maaf sume..aku fikir dah lama x mengupdate blog ini..lately rse malas nk menulis...haish..jgn mls2..:'(
ok2..skang saya nk smbg dari entri yg lepas2 iaitu mengenai 11 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID....spe yg xbce post yg lepas bole klik sini..
Pencemaran 3
--> menganggap kesatuan wujud antara ALLAH dan makhluk
Apakah yg dimaksudkan dgn ayat di atas..kalau sebelum ini,penulis membicarakan teori semua makhluk hasil evolusi daripada satu sel,manakala teori ini menganggap yang wujud di muka bumi ini hanya ALLAH sementara kewujudan lain selain ALLAH hanyalah persepktif manusia semata-mata. Maksudnya, yang wujud hanyalah ALLAH semata-mata. Tiada makhluk selain ALLAH. Jadi manusia dan makhluk-makhluk hanyalah sebahagian daripada ALLAH. Fahaman ini dikenali sebagai Wahdah al-Wujud atau kesatun antara ALLAH dan makhluk.
Fahaman ini berasal daripada agama-agama lain, termasuk pemikiran beberapa ahli falsafah Yunani lalu. Lalu diambil oleh beberapa individu Islam dan diislamkan dengan solekan beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sehingga menjadi "Fahaman Versi Islam"
Fahaman ini mendakwa apa yang dianggap oleh manusia hanyalah satu perspektif yang dibentuk oleh deria-derianya spt pandangan,pendengaran,bau,rasa,sentuhan dan sebagainya. Perspektif ini muncul kerana manusia pada kebiasaannya tidak mampu untuk menjangkau sesuatu yang melebihi apa yang dijangkau oleh deria-derianya. Jika mereka berjaya menjangkauinya,mereka menenbusi satu alam yang berbeza daripada apa yang selama ini dibentuk oleh deria-deria mereka. Mereka akan sedar bahawa apa yang selama ini dianggap wujud sebenarnya tidak wujud akan tetapi yang wujud hanyalah ALLAH sahaja. Setelah mengetahui hakikat ini,maka seseorang itu akan mencapai 'kemurnian tauhid yang sebenar iaitu tiada apa-apa jua melainkan ALLAH'
Jelas sekali bahawa fahaman Wahbah al-Wujud menyelisihi seluruh risalah tauhid dan syariat Islam. Hal ini kerana, risalah tauhid yang ditetapkan oleh ALLAH ialah 'Tiada Tuhan melainkan ALLAH' dan bukannya 'Tiada apa-apa jua melainkan ALLAH' menyatukan segala sesuatu dengan ALLAH. Ini bukanlah pemurnian tauhid tetapi pencemaran besar-besaran terhadap tauhid. Malah ini lebih buruk daripada teori Trinity yang dipegang oleh kaum Kristian kerana teori Trinity hanya menyatukan 3 perkara Tuhan manakala teori Wahdah al Wujud menyatukan segala-galanya dalam Tuhan.
|
Berfikirlah tentang ciptaan ALLAH dan jangan berfikir tentang ALLAH |
Pencemaran 4
--> berjumpa dengan bomoh
Berjumpa dengan org yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib seperti bomoh, dukun, pawang, penilik nasib atau seumpama dengannya dpt mencemari kemurnian tauhid kerana hanya ALLAH sahaja yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu ghaib. Firman ALLAH dalam surah al-An’aam [6:59]
“Dan pada sisi ALLAH jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja..........”
Dalam surah al-Naml [27:65]
“Katakanlah : ‘Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan ALLAH.........”
Pengetahuan tentang ilmu ghaib juga tidak diketahui oleh Rasulullah. Apa-apa ilmu ghaib yang diketahui dan dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis-hadis baginda yang sahih seperti kejadian pada akhir zaman,kehidupan di alam kubur, suasana Hari Akhirat dan sebagainya adalah dikhabarkan oleh ALLAH kepada baginda seperti dalam surah al-Jin [ 72:26-27]
“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya).”
Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta malah lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi ALLAH dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan ALLAH.
|
gambar hiasan |
*bersambung di masa akan datang..........
sebuah cacatan...
org yg meyakini atau melakukan sesuatu yg mencemari kemurnian tauhid tidaklah dihukum sbg musyrik serta merta.Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah menghukum pd perbuatan,tidak pada pembuatnya.Ini kerana org yg membuatnya mungkin :
- tidak tahu bahawa ia adalah satu kesalahan
- terkeliru antara betul dan salah
- terpaksa melakukannya
No comments:
Post a Comment