~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Saturday, November 26, 2011

tahukah anda??

tahukah anda???

tahukah anda bahawa 1 muharam bukanlah tarikh hijrah Rasulullah tetapi tahun Rasulullah berhijrah..

kenapa 1 muharam dijadikan sbg permulaan tahun hijrah?

Kata Muhammad bin Sirin: Seorang lelaki datang kepada Umar dan berkata: “Tetapkan tarikh seperti mana orang bukan arab lakukan dengan menulis pada bulan tertentu dan tahun tertentu”. 

Jawab Umar: “Cadangan yang baik”. 

Mereka berkata: “Tahun bila kita hendak mulakan?”. 

Ada yang mencadangkan tahun kebangkitan Nabi s.a.w, ada pula cadangan tahun kewafatan dan lain-lain. Lalu mereka bersetuju tahun baginda berhijrah. 

Lalu mereka bertanya lagi: “Bulan manakah hendak kita mulakan?”.

Ada yang mencadangkan Ramadan. Ada yang mencadangkan “Muharram kerana ia bulan yang orangramai baru sahaja selesai menunaikan haji dan ia juga termasuk dalam bulan-bulan haram”. 

Lalu mereka pun bersetuju menjadikan bulan Muharram bulan yang pertama. 

(al-Bidayah wa al-Nihayah, 3/252, Beirut: Dar al-Fikr).




Syeikh Sofyurrahman al-Mubarakfuri menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. meninggalkan rumah pada malam 27 Safar tahun ke 14 daripada kenabian. Ia bersamaan 12 atau 13hb September 622M. Kemudian, baginda bersembunyi di dalam gua selama tiga malam, iaitu malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Dan pada malam Isnin, 1 Rabiul Awwal, bersamaan 16 September 622M, baginda berdua beredar meninggalkan gua bersama dengan Abdullah bin Uraiqith, yang memandu jalan. Baginda sampai di Quba' pada hari Isnin, 8 Rabiul Awwal, tahun pertama Hijrah. Ia bersamaan dengan 23 September 622M. Baginda berada di Quba' selama empat hari, iaitu hari Isnin, Selasa, Rabu dan Khamis. Pada hari kelima, iaitu hari Jumaat, 12 Rabiul Awwal, baginda sampai ke Madinah.

Ringkasan kitab ar-Rahiqul Makhtum, m/s 154-166


wallahualam~

salam maal hijrah


teman



Teman…
Jika semalam aku terlalu bergembira..
Sedarkanlah aku
Hari-hari esok mungkin dipenuhi KESEDIHAN

Teman…
Jika tika itu aku bergelak ketawa
Ingatkanlah aku
Bahawa waktu mendatang mungkin dipenuhi TANGISAN

Teman…
Andai tika ini aku terlalu jahat
Pimpinlah aku...ajarilah aku
Nilai-nilai KEMANUSIAAN

Teman...
Jika dahulu aku terasa hina
Kau pujuklah aku
Dengan kehebatan SYURGA

Teman...
Jika hari ini aku tidak berdaya
Kau bisiklah kepadaku
Tentang kekuasaan MAHA PENCIPTA

Teman...
Andai selama ini aku menyakitimu
Luahkankah
Agar aku BERUBAH

Wahai teman-temanku...
Andai esok aku beradu tanpa jaga
Kau iringlah lenaku dengan
Kalungan DOA

Sunday, November 13, 2011

waiting for the call



Irfan Makki - Waiting For The Call Lyrics

Miles away, oceans apart
Never in my sight always in my heart
The love is always there it will never die
Only growing stronger a tears rose down my eye

I am thiking all the time
When the day will come
Standing there before you
Accept this Hajj of mine

Standing in ihram, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
I feel alive and I feel strong
I can feel Islam running through my Veins
To see my muslim brothers, their purpose all the same
Greeting one another, exalting one True Name
I truly hope one day that everyone's a Muslim.
That they remember you in everything they say

Standing in ihram making my tawaf, making my tawaf
Drinking blessings from your well
The challenges that I have suffered
And might were rekindles my imaan

O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall
O Allah! I am waiting for the call
Praying for the day when I can be near the Kabah wall



rindu kat mak ayah yang ade kat sne...bile tgk catatan haji org len, mmg teringin nk g sne....insyaALLAH akan g juga suatu hari nnt...^.^

tandanya ALLAH masih sayang~


Friday, November 11, 2011

Merawat Penyakit Hati


Setiap manusia tentu memiliki hati. Hati inilah yang mempengaruhi tabiat dan sifat seseorang. Apabila hati ini baik, maka manusia tersebut akan memiliki sifat yang terpuji. Namun jika hati yang dimiliki seorang manusia telah penuh dengan niat jahat, ini merugikan diri sendiri dan orang lain.
Hati yang hidup adalah hati yang penuh keimanan dan kepasrahan, hati yang penuh keyakinan terhadap Rubbubiyatullah, hati yang melihat Allah sebagai Pemilik kehidupan yang Maha Pengasih dan Maha Bijaksana.  Hati yang mampu menyelami hikmah dalam lubuk musibah, hati yang mampu teguh dalam kegoncangan hidup.
Penyakit hati.
Bagi saya, diantara semua penyakit, penyakit inilah paling bahaya. Kerana apabila hati kita telah mati, hati kita tidak akan akan sensitif lagi terhadap dosa. Hati yang mati juga tidak akan tahan akan ujian yang menimpa. Hidup sentiasa dalam kegelisahan dan ketakutan.  Contoh penyakit hati? Liat mengerjakan solat juga penyakit hati. Semuanya berpunca daripada nafsu
Nafsu yang   mengarahi dan menunggangi kita umpama hamba. Ada yang bertanya, apakah itu nafsu?
Nafsu itu adalah tempat berkumpulnya kekuatan amarah ( ajakan kepada kejahatan) dan syahwat (keinginan) dalam diri manusia. Disinilah terkumpulnya sifat-sifat tercela, buruk, jijik, kotor dan segala rupa amalan yang membawa kepada dosa dan maksiat.
Daripada nafsu inilah, timbulnya sifat mazmumah seperti hasad dengki, buruk sangka, pemarah, takbur, gila pujian, cintakan dunia, penakut dan juga sifat malas ini. Sifat ini harus dikikis, dirawat dan dibuang. Dalam rangka untuk menjadi hamba Allah SWT kita mestilah menguasai diri dan dapat mendidik diri sendiri
Oleh itu, sebelum penyakit hati ini bertambah teruk mari kita merawatnya. Dibawah ini adalah perkara paling basic untuk merawat penyakit hati :
1. Tidak Banyak Bercakap
Terlalu banyak bicara boleh membuat hati kita menjadi keras. Berbicaralah perkara yang tidak penting secukupnya dan hindari menjadi orang yang cakap besar, suka bergosip dan lain-lain.
2. Jaga Emosi dan Nafsu
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh  itu sebaik-baiknya kita perlu menjaga emosi kita agar tidak menjurus kepada penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah dan sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa Ramadhan.
3. Selalu Mengingati Allah SWT
Rajin bersolat baik solat wajib 5 waktu, solat tahajud, solat dhuha dan lain-lain. Selain itu zikir, doa dan  membaca al-Qur’an juga dapat menghindarkan kita dari penyakit hati.
4. Jangan Bergaul Dengan Orang Ada Penyakit Hati
Dengan berkawan dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati,  kerana akan menjangkiti kita dengan penyakit – penyakit  itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah s.w.t.

Hatilah tempat ketundukan, kepatuhan dan ketaatan. Dan hatilah tempat taqwa bertapak dan bernaung. 

Penjaga Hati



Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari kayu…
Hati yang dicari untuk ditebang, dipatahkan, dan dibakar..
Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari besi, hati yang dicari untuk dicairkan, dan dibuat berkarat…
Ada wanita yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari kaca, hati yang dicari untuk dipudarkan, diusangkan, dan dipecahkan…
Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari emas kemudian dijadikannya kekayaan yang tak mungkin dapat dijual sehingga disimpannya baik baik agar tiada yang mencuri atau memperolok.
Ada wanita dan lelaki yang bertugas menjaga hati yang dibuat dari batu untuk dibuat karya seni yang dapat dipamerkan,
Ada wanita dan lelaki yang menjaga hati yang dibuat dari air kemudian dijadikannya cermin agar dapat wajah yang berkaca.
Kamu nanti akan menjaga hati jenis apa?

Andai hati terbuat dari itu semua, tentulah mudah mengukir, mencairkan serta membentuknya dalam cetakan yang kita sukai….
Namun sayang, hati hanyalah segumpal daging yang tak tentu arah, yang apabila retak tak berkeping, yang lunak namun teramat keras, kadangkala ia condong kekiri, kadangkala ke kanan… Atau tergantung nun jauh di atas sana, padahal sebenarnya ia rendah di dalam dasar lubuk samudera.

Ketika kita tak mampu mengendalikan hati..
Ketika kita selalu terbayang akan kesedihan..
Perit melukai hati…
Memberikan suatu luka didalam hati..
Maka satu perkara yang kita perlukan..
Iaitu Penjaga Hati..

Dimana kita dapat bercerita kepada sang penjaga hati..
Kita dapat mengadu kepada sang penjaga hati…
Semua itu menjadi satu perkara yang kita perlukan..

sumber

10 Nasihat Untuk Orang Bercinta



Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


sumber

Saya Malu Nak Jadi Baik



"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"
Iman Itu Masih Ada.
Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makindicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
Create the Future
Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.
Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorongkedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.
Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.
Buat Dirimu...
Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!
Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?
Motivasi daripada Kisah.
Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.
Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.
Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.
Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.
Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kesimpulan.
Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.
taken from artikel i luv islam