"Mungkin dalam dunia hari ini,
Tiada istilah kita buat baik pada orang,
Orang akan buat baik juga pada kita.
Tak semestinya kita tolong orang,
Orang akan tolong kita.
Tapi, sekurang-kurangnya,
Ada kebaikkan kita sesama manusia.
Ada urusan mereka yang kita permudahkan,
Dengan izin dan perkenan dari-NYA.
Tiada balasan itu hanya zahir dan nyata.
Mungkin ada bahagian kita diSANA.
Atau mungkin ada dosa dan kejahatan kita yang terampun.
Atau mungkin akan ada keaiban kita yang Allah sembunyikan.
Atau mungkin akan ada urusan kita di masa-masa hadapan yang akan dipermudahkan."
"dan yang penting itu,
bukan cinta, bukan juga jodoh...
tapi bahagia.
maka kalau kamu memang benar-benar mahu bahagia,
maka pintalah dengan rendah hati, dan penuh percaya,
agar DIA memberi kamu bahagia,
walau dengan cara apa pun,
mengikut KETENTUAN-NYA yang telah merangkumi PENGETAHUAN-NYA.
kerana bahagia, bukan hanya datang dari cinta dan jodoh. :’)"
via tumblr~
No comments:
Post a Comment