Solat Sunat Awwabin adalah satu jenis Solat Sunat. Awwabin sendiri berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat). Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat sunat awwabin dilakukan antara waktu Maghrib dan Isya'. Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari Solat Sunat Dhuha. Mengikut fahaman Mazhab Shafie yang didomina di Malaysia membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya'. Solat sunat ini dilakukan sama ada sebanyak 2 rakaat, ataupun 4 rakaat atatpun enam rakaat, ataupun sebanyak 20 rakaat dengan diberikan satu salam setiap dua rakaat.
Di antara doa yang baik dibaca selepas solat tersebut :
"Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu."
Namun demikian, ia juga disebutkan untuk solat sunat sesudah maghrib. Menurut para ulama, dianjurkan mengerjakan solat sunat enam rakaat sesudah maghrib agar termasuk awwabin. Keutamaan solat tersebut berdasarkan sabda Rasul saw. Yang berbunyi, “Siapa yang solat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis gharib)
Wallahualam
bleh tanya x klau kite dah solat maghrib pastu kite cakap bleh ke pastu kite solat sunat awwabin. atau kite x leh ckp semase kite sedang solat awwabin maksud sye lepas solat sunat awwabin cth nye sye dah lakukan 2 rakaat pastu saya x bercakap tapi mase sebelum solat sunat awwabin sye bercakap...? pls answer me
ReplyDelete