~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Tuesday, November 20, 2012

kebenaran~

aku tak tahu kenapa perasaan ingin tahu tue datang blek...sbnrnya dari dlu lagi aku ingin tahu..tp tidak diluahkan..hanya tersimpan di lubuk hati....tp tiba-tiba perasaan ingin tahu itu datang kembali..lantas ku bertanya..tetapi bukan kepada tuannya..lantas, mana mungkin ku mendapat jawapan yang tepat..akhirnya aku masih bingung dalam mencari jawapan...lantas roommate ku berkata,

"rabi, kadang-kadang kita tidak perlu tahu kebenaran yang ada..sbb kita tidak tahu apa yang bakal berlaku...mungkin dengan kebenaran yang tersembunyi ini kau masih mampu terus kuat hingga sekarang.apa yang bole kau buat hanyalah berdoa..agar ALLAH memberi yang terbaik dalam hidup kau"

time kasih aina sbb membuatkan aku berfikir dan terus berfikir...memang wajar aku tidak tahu kebenaran..mungkin bukan waktunya lagi...biarlah hidup ku penuh dengan harapan..walaupun harapan yang tidak pasti..sekurang2nya aku masih mempunyai harapan...kerana kita tidak tahu apa yang akan terjadi di kemuadian hari..hanyalah aku ada adalah DIA...doalah sebanyak-banyaknya kerana DIA maha Penyayang...=D

sedikit coratan yang ku ambil dari sini

" kadang-kadang,
kita tak tahu kebenaran.
kerana kita belum sedia untuk mengetahuinya.

kadang-kadang,

kerana kita belum cukup kuat,

kadang-kadang,

kerana sebenarnya kita belum mampu,
untuk tahu.

rasa ingin tahu memang menebal,

tapi masanya masih belum tepat.
mungkin kerana itu,
sesetengah kebenaran itu masih belum dapat kita ketahui.
masih tersimpan rapi,
dalam rahsia milik Ilahi.

terkadang,

kerana DIA ingin menguji,
keteguhan pengharapan dan kepercayaan seorang hamba.

dan terkadang,

kerana DIA lebih tahu,
bahawa sejujurnya,
kita belum mampu untuk mengetahui hakikat kebenaran itu, "

Wednesday, November 14, 2012

anak-anak

aku tersentuh membaca artikel dari blog saifulislam.com yang bertajuk Cara Kita Memandang Kanak-kanak.

Memang anak adalah kain suci. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Spt post lepas mengenai perangai anak mengikut susunan, aku melihat anak-anak membesar mengikut cara dan mentaliti ibu bapanya. Tidak dilupakan juga dengan keadaan sekeliling. 


Kenapa aku berkata demikian??

Cuba baca betul2 apa yang telah ditulis oleh Ust Hasrizal, mengenai mentaliti ibu bapa di barat, bagi mereka anak2 itu mempunyai hak dan kemahuan mereka. Di Malaysia pula, budak berusia 12tahun
mati ditali gantung sebab tertekan dengan keputusan UPSR dan khabarnya itu seperti terbang ditiup angin. dimanakah sifat prihatin kita terhadap anak-anak masa kini???adakah sekadar menjaga anak2 sendiri di rumah??? cuba renung2kan..*jika ingin penerangan lebih lanjut sila baca artikel dari Ust Hasrizal bertajuk Cara Kita Memandang Kanak-kanak.

Mungkin ada sesetengah berpendapat bahawa kita tidak wajar membandingkan 2 perkara tersebut. tetapi bagi diri aku sendiri, memang mentaliti masyarakat kita sekarang ada masalah. walaupun aku tidak pasti banyak atau tidak tetapi ADA!!

jadi bagaimana kita mahu selesaikannya??adakah sekadar menunding jari ke arah orang lain??tepuk dada tnyalah diri sendiri..

#maaf aku tidak bole memberi penyelesaian sebab aku tidak berkahwin lagi apatah lagi mempunyai anak. sekadar menulis berdasarkan pembacaan dan keluhan pengalaman2 orang disekeliling ku....tanda keprihatinan ku terhadap orang lain..

#teringt mak aku pernah berjumpa dengan salah sorg cikgu kat integomb..
mak : terima kasih banyak2 cikgu sbb jaga anak saya(aku)...sampai dia bole berjaya sekarang...hanya Tuhan dapat membalasnya....cikgu asyik bz dengan keje2 kat sek siang malam sanggup dtg semata-mata nk lihat bdk2 nie berjaya..macam mana dengan anak2 cikgu pulak??
cikgu : itu da tanggungjawab saya utk mengajar. anak2 murid saya, saya anggap sebagai anak saya sndiri jugak...yela mak ayah diorg jauh...jd cikgu2 kat sini la pengganti mak ayah kat rumah...saya akan jaga anak2 saya bila balek..buat mana yang termampu...sumenye berserah pada ALLAH..kita buat dengan ikhlas insyaALLAH, DIA akan bantu kita..
mak : betul tue cikgu..kalau kita niat nk jaga anak org iaitu tanggungjawab kita, insyaALLAH akan ada orang lain yang akan jaga anak kita sendiri..

macam tue la lebih kurang perbualan mereka..seriusly bila aku dengar, aku cukup sayu...dan itulah salah satu sbb knapa aku nak jadi cikgu..bagi aku menjadi seorang cikgu itu bukan hanya sekadar kerjaya..malah lebih dari segala2nya..

#ya ALLAH, permudahkanlah aku untuk menjadi seorang cikgu~

#sekadar berkongsi 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
 

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
 
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

sumber 

istirja'

Sekadar perkongsian mengenai maksud istirja'...

Menurut Imam Ibn Katsir, istirja’ bermaksud mengucapkan “Innalillahi wa inna ilaihi roji’un” yang membawa maksud,

“sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.”

Ini adalah berdasarkan firman Allah di dalam ayat 155 hingga 157 surah Al-Baqarah,

“Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut dan kelaparan, dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar: (Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmatNya; dan mereka itulah orang-orang yang dapat petunjuk hidayahNya.”

Imam Ahmad meriwayatkan bahawa suatu hari Abdullah pulang dengan ceria setelah menemui Rasulullah. Dia berkata kepada Hindun,

“Aku telah mendengar langsung daripada Rasulullah satu ucapan yang membuat hatiku gembira kerananya.”

Beliau telah bersabda,

“Tidak sekali-kali seorang muslim ditimpa suatu musibah, lalu dia ber-istirja’ ketika musibah menimpanya, kemudian mengucapkan Allahuma jurni fi mushiibati waklufli khairan minha (Ya Allah, berikan daku pahala dalam musibahku ini, dan gantikanlah buatku yang lebih baik daripadanya) melainkan terjadi kepadanya seperti apa yang diminta.”

Hindun kemudiannya menghafal doa tersebut daripada Abdullah. Doa ini juga diriwayatkan oleh Imam Muslim.

sumber

kesimpulannya setiap kali ditimpa kepayahan, ujian, cabaran, musibah beristirja' lah dengan menyebut “Innalillahi wa inna ilaihi roji’un”...sesungguhnya RAHMAT ALLAH itu semakin hampir..:)

Tuesday, November 13, 2012

smgt rabi..smgt!!

Kata-Kata Semangat

Kadang-kala kita tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula kita tahu apa benda yang hilang itu.

Disaat itu, kita sangat-sangat memerlukan teman. Teman untuk kita mendapatkan semula semangat yang hilang. Kata-kata semangat dari seorang teman itu diharapkan, akan dapat membantu menaikkan semula semangat kita yang hilang.

Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari itu tidak pula ditemui. Secara tiba-tiba teman baik kita itu sibuk sendiri. Kelibat mereka tak pula kelihatan. Puas mata mencari tetapi tak jumpa juga.

Atau mungkin juga, kita tak punya teman baik, teman baik itu belum lagi ditemui. Mereka masih lagi dikalangan orang ramai. Menanti saat, tika dan jodoh untuk bertemu dan dipertemukan. Hati terasa sepi kerana teman baik tak ditemui lagi.

Tetapi percayalah dalam hati. Kita masih punya Dia. Dialah tempat untuk kita mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

 

Kata-Kata Semangat Buat Teman

Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu.

Mungkin si dia yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.

Si dia yang kau tunggu itu pasti ada. Kerana setiap anak Adam itu sudah lumrahnya berpasangan. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Nikmatnya dicintai dan nikmatnya mencintai. Lagi indah apabila cinta itu disulami dengan redha Ilahi.

 

Kata-Kata Semangat Buat Diri

Kadang-kala aku terfikir, apakah betul  setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu?

Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawap, sepi.

Mencari teman baik buat bicara. Mencari teman baik buat mengadu. Mencari teman baik buat bermanja.

Keinginan setiap insan normal, inginkan seorang teman baik sebagai teman. Selagi hayat dikandung badan.
Namun tak mudah juga. Matlamat itu tak menghalalkan cara. Niat dihati ingin berkenalan, tapi masih belum kesampaian. Takut hanyut dalam kelalaian. Tak sedar tersasar dari tujuan. Semakin jauh dari jalan kebenaran.

Kata orang “seeing is believing.” Tapi tak semudah yang diperkata. Kadang-kala yang dilihat itu diluar norma. Biasa bagi mereka, tapi luar biasa bagi-Nya.

 

Kata-Kata Semangat Buat Kita

Kata-kata semangat buat teman. Kata semangat sebagai ingatan. Buat diri ku juga seorang insan.
Memperbaiki diri memperbaiki teman, dengan cara saling ingat-mengingatkan.
Buat kamu wahai teman, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuangan, untuk mencari redha Tuhan.

Kata-kata semangat buat teman,
kata-kata semangat buat diri,
kata-kata semangat buat kita.

oleh,
Fahmi Raazali
26 November 2011.

sumber

Saturday, November 10, 2012

tersadai~

siyes rase berdebar gile td..peristiwa wat aku cuak gileeeeee...
tersadai sorg2 di tengah2 federal highway sbb minyak da xde...
cube byngkan kat tgh2 highway tue...dgn kete yang banyaknya...lori, bas...segala mende la lalu sblah aku....aku xtau wat pe..nk kuar kete pon takut sbb kenderaan sume laju2..seb bek dlm 10min kmudian polis trafik datang bawak kete ke tepi..kalo x, aku xtau la ape nasib aku....
call abg ngah suh dtg check..nasib baik abg teh blek shah alam kejap..so diorg ada kete nk dtg...
duk kat tepi lebuhraya cuak gak..knderaan yg lalu akn mnyebabkn kete tue bergegar...dasyat kan..duk la dlm kete snyap2...da rse panas sgt bkk tingkap kete.....da dekat 15min tggu abg dtg, tetibe ada sorg mamat india nie dari arah laluan moto menghampiri..aku da cpt nk tutup tingkap...die pasan then ckp,

uncle : jgn takut..saya xwat apa2...saya makenik..ada pape masalah??
aku : xpe2...nnt ada org dtg..*smbil tutup tingkap sikit demi sikit*
uncle : jgn takut..kat dunia nie ada org jahat..ada org baik..saya org baik..saya makanik..ke ada pape bole tolong..minyak abis??
aku : ye..minyak abis...da call org suh dtg xpe2...time kasih *smbil wat muke cuak*

then die blah..aku ckp time kasih sbb die still ckp die org baik...blah..blah..blah....aku bukan ape..kat faderal highway tue sensorg..haruslah cuak...kne berhati2..lagi2 ngan org yg kita xknal..huhu..
then 15min kemudian bru la abg ngah n abg teh smpai..da isi minyak sume allhamdulillah baru ok...
abg ngah ckp die bru isi minyak..so aku xbajet minyk akan habis sblm smpai kk9..tgk2 da xsmpat...adoii...sory la kat abg2 ku sbb menyusahkan korg...

*terasa cuak lak nk p sabak bernam esok..da la berdua ngan fizha jek..harap2 sumenye berjalan ngan lancar...amin~

p/s : time kasih kat enchik polis td...kalo xde diorg xtau nk ckp pe...ntah bpe lame plak aku tersadai kat tengah2 hihgway tue...nasib baik polis tue xmara...maybe sbb aku wat muka cuak n kesian gile kot..lagi2 aku sorg jek..pompuan plak tue...huhu

orgygkusayang

org2 yang ku sayang kat dunia nie mestilah org yang da melahirkan aku...org yang telah membesarkan aku...org yang selalu memberi pengajaran kat aku...tanpa mereka di sisi siapalah aku ini...
mereka semestinya mak ayah aku...adik beradikku...

selain dari mereka di atas adalah mereka yang banyak memberi aku ilmu..tanpa mereka aku tidak akan berada di tempat yang aku berada sekarang...iaitu cikgu2 aku...dari tadika,sek convent taiping,sbp integrasi gombak, pasum and now at UM~

dan org yang aku sayang juga adalah sahabat2ku yang sering berada di sisiku tak kira apa jua keadaan...sahabat kau sesungguhnya...temanku dikala suka dan lara~
uhibbukum ajma'in~

tiadainsanlainyangkusayangmelainkanmereka~

Saturday, November 3, 2012

mengenalinya~

mengenalinya aku kenal erti kasih
mengenalinya aku kenal erti sayang
mengenalinya aku kenal erti setia
mengenalinya aku kenal erti cemburu
mengenalinya aku kenal erti rindu

mengenalinya juga aku temui seorang sahabat
tanpa disangka...
tanpa dirancang...
kerana dialah,
sahabat yang sering berkongsi suka dan duka...
sahabat yang sering memberi nasihat ke arah kebaikan...
sahabat yang sering memberi sinar tika hati dilanda kesedihan...
sahabat yang tidak jemu memberi pendorong ketika semangat berada di tahap paling bawah...
sahabat yang memberikan kekuatan tatkala ujian datang melanda...
sahabat yang setia mendengar tatkala masalah bertimpa-timpa...
sahabat yang sering berkongsi kegembiraan...

kadang-kadang terfikir di sanubariku...
adakah tanpa mengenalinya aku masih dapat temui sahabat itu?

cuma satu keyakinan di hati masih tersemat dan tidak akan goyah (insyaALLAH)....
iaitu setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...

kerana dengan mengenalinya aku dapat mengenali siapa diri aku yang sebenarnya...

ya hanana

ari nie training kompang sgt bes..sbb belajar selawat baru...di bawah parking kete...hafal selawat dgn pukulan...mmg menggamit kenangan time 1st year...selawat nie mmg bes...ske3...jom dgr :)







Thursday, November 1, 2012

PERSONALITI BERDASARKAN URUTAN KELAHIRAN

Jam sudah menunjukkan pukul 3 pagi..tp aku xley tdo…sbb td pas maghrb tdo sampai kul 11.30mlm…sudahnya xley tdo..pas solat kemas buku2 yang tak teratur dalam almari buku, then main game..konon nak wat keje tp xde mood…mentang2 kne hantar minggu dpn…rabi, rabi..bila anda mau berubahhhhh???? Penat men game xtau wat ape….nk tdo, xley…xmau paksa tdo..nnt aku penat..penat tdo..huhu…tetiba dapat ilham utk menulis…menulis pasal personaliti…aku nak tulis pasal personaliti nie berdasarkan pemerhatian n pengalaman aku…lebih pada personaliti aku sbg anak bongsu…so spe2 anak bongsu yang xsetuju sila la tinggalkan komen… :P

Pendapat aku pembinaan personaliti seseorang terdapat banyak faktor…bagi aku factor utamanya adalah persekitaran….npe aku ckp mcm tue?? Sbb kita lebih terdedah kepada persekitaran…jika persekitaran kita baik, kita akan jadi baik…begitu juga sebaliknya….cara ibu bapa juga termasuk dalam persekitaran anak2…sbb itulah adanya hadis yang bermaksud

“Setiap anak yang lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (Islam; suci bersih). Maka ibu bapanya lah yang bertindak menjadikan ia Yahudi atau Nasrani atau Majusi.” (Hadis riwayat Muslim dan Baihaqi)

Itulah tanggungjawab terbesar ibu bapa dalam pembentukan anak2…sbb tue kne ingt b4 kawen, kawen bukan sahaja hanya menghalalkan ikatan 2org tetapi lebih kepada itu…org kawen, kita pon nk kawen…tp adakah kita benar2 bersedia utk menghadapi tanggunggjawab2 selepas itu???

Ok…stop membebel…pergi kepada tajuk..pembinaan personaliti…mengikut pemerhatian aku la, turutan anak dalam keluarga juga memberi kesan pembinaan personality..tp seperti mana yang aku ckp td, xsume sama…depend pada persekitaran dan ibu bapanya….

Untuk anak sulung, mengikut kajian ,

  • anak sulung dikaitkan dengan sikap pelindung, suka bertolak ansur, serta ego.
  • sering berjaya dalam hidup.
  • lebih pandai mengambil hati orang tua.
  • mempunyai nilai tanggung jawab yang tinggi.
Pendapat aku, anak sulung mmg bersikap pelindung, mempunyai tanggungjawab yang tinggi…ye la adik2 ramai..so dari kecil dia da ajar utk bersikap melindungi dan bertanggungjawab terhadap adik2 dia…tp kalo suka bertolak ansur tue aku kurang setuju…hahaha…bukan apa, ada je aku tgk anak2 sulung nie, ske sgt mengarah…kalo hitam katanya,hitam la…xley nk jd putih…ego dia sgt2 tinggi dan jenis bertegas..tp xde la 24jam dia xley bertolak ansur…Cuma most of the tima la…hehe…tp slalunye kalo aku berhadapan ngan anak sulung nie, aku secara automatic akan mendengar ckp…xreti nk bangkang sgt...xtau nape..maybe sbb apa yang diorg buat tue mmg btol.. dia juga  mempunyai sikap kepimpinan yang tinggi…bole memimpin org…maybe sbb aura tue wat aku bole terima apa yang diorg ckp…sbb tue anak sulung bole membuat keputusan sendiri tanpa bergantung kat org…

Next, anak no 2…nie yang aku dpt dari kajian org len la…

1.  anak manja abah . ayah . papa . daddy .
2. seorang yang degil
3. tak pandai memujuk 
4. hati lembut  
5. berdikari
6. pemaaf & caring

Sbnrnya aku mmg ramai gile kawan2 aku adalah anak no 2…dari sek men smpai la skang kat UM..kalo kat integomb ada liyana sulaiman, asyikin, azalika, amiruddin(spe lagi eh??)…kalo kat um yang aku tau fizha, munierah,aini, hifzuddin, hakim, nasiha (spe agy..sila ngaku cepat..)…yang aku ley komen yang mmg btol2 rapat ngan aku la..especially bdk2 integomb n certain bdk2 UM…anak manja??aku no komen…tp kalo amiruddin tue mmg aku caya sgt..haha…tp yang aku pasan pasal diorg, diorg pandai berdikari..xpandai nak arah2 org wat keje…kalo org xnak wat keje, die akan watkan keje org tue…kalo caring tue mmg btol kot…sbb tue kat sek dlu aku cpt rapat ngan diorg kot…kalo ada masalah, cite pape aku ske cite kat diorg…f1 aku rapat ngan syikin..f2 plak ngan azalika..msk f3 ngan syikin blek…f4 plak bila da len2 kelas bole la aku stat berkerjasama ngn amiruddin sbb keje…tp die pon jenis yang bole la tolong kalo ada masalah…n bila f5 da stat rapat ngan liyana…paling bes sbb die ske ajar aku subj yang aku xske sgt iaitu bio…seronok tgk die terang2kan sume…hoho…tp ade jgk bdk2 yg bukan anak no 2 aku rapt..:) *siyes aku rindu kat korg wahai 5thfivers…T_T*

Next, anak tengah…mengikut kajian
1. lebih berdikari berbanding dengan si sulung atau adik beradik yang lain.
2. lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
3. suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
4. sering merasakan diri mereka terpinggir.
5. terlalu mengalah


utk anak tengah lak, aku no komen je la…sbb aku xbpe nk kenal watak diorg sgt…sbb kebanyakan yang aku jmp pelbagai watak…xde persamaan yang aku nmpk…huhu…
 
Next ank bongsu!!utk pengetahuan,aku adalah anak bongsu..spe2 anak bongsu, sep sket…*wink wink*..ikut kajian personaliti anak bongsu adalah

  1.  happy go-lucky dan yakin diri.
  2.  manja.
  3.  berkeinginan dan bercita-cita tinggi.
  4.  sukar membuat keputusan sendiri.

Yakin pada diri??haha…bg aku, aku xde la yakin diri..sbb aku selalu down…kene ada org motivate baru aku rse lebih yakin..kalo x,mmg xla..huhu…manja????sume org akan cakap dan percaya bahawa anak bongsu adalah paling manja..dlu aku slalu xcaya mende nie..sbb aku rse aku xmanja pon..tp pernah satu hari time tue aku kat integomb, time tue aku buru call akk aku, tetibe kawan aku tegur..ko anak bongsu ke??aku ckp la ye…then die ckp..ptt pon…suara n gaya manja..haha…then aku baru pasan….dan aku baru tau anak bongsu nie wlpn die bole berdikari ke atau ada personaliti2 lain, tp personaliti manja tue mesti ada sikit..paling kurang pon die akan tunjukkn kat family die wlpn bukan kat kengkawan…(btol x??)…berkeinginan dan bercita-cita tinggi bagi aku sume org rse macam tue..xkira la die bongsu ke x…huhu…lastly  sukar membuat keputusan sendiri…bg aku, mmg btol…aku sgt2 susah nk wat keputusan sndiri..aku akan tnye org len sama ada btol ke x tindakan aku…mungkin sbb tue aku cpt terpengaruh ngan org…Cuma Alhamdulillah persekitaran aku membawa kebaikan kepada aku…J…sbb tue aku suka kawan ngan org sme umur atau lagi tua dari aku….kat integomb dulu waktu f1 kat dorm aku sorg jek bdk f1..yang len sume senior..ada sorg msuk then kuar…agy sorg dtg lmbt..so mmg aku la paling manja dlm dorm tue…msk f2 plak kebetulan xde junior yang msk dorm aku..so aku lagi paling muda…bila msk f3 bru la ada junior dlm dorm tue..junior f1..tringt ada akk dorm ckp, ada org da panggil rabi akk la..haha…1st time dgr org pnggil aku akk…then bila nek f4 n f5 dpt bilik plak..da bukan dorm…roommate plak satu batch…so aku xbyk expose ngan junior2 n lagi la wat aku xbpe or susah nk rapat ngan yg lagi muda ngan aku…bila aku f5 kalo ada masalah atau cite utk dikongsi aku ske refer kat kawan satu batch..kalo xpon dekat ckg trus…skang nie pon bila tgk kawan2 yang btol2 baik ngan aku sume same umo..xpon lagi tua..maybe sbb aku selesa n bila tnye pendapat diorg akan tolong aku utk membuat keputusan..huhu…satu lagi pasal anak bongsu org ckp, kalo mintak pape kat mak ayah selalu dpt…yg tue bg aku depend jgk la…tgk jgk la kat ekonomi family..sbb kalo anak sulung, waktu diorg dilahirkan mak ayah selalunya bru nk mulakan hidup…bila da besar sket, tmbh2 kalo ada ramai adik beradik nk pape susahla…kne pkkan utk adik2 jgk…tp kalo ank bongsu, die len sket…kalo dalam family, mak ckp, rabi nk apa selalu dpt xmcm akk2 n abg2 yg len *kecuali abg atas aku…sume die nk rsenye dpt jgk..hehe*…mne tak nya..skang nie tnggungan  ayah da berkurangan…gaji da makin tinggi sket berbanding dlu…so, hidup aku agak mewah sket berbanding ngan yang len…tp nk ikutkn pon skang nie barang2 da mahal so duit pon dpt byk sket.. pastu brg2 keperluan lak mcm laptop n hp plak bende tue satu keperluan…xmcm dlu…so aku kne pndai2 la gne utk kebaikan…ini jgk diakui oleh zaheer sbg anak sulung..die kata adik bongsu die, sara…apa yang die nk, ibu dan ayah die slalu bg…*kami xmintak utk dilahirkan bongsu wahai zaheer..so jgn jelez..haha*

panjang tol cita pasal anak bongsu nih…lastly anak tunggal….ikut kajian anak tunggal nie

1.    sering merasakan diri mereka kesunyian.
2.    lebih berkeyakinan kerana sudah terbiasa segala yang dihajati tercapai.
3.    lebih bijak bergaul.
4.    lebih cepat matang.
5.    terlalu rapat dengan ibu bapa walau usia makin meningkat.
6.    sukar nak bertolak ansur dengan orang lain.
 
Utk anak tunggal, aku pon xbyk komen gak..sbb aku xtau spe kawan aku yang ank tunggal melainkan safwan…yg aku bole ckp die mmg susah nk bertolak ansur..ske sgt aku gaduh ngan die..haha…

Tue je la kot yang aku nk ckp sal personaliti berdasarkan kajian yang xberilmiah nie..haha..hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku la…spe2 yang terasa mintak maap la…personaliti nie aku xtujukan kat spe2 pon…sekadar ingin share apa yang aku rsekan pasal korg...=D