~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Sunday, June 5, 2011

11 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID

   11  13 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID


*dlu 11 tp bertambah menjadi 13 utk buku terbaru HAFIZ FIRDAUS..=) 




Sebelum kita masuk kpd tajuk di atas,ingin saya tanya apakah yg anda faham maksud tauhid??apa itu tauhid??

Ada yg menggelar tauhid tiga,sifat 20 dan macam2 lagi..perbezaan2 ini kadang kala memecahkan umat islam itu sendiri..straight to the point saya huraikan sedikit apa itu tauhid berdasarkan apa yg ditulis oleh penulis buku ini..

Secara ringkasnya apa yg ingin disampaikan oleh penulis,maksud kalimah tauhid la ila ha illallah bukan sekadar tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH malah lebih dari itu iaitu kita bersaksi bahawa tiada Tuhan atau apa-apa jua kecuali ALLAH yang mencipta dari tiada kepada ada,mengurus alam,mengetahui hal ghaib,menetapkan sesuatu kebaikan atau keburukan,mengabulkan doa,memberikan pertolongan, mengubal syariat dan sebagainya.

Jadi apa yang menyebabkan kepada pencemaran tauhid??menurut ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat 36 yg bermaksud

“Dan hendaklah kamu beribadat kpd ALLAH dan jgnlah kamu sekutukan dengan sesuatu apa jua”

Berdasarkan firman ALLAH di atas,manusia pada hari ini tidak dinafikan ramai yang beribadat kepada ALLAH malangnya pada masa yang sama mereka juga turut menyekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain. Tindakan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran tauhid yang mana mencampur adukkan antara keimanan kepada tauhid yang murni dan syirik.....

Pencemaran 1
--> menggelarkan alam ini sebagai alam semulajadi

Pernah tak anda mendengar org berkata “indahnya alam semulajadi ini”. Saya tidak nafikan saya sering mendengar kata-kata tersebut. Sedar atau tidak bila kita mengatakan alam semulajadi secara tidak langsung kita seolah-oleh menolak kewujudan alam ini sebagai ciptaan ALLAH. Alam ini tidak mungkin boleh wujud tanpa penciptanya. Firman ALLAH dalam surah al-A’raaf ayat 54 [7:54]


sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti ) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang2,(semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci ALLAH yang menciptakan dan mentadbir sekalian alam.”

Jadi wajarlah kita menukarkan panggilan alam semulajadi kepada ALAM CIPTAAN ALLAH.

Pencemaran 2
--> menganggap makluk wujud melalui proses evolusi

ALLAH telah berfirman dalam surah al-Hijr [15:28-29]


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liatyang kering,yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya rohKu, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”


Dalam ayat di atas,ALLAH telah menerangkan bagaimana manusia itu terhasil. Jadi kita sebagai umat Islam mengapa harus mempercayai toeri-teori sainstis barat yang tidak percaya kepada Tuhan. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan sainstis2 barat yang timbulkan teori evolusi merupakan golongan Athies yang tidak percaya kewujudan Tuhan. Mereka mencari-cari bagaimana wujudnya manusia melalui pemikiran dan fakta sains.


*bersambung di masa akan datang..........

sebuah cacatan...

org yg meyakini atau melakukan sesuatu yg mencemari kemurnian tauhid tidaklah dihukum sbg musyrik serta merta.Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah menghukum pd perbuatan,tidak pada pembuatnya.Ini kerana org yg membuatnya mungkin :

  1. tidak tahu bahawa ia adalah satu kesalahan
  2. terkeliru antara betul dan salah
  3. terpaksa melakukannya 




No comments:

Post a Comment