pagi2 bukak tumblr terbaca mengenai poligami...just letak dlm blog sbb aku rse ayat yang agak sentap..haha..btw, kata-kata dlm nie ada kebenarannya...
“
Muslimah, mengapa perlu marah-marah saat berbicara tentang poligami? Mengapa mesti menggeleng kepala apabila mendengar perkataan poligami?
Bukankah kita menginginkan suami yang persis Rasulullah? Jika bukan Rasulullah, seperti para sahabat juga kita ingin, bukan? Nah, inginkan muslim seperti mereka bermakna kita harus merelakan hati untuk bermadu.
Ingat, semua benda dalam ni pinjaman Allah semata. Termasuk suami. Apa salahnya berkongsi?
Apabila sudah yakin bahawa mujahid hati itu sudah mampu berlaku adil, sudah cukup membimbing diri, apa salahnya membiarkan dia melakukan sunnah Nabi?
Masakan hati tidak cemburu? Masakan tidak sedih?
BINGO. Saat itulah kita akan dapat mengetahui sejauh mana keimanan kita terhadap Allah saat diuji sebegitu.
Indah bukan? Suami berkahwin lain, kita relakan.
Demi Allah, kita relakan.
Tak mahu. Saya tak mahu gembira bahagia di dunia. Saya mahu diuji Allah.
Kita ini taraf hamba, selayaknya diduga, bukan?
Saya mahu merasa kemanisan iman di sebalik ujian yang Dia kirimkan.
Lebih seronok seandainya bakal madu itu seorang yang sangat solehah.
Bukan kah itu jalan terbaik untuk kita mencari peluang bersahabat dengannya, bergelak ketawa bersama sambil menuju ke Jannah.
Seronok.
Poligami? Saya setuju.
Anda bagaimana?
”
via hanyasekadarhamba
kemudian dibalas oleh sorang lagi yang reblog post nie,
kalau poligami itu buruk dan teruk, takkan Allah benarkan poligami? takkan Allah firmankan dalam al-Quran? setiap benda yang Allah benarkan, adalah sesuatu yang cantik dan indah dan punya hikmah.
sepatutnya kita bukan salahkan poligami, tetapi salahkan orang yang mengamalkan poligami. tak, maksud saya bukan nak suruh kita benci orang tu…kita berhak benci, kalau, si pelaku poligami tidak dapat berlaku adil. kalau dia adil dan mampu, apa salahnya berpoligami? jangan salahkan poligami jika berlaku keruntuhan atau keretakan rumah tangga. yang perlu kita salahkan adalah si suami yang tidak bertanggungjawab terhadapa perlaksanaan poligaminya.
jika kita menolak poligami, bermakna kita menolak hukum Allah. bukankah orang yang menolak hukum Allah dan mengatakan hukum Allah itu tidak bagus adalah orang boleh dianggap keluar agama? kalau tidak kerana hukum Allah, hukum siapa lagi kita nak pakai?
nak berpoligami, berlaku adil dan mampulah. kalau tak mampu untuk adil dan memberi nafkah, satu pun dah cukup.
dan kalau isteri kita tu memang baik, setia, solehah, tak usahlah cari lain, meski poligami menghalalkan beristeri sampai empat. pernah suatu ketika saidina Ali bertemu Rasulullah SAW untuk menyatakan hasratnya menikah lain. apa kata Rasulullah? boleh, tapi kamu harus ceraikan Fatimah. terkejut Ali, dan tidak jadi menikah lain. Fatimah itu isteri yang baik. beliau sendiri mengisar gandum hingga jadi tepung untuk dibuat makanan kepada Ali. apabila Ali bermasam muka, dia takkan berhenti minta maaf sampailah Ali maafkan dia. itu pun tak cukup baik lagi? maka sebab itu la Rasulullah tak membenarkan Ali menikah lain.
dan Rasulullah pula, kita semua tahu, Nabi bukan menikah atas dasar suka-suka, tapi atas dasar membela. bukankah semua isteri Nabi itu janda dan tua, cuma Aisyah saja isteri yang muda? jangan disalah fahamkan tujuan Baginda. rujuk sirah jika perlu.
eh. dah membebel ni. macam dah kahwin pulak kan -,- by the way, poligami itu bagus. yang tak bagus itu si pengamalnya, yang menikah bukan atas sebab-sebab yang baik tetapi atas dasar nafsu.
bersabarlah wanita. besar pahalamu jika kamu bersabar…
via sederhanaindah
pendapat aku??
sebenarnya aku sentap bila sederhanaindah cakap mengenai "kalau poligami itu teruk dan buruk, xkan ALLAH benarkan poligami?"...
aku xtau sbb perkara ini xpernah kena kat aku...even sedara mara terdekat pon xde..xpernah merasainya dan semoga dijauhkan daripada merasainya~
sekadar menjawab pertanyaan hanyasekadarhamba, SAYA TIDAK SETUJU..=)
No comments:
Post a Comment