~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Wednesday, November 14, 2012

anak-anak

aku tersentuh membaca artikel dari blog saifulislam.com yang bertajuk Cara Kita Memandang Kanak-kanak.

Memang anak adalah kain suci. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Spt post lepas mengenai perangai anak mengikut susunan, aku melihat anak-anak membesar mengikut cara dan mentaliti ibu bapanya. Tidak dilupakan juga dengan keadaan sekeliling. 


Kenapa aku berkata demikian??

Cuba baca betul2 apa yang telah ditulis oleh Ust Hasrizal, mengenai mentaliti ibu bapa di barat, bagi mereka anak2 itu mempunyai hak dan kemahuan mereka. Di Malaysia pula, budak berusia 12tahun
mati ditali gantung sebab tertekan dengan keputusan UPSR dan khabarnya itu seperti terbang ditiup angin. dimanakah sifat prihatin kita terhadap anak-anak masa kini???adakah sekadar menjaga anak2 sendiri di rumah??? cuba renung2kan..*jika ingin penerangan lebih lanjut sila baca artikel dari Ust Hasrizal bertajuk Cara Kita Memandang Kanak-kanak.

Mungkin ada sesetengah berpendapat bahawa kita tidak wajar membandingkan 2 perkara tersebut. tetapi bagi diri aku sendiri, memang mentaliti masyarakat kita sekarang ada masalah. walaupun aku tidak pasti banyak atau tidak tetapi ADA!!

jadi bagaimana kita mahu selesaikannya??adakah sekadar menunding jari ke arah orang lain??tepuk dada tnyalah diri sendiri..

#maaf aku tidak bole memberi penyelesaian sebab aku tidak berkahwin lagi apatah lagi mempunyai anak. sekadar menulis berdasarkan pembacaan dan keluhan pengalaman2 orang disekeliling ku....tanda keprihatinan ku terhadap orang lain..

#teringt mak aku pernah berjumpa dengan salah sorg cikgu kat integomb..
mak : terima kasih banyak2 cikgu sbb jaga anak saya(aku)...sampai dia bole berjaya sekarang...hanya Tuhan dapat membalasnya....cikgu asyik bz dengan keje2 kat sek siang malam sanggup dtg semata-mata nk lihat bdk2 nie berjaya..macam mana dengan anak2 cikgu pulak??
cikgu : itu da tanggungjawab saya utk mengajar. anak2 murid saya, saya anggap sebagai anak saya sndiri jugak...yela mak ayah diorg jauh...jd cikgu2 kat sini la pengganti mak ayah kat rumah...saya akan jaga anak2 saya bila balek..buat mana yang termampu...sumenye berserah pada ALLAH..kita buat dengan ikhlas insyaALLAH, DIA akan bantu kita..
mak : betul tue cikgu..kalau kita niat nk jaga anak org iaitu tanggungjawab kita, insyaALLAH akan ada orang lain yang akan jaga anak kita sendiri..

macam tue la lebih kurang perbualan mereka..seriusly bila aku dengar, aku cukup sayu...dan itulah salah satu sbb knapa aku nak jadi cikgu..bagi aku menjadi seorang cikgu itu bukan hanya sekadar kerjaya..malah lebih dari segala2nya..

#ya ALLAH, permudahkanlah aku untuk menjadi seorang cikgu~

#sekadar berkongsi 4 tahap bagaimana mendidik anak mengikut sunnah Rasulullah s.a.w adalah :

1)   Umur anak-anak 0-6 tahun. Pada masa ini, Rasulullah s.a.w menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yg tidak berbatas. Berikan mereka kasih sayang tanpa mengira anak sulung mahupun bongsu dengan bersikap adil terhadap setiap anak-anak. Tidak boleh dirotan sekiranya mereka melakukan kesalahan walaupun atas dasar untuk mendidik.
 

Kesannya, anak-anak akan lebih dekat dengan kita dan merasakan kita sebahagian masa membesar mereka yang boleh dianggap sebagai rakan dan rujukan yang terbaik. Anak-anak merasa aman dalam meniti usia kecil mereka kerana mereka tahu yang anda (ibubapa) selalu ada disisi mereka setiap masa.

2)   Umur anak-anak 7-14 tahun.  Pada tahap ini kita mula menanamkan nilai DISIPLIN dan TANGUNGJAWAB kepada anak-anak. Menurut hadith Abu Daud, “Perintahlah anak-anak kamu supaya mendirikan sembahyang ketika berusia tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkan sembahyang ketika berumur sepuluh tahun dan asingkanlah tempat tidur di antara mereka (lelaki dan perempuan). Pukul itu pula bukanlah untuk menyeksa, cuma sekadar untuk menggerunkan mereka. Janganlah dipukul bahagian muka kerana muka adalah tempat penghormatan seseorang. Allah SWT mencipta sendiri muka Nabi Adam.
 
Kesannya, anak-anak akan lebih bertanggungjawab pada setiap suruhan terutama dalam mendirikan solat. Inilah masa terbaik bagi kita dalam memprogramkan sahsiah dan akhlak anak-anak mengikut acuan Islam. Terpulang pada ibubapa samada ingin menjadikan mereka seorang muslim, yahudi, nasrani ataupun majusi.

3)   Umur anak-anak 15- 21 tahun. Inilah fasa remaja yang penuh sikap memberontak. Pada tahap ini, ibubapa seeloknya mendekati anak-anak dengan BERKAWAN dengan mereka. Banyakkan berborak dan berbincang dengan mereka tentang perkara yang mereka hadapi. Bagi anak remaja perempuan, berkongsilah dengan mereka tentang kisah kedatangan ‘haid’ mereka dan perasaan mereka ketika itu. Jadilah pendengar yang setia kepada mereka. Sekiranya tidak bersetuju dengan sebarang tindakan mereka, elakkan mengherdik atau memarahi mereka terutama dihadapan adik-beradik yang lain tetapi banyakkan pendekatan secara diplomasi walaupun kita adalah orang tua mereka. 

Kesannya, tiada orang ketiga atau ‘asing’ akan hadir dalam hidup mereka sebagai tempat rujukan dan pendengar masalah mereka. Mereka tidak akan terpengaruh untuk keluar rumah untuk mencari keseronokkan memandangkan semua kebahagian dan keseronokkan telah ada di rumah bersama keluarga.

4)   Umur anak 21 tahun dan ke atas. Fasa ini adalah masa ibubapa untuk memberikan sepenuh KEPERCAYAAN kepada anak-anak dengan memberi KEBEBASAN dalam membuat keputusan mereka sendiri. Ibubapa hanya perlu pantau, nasihatkan dengan diiringi doa agar setiap hala tuju yang diambil mereka adalah betul. Bermula pengembaraan kehidupan mereka yang sebenar di luar rumah.

Insha’Allah dengan segala displin yang diasah sejak tahap ke-2 sebelum ini cukup menjadi benteng diri buat mereka. Ibubapa jangan penat untuk menasihati mereka, kerana mengikut kajian nasihat yang diucap sebanyak 200 kali terhadap anak-anak mampu membentuk tingkahlaku yang baik seperti yang ibubapa inginkan.

sumber 

No comments:

Post a Comment