~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Friday, November 8, 2013

saat aku cemburu..




saat aku cemburu! Tuhan tahu kemampuan aku dan kamu.
ujian itu,
hanya sesuai kemampuan.


ujian itu,
semuanya berdasarkan kemampuan..

pernah tak rasa cemburu?
tengok orang lain ada ibu dan ayah,
yang sporting, yang boleh spill out semua,share semua benda.
yang boleh cerita semua benda.
yang selalu ada masa.
sedang kita mungkin tak ada.
tak ada ayah bonda.
atau mungkin mereka tak ada masa.
atau mungkin bonding tak kuat,
maka sabarlah.
mungkin sebab kita mampu,
Tuhan uji kita dari segi itu.
dia yang Allah beri kelebihan itu,
mungkin dia tak mampu berada di tempat kita.

;’)

pernah tak rasa cemburu.
tengok orang ada adik beradik ramai,
hubungan rapat.
semua benda boleh cerita dan kongsi,
sedang kita mungkin anak tunggal,
adik beradik hubungan tak rapat,
buat hal masing-masing,
cemburu, memang cemburu.
tapi mungkin sebab kita mampu,
Tuhan uji kita dari segi itu.
sedang mereka yang Allah beri kelebihan itu,
kasih sayang adik-beradik itulah kekuatan buat dia,
sedang kita kekurangan kasih sayang itulah yang membuat kita kuat,
nampak tak?

;’)

pernah tak rasa cemburu,
tengok orang lain ada kawan baik.
yang terima segala kekurangan dan kelemahan dia.
yang sembunyikan segala kesilapan dan keaiban kita.
sedang kita tak punya kawan baik.
semua benda buat sendiri.
tak ada yang tahan kawan dengan kita.
tak ada yang sabar dengan karenah kita.
bahkan ada yang kita jumpa,
lebih suka sebarkan keaiban kita.
cemburukan. ada air mata mahu gugur.
tapi mungkin sebab Tuhan tahu kita mampu.
mungkin Tuhan tahu kita tak perlukan itu.
dia yang Allah beri kelebihan itu,
maka itulah nikmat Tuhan yang dianugerahkan padanya,
sedang kita, itulah bahagian ujian Tuhan buat kita.
mungkin kita perlu perbaiki hati kita,
perindah akhlak dan tingkahlaku kita,
dan perkuatkan pergantungan kita dengan- Allah dulu.
mungkin sebab dia baik, baik dengan Allah, maka manusia baik pula dengannya.

:’)

pernah rasa cemburu?
tengok orang lain,
jodoh mudah, jodoh dengan orang baik-baik.
zuriat banyak, zuriat bik-baik.
sedang kita jodoh lambat sikit.
rezeki zuriat lambat sikit.
mungkin sebab kita mampu,
Tuhan tangguhkan dulu.
Tuhan beri izin,
perbaiki apa yang kurang,
perelokkan apa yang masih tak elok,
supaya bila DIA beri nanti,
kita dah sedia,
dan mungkin mereka yang dapat rasa nikmat itu,
sebenarnya dah pernah lalui apa yang kita rasa,
ataupun sebenarnya usaha mereka, doa mereka dan persediaan mereka lebih hebat dan lebih baik dari kita,
sedang kita cuma melihat bahagia, tak melihat usaha mereka sebelum mengecap bahagia itu.
atau mungkin kerana mereka tak mampu,
dapat ujian macam kita,
sendiri dulu macam kita,
maka Allah permudahkan urusan mereka ke arah itu.
nampak tak?

saat kita cemburu,
muhasabah balik, cemburu kita itu kerana apa?
kerana Tuhan yang menganugerahkan nikmat itu kah?

sedang kalau kita mampu duduk sekejap, merenung kekurangan dan kekhilafan diri, kita akan jadi malu dan tahu sendiri,
mengapa semua itu terjadi.
pujuklah. pujuk hati.
Tuhan tak pernah menzalimi.
mungkin ada yang perlu kita perbaiki.
mungkin ada yang perlu kita perbaharui.
mungkin ada yang perlu kita usahakan dengan lebih sungguh-sungguh, dengan sepenuh hati.

jika ini semua ujian,
moga kita ‘lulus’ dengan cemerlang,
dengan redha dari-NYA, ;’)

8 Nov 2013
Sungai Buloh,
Malaysia.
#sesuatu #saya #catatan

p/s : amik dari tumblr tersenyum-melihat-langit
p/s : aku catatkan di sini kerana catatan ini mampu membuatkan aku mngalirkan air mata..kerana sememangnye aku cemburu... =(