjektif..maybe org rase bes,aku rse x..atau mungkin sbliknya atau mungkin sama..apa yg aku tau kepuasan dlm menjadi ajk…

1st year aku xrse aku pegang pape..-_-..maybe sbb aku 1st year so yg byk wat keje senior2..diorg pon x bagi keje byk sgt kat aku..so dpt keje, baru wat..cme yg sedey mlm projek aku xjoin sbb masalah2 tertentu..sedey woooo…kite da bkerja utk mende nie tp malam kmunck xdpt join..

2nd year la yg aku rse kepuasan utk projek mpi nie..ktorg stat projek since 1st sem lagi..mula2 nk start projek nie nie konflik xyah nk ckp la..byk sgt..ok..itu adalah normal utk sume projek…but at the end Alhamdulillah..projek ini berjaya and buat aku nye pngarah bole mngalirkan air mata…(aku nmpk mate ko berair yep enche pngarah safwan ishak..haha)..xsngka begitu ramai yang dtg smpai kerusi xcukup…so nice event.siap kne hantar stdnt2 yg tinggal dlm kampus naek kete safwan..da la xbwk dompet, kad matrik xde,lesen xde..kad pngenalan xde..ske2 ati jek kuar..da la lalu pintu kl..dasyat kot..nasib baek xde pape... ^_^..alhamdulillah projek mpi time nie jd projek terbaik kolej…

3rd year lak aku rse kurang sket la penglibatan aku..hew hew..bukan xwat keje..tp keje yg dpt tue sket jek..lagi2 ngan feseni..*taun lepas msk feseni gak tp xtau nape rse taun nie xmnyumbang pape..=( * bila aku xdpt byk info aku tolong mne2 yang patut jek..cume dlm byk2 mende yg bes adalah bsuh pinggan ramai2..wlpn mle2 memberontak jgk..hehe..tp biasa la,yg kita xsuka tue la yg memberikan kepuasan..aku xtau npe..tp itu la saat2 yang bes..maybe sbb time tue ramai2 org ada kan..wat keje ramai2..so jd bes..aku xmengharap sgt pon sme ada projek nie boleh jd yg terbaek atau x,tp sekurang2nya aku gain something..da tau cne nk wat laporan belanjawan sume bagai..kalo x, mmg aku xtau pape..noob org ckp..haha
pendek cite, spnjg 3thn aku duk kat kolej nie, hampir semua jwtn yg memberi byk pngalamn aku da rse..bukan sume tp hmpir semua..



1st year
Timb SU mlm aspirasi islam
Ajk publisiti mps2
Calon prk
Peserta feseni kompang
PP editor majalah kk9

2nd year
SU pembantu mahasiswa
Timb pengerusi balai islam
Timb pengarah mpi
Bendahari kompang GT
Peserta feseni kompang

3rd year
Ajk protokol  mmp
Bendahari mpi
SU umcares
Peserta feseni kompang

Kat atas nie aku senaraikan bukan nk berlagak atau nk menunjuk..tp nk ckp, kalo nk merasai keseronokan duk kat universiti nie, kita kne join projek..xyah byk2 pon xpe..yang penting kita dpt pngalaman yang org2 hnya tumpukan pd pelajaran smata2 xdpt.. tp yang penting, jgn join byk projek je tp mls nk turun meeting,mls nk mnyumbang pada projek..time projek juz tunjuk muka…itu bukan attitude yg baik..wlpn korg dpt sijil, merit etc tp korang xdpt mende paling valueable iaitu pengalaman..

Mula2 aku xpasan mende2 nie sbnrnya bantu aku..time 1st year kne marah kot ngan mak sbb terlalu aktif. Tp bila akk2 aku ckp kat mak yg diorg jelez ngan aku sbb aku dpt byk benda..byk pengalaman, baru mak aku lepaskan sket2..bila aku bz, mak xbising pape pon..cume akan tnye pasal study..itu xpe la..sbb mmg kte masuk UM aim kita utk berjayakan..xpernah pon terlintas kat fikiran aku masuk UM sbb dpt join kompang..-_-‘’…haha

Ok td cite sal mpi..next aku nk cite sal kompang…soooooooooooooooo many  experience aku dpt melalui kompang nie..nk tau trus la membaca kat next entry..

p/s : aku xnak entry nie terlalu panjang..haha~
p/s : internet kat umah slow..xley nk upload gmbr..haishh..nnt aku update la~~ =(