~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Saturday, May 25, 2013

personaliti diri~


Pagi2 bangun konon nk wat esaiment..buat mmg buat...tp aku cpt bosan...fb n twitter da deactive..so xtau nk wat pe utk ilangkan rase bosan tetibe terpk nk wat ujian personaliti diri...act dlu pernah wat tp da lpe..bab2 nie aku xde la percaya 100%, tp aku sekadar jadikan mende nie sabagai muhasabah diri..btol ke aku mcm tue, mcm nie..bila org ckp, baru kite sedar kan??hehe...spe2 nk cuba, jom cuba....=)

Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :
TARIKH LAHIR : 6hb Julai 1991
Cara Perkiraan :
6 + 7 + 1991 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 6
Keputusan Analisis :
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. -
kalau nk tau, aku nie sume menda aku akan tnye apa sbb die..xkira la gembira ke sedey ke...even tetibe org tue wat something mesti aku akan tnye nape..kdg2 kawan2 aku akan ckp, xbole ke wat suke2??aku xbole..sbb bagi aku sume menda ada sbb..cuma nak atau xnak ckp jekk.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - yang nie mesti la..kalo dulu aku lebey pentingkan kawan2 sbb dulu aku sek asrama...duk ngan kawan2 lagi lame berbanding family..tp mak aku slalu tegor...dan sejak msk U, aku byk belajar something dari org keliling..so skang aku lagi appriciate family...kawan pon sme..cume kalo ada pertmbungan aktiviti antara family dan kawan aku akan pentingkan family lagi...
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - haha..sekadar bole tersenyum...memang btol pon...aku kalo wat keputusan ske sgt ikut hati dan perasaan..kalo ngah smangt tue sume ok jekk...tp kalo ngah stress or down, sume nye rase xbole..org2 keliling yang banyk bantu aku untuk naekkan smgt blek da wat keptusan  yang bijak..tQ sume~
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - yg nie no komen..sbb aku pon xpasti..hnya org2 sekeliling bole komen..
Mereka sangat setia - hahaha...i thinks sahabat n kawan2 rapat aku bole nilai kot betapa setianya aku... =P
boleh menjadi guru yang terbaik.- amiiiin..yang nie aku xtau sbb aku xjd cikgu lagi..mudah mudahan bila aku jadi cikgu nnt bole mnjadi cikgu yang terbaik..=)
Mereka suka seni musik  - kompang itu seni muzik kan??so aku mmg suke muzik...
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius - setia dgn sabahat??hehe...jujur sbnrnya aku xbanyk sahabt..kawan mungkin ramai..tp sahabat xramai..tp once aku rapat, aku akan setia dan akan ingt slalu...xpernah aku lpekan diorg...
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya - aku sbnrnya tidak pasti maksud ayat nie..tp yang aku faham, aku nie sume mende aku nk ikot kemahuan aku lagi2 kalo aku btol2 inginkannya...kalo aku biasa2 jek, aku xbpe kisah..so, maybe aku ptt belajar kot xsume mende kne ikot kemahunan aku...hoho
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
p/s : korang sume xperlu percaya pon mende nie..anggap sebagai muhasabah utk mende2 yg negatif supaya dpt tukarkan kepada menda yg positif kalo kena dgn diri sndiri..=)

poligami~~

pagi2 bukak tumblr terbaca mengenai poligami...just letak dlm blog sbb aku rse ayat yang agak sentap..haha..btw, kata-kata dlm nie ada kebenarannya...


Muslimah, mengapa perlu marah-marah saat berbicara tentang poligami? Mengapa mesti menggeleng kepala apabila mendengar perkataan poligami?
Bukankah kita menginginkan suami yang persis Rasulullah? Jika bukan Rasulullah, seperti para sahabat juga kita ingin, bukan? Nah, inginkan muslim seperti mereka bermakna kita harus merelakan hati untuk bermadu.
Ingat, semua benda dalam ni pinjaman Allah semata. Termasuk suami. Apa salahnya berkongsi?
Apabila sudah yakin bahawa mujahid hati itu sudah mampu berlaku adil, sudah cukup membimbing diri, apa salahnya membiarkan dia melakukan sunnah Nabi?
Masakan hati tidak cemburu? Masakan tidak sedih?
BINGO. Saat itulah kita akan dapat mengetahui sejauh mana keimanan kita terhadap Allah saat diuji sebegitu. 
Indah bukan? Suami berkahwin lain, kita relakan.
Demi Allah, kita relakan.
Tak mahu. Saya tak mahu gembira bahagia di dunia. Saya mahu diuji Allah.
Kita ini taraf hamba, selayaknya diduga, bukan?
Saya mahu merasa kemanisan iman di sebalik ujian yang Dia kirimkan.
Lebih seronok seandainya bakal madu itu seorang yang sangat solehah. 
Bukan kah itu jalan terbaik untuk kita mencari peluang bersahabat dengannya, bergelak ketawa bersama sambil menuju ke Jannah.
Seronok.
Poligami? Saya setuju.
Anda bagaimana?


via hanyasekadarhamba

kemudian dibalas oleh sorang lagi yang reblog post nie,

kalau poligami itu buruk dan teruk, takkan Allah benarkan poligami? takkan Allah firmankan dalam al-Quran? setiap benda yang Allah benarkan, adalah sesuatu yang cantik dan indah dan punya hikmah.
sepatutnya kita bukan salahkan poligami, tetapi salahkan orang yang mengamalkan poligami. tak, maksud saya bukan nak suruh kita benci orang tu…kita berhak benci, kalau, si pelaku poligami tidak dapat berlaku adil. kalau dia adil dan mampu, apa salahnya berpoligami? jangan salahkan poligami jika berlaku keruntuhan atau keretakan rumah tangga. yang perlu kita salahkan adalah si suami yang tidak bertanggungjawab terhadapa perlaksanaan poligaminya.
jika kita menolak poligami, bermakna kita menolak hukum Allah. bukankah orang yang menolak hukum Allah dan mengatakan hukum Allah itu tidak bagus adalah orang boleh dianggap keluar agama? kalau tidak kerana hukum Allah, hukum siapa lagi kita nak pakai?
nak berpoligami, berlaku adil dan mampulah. kalau tak mampu untuk adil dan memberi nafkah, satu pun dah cukup.
dan kalau isteri kita tu memang baik, setia, solehah, tak usahlah cari lain, meski poligami menghalalkan beristeri sampai empat. pernah suatu ketika saidina Ali bertemu Rasulullah SAW untuk menyatakan hasratnya menikah lain. apa kata Rasulullah? boleh, tapi kamu harus ceraikan Fatimah. terkejut Ali, dan tidak jadi menikah lain. Fatimah itu isteri yang baik. beliau sendiri mengisar gandum hingga jadi tepung untuk dibuat makanan kepada Ali. apabila Ali bermasam muka, dia takkan berhenti minta maaf sampailah Ali maafkan dia. itu pun tak cukup baik lagi? maka sebab itu la Rasulullah tak membenarkan Ali menikah lain.
dan Rasulullah pula, kita semua tahu, Nabi bukan menikah atas dasar suka-suka, tapi atas dasar membela. bukankah semua isteri Nabi itu janda dan tua, cuma Aisyah saja isteri yang muda? jangan disalah fahamkan tujuan Baginda. rujuk sirah jika perlu.
eh. dah membebel ni. macam dah kahwin pulak kan -,- by the way, poligami itu bagus. yang tak bagus itu si pengamalnya, yang menikah bukan atas sebab-sebab yang baik tetapi atas dasar nafsu.
bersabarlah wanita. besar pahalamu jika kamu bersabar…
via sederhanaindah

pendapat aku??
sebenarnya aku sentap bila sederhanaindah cakap mengenai "kalau poligami itu teruk dan buruk, xkan ALLAH benarkan poligami?"...
aku xtau sbb perkara ini xpernah kena kat aku...even sedara mara terdekat pon xde..xpernah merasainya dan semoga dijauhkan daripada merasainya~
sekadar menjawab pertanyaan hanyasekadarhamba, SAYA TIDAK SETUJU..=)

Friday, May 24, 2013

semangat~

hari nie, bangun pagi2 rse trus smgt..mungkin sbb aku rse mcm mendapat spirit...mendapat jawapan yang aku sgt2 musykil semenjak dua menjak nie..

semenjak dua menjak nie, ramai org sekeliling aku cuba menganggu gugat prinsip aku..keyakinan aku..yes, mmg aku ckp, aku akan still dgn apa yang aku rasa, apa yg telah aku tetapkan, tp aku pk apa yang diorg ckp...aku fikir smpai aku pening ngan apa yang aku buat sume rasa tak kena..

aku cuba abaikan apa yang diorg perkatakan, namun sume tue terngiang-ngiang dlm pala otak aku...no one give support to me especially sahabat n kawan2 rapat..even my rumate n rumate tumpangan xabis2 wat aku goyah ngan pendirian aku..jeeeeeemed..

tetapi aku tau, my life..aku yang pilih..aku yang tentukan..bukan diorg...diorg xrse apa yang aku rse..diorg hanya melihat di luar konteks aku...ramai yang ckp aku suka kejam pada diri..tp diorg xtau, bila aku jd mcm nie, kadang2 aku rse bahagia..ada harapan yang aku nanti kan suatu hari nanti...

tp jahatkan diorg...suka sgt mematikan harapan aku...if korg xbole wat aku gembira, tolong la jgn wat aku sedey...jgn keluarkan andaian2 yang korg sendiri tak tahu...aku nie jenis yang cpt dgr ckp orang..susah nk wat kptusan sendiri...terlalu dgr byk ckp2 org sekeliling...tp kadang2 apabila pendapat org tue salah, aku akan jd sangat kecewa dan menyesal...berbanding jika andaian aku salah...aku xberapa menyesal..

so, skang nie, aku xnak rasa menyesal....gpon smlm aku rse mendapat seseuatu petunjuk bahawa aku tak perlu berperasaan begitu...ada keyakinan yang aku perolehi...maybe dlu pintu ini cuba dibuka sedikit  demi sedikit...but now, aku akan tutup terus..tutup rapat2...xkira apa org sekeliling nk ckp, sahabat, kawan baik, rumate..apa yang aku tau...i will stick with my own choice..sejak dulu, kini dan selamanya selagi jawapan yang pasti itu tidak aku perolehi..

aku tau, ada dua kemungkinan akan aku rasa di masa hadapan...sedey atau gembira...tp itu lebey baik daripada aku menambahkan keserabutan kepala pada masa kini..

kata2 terakhir dari ku yang bole membuatkan aku lagi semangat...

HIDUP DENGAN HARAPAN ADALAH LEBIH BAIK DARIPADA HIDUP DENGAN KETIDAKPASTIAN...^_^

I am not depressed~

I am not depressed,
I can still smile at pretty things,
And laugh when jokes are funny,
I can still talk to people,
And enjoy nice days....

But when I go inside,
When I am alone,
There is something broken,
And I fall into a sadness so sweet,
That is engulfs me..
I look in the mirror,
And I don't like what I see.
And the tear always fall,
When I'm falling asleep,
And I miss something,
That doesn't exist..

I am not depressed,
I've just been sad for a while,
But I can still find the light, 
I can still smile~~

tumblr

geng cikgu2 math

kelas kedua terakhir dr suzie ari rabu lepas sgt2 la bess..sbb dr suzie belanja ktorg makan..die kate sbb nk smbut hari guru..*terharu*..dlm byk2 kelas yang aku amik, die antara kelas yang aku xnah ponteng..haha..wlpn hujan lebat gile ari tue, gigih aku dtg..bes kot kelas die..die da mcm mak kat ktorg...sgt prihatin sume..sume masalah ktorg ngadu kat die...masalah mcm byk esaiment sume..tp sayangnye nex sem die da xajar da ktorg..=(

kelas die pasal Kurikulum Matematik..so die byk menekankan tentang falsafah pendidikan kebangsaan, matlamat pendidikan math dan objektif pendidikan math..some how, bile die explain too deep, aku makin rse byknya bebanan sbg seorang cikgu math..bebanan tue bukannya sbb byk keje, tp terasa tanggungjawab tue bukan mudah..spe kate nk jd cikgu senang?huhu..btw, aku amik mende tue sbg satu cabaran..mne ada mende yang mudah kan dlm idup nie..satu jek kelebihannya, sbb aku meminati bidang nie..so cbrn tue aku bole tukarkan menjadi sesuatu yang sangat sweet..lagi pon bg aku, ada 2 insan yang membuatkan aku jatuh cinta pada bdng pendidikan, iaitu ayah aku yang merupakan ckg math dan ckg patiah juga merupakan cikgu math aku..=)

pesanan dr suzie berkali2 pada ktorg,
jgn sesekali marah students...bersabar la setahap yang paling tinggi...kebalkan telinga anda,kuat kan ati anda...gpon dr zahari yang ajar kelas psyco pon byk tekankan sal hukuman pd seseorang pljar..aku realise mende nie xpatut..students nie diorg nakal jek..bukan jahat..diorg bole dibentuk...so, jgn buat sesuatu yang bole kita mnyesal suatu ari nanti.. dr farrah pon ada pesan mende sama..die ckp, die pernah suruh students die wat kit utk hilangkan stress sesorang cikgu..contohnya kalo seseorang tue da rse mcm nak mara sgt, kuar kejap dari kelas,amik kit tue *dalam tue ada beberapa alat yang bole kurangkan rse mara*..then da tenang msuk dalam kelas blek..apa yang penting, jgn mara students...perlu diingatkan mara sbb emosi seseorang cikgu yang xstabil ngan ckp tegas dgn pelajar adalah 2 perkara yang berbeza..even students bole merasainya...jadi, sayangilah pelajar2 anda seperti mana anda menyayangi anak2 or adik2 anda ..*bajet da ada anak or adik kan*..ank buah pon bole..ahaha..

time international education technology conference (IETC)..ktorg sume jd commitee..
kanan skali Dr Farrah n sbalah nya Dr Suzie




kelas Dr Suzie yang ohsem..bergmbr ramai2 b4 abis klas..



16 of us..geng2 cikgu math batch aku hnya ada 16org jek....

Thursday, May 23, 2013

deactivated fb n twitter~

tak pernah pon terlintas langsung dlm pala otak aku nk deactivated fb n twitter..tp ntah kenapa, seawal jam 10.15mlm aku tdo..then bangun kul 3pg..wat pape yg ptt di pagi hari, bkk fb n twitter rse mcm nk deactive..so, laju jek tangan nie activate blek akaun aku satu lagi..then deactivate akaun Rasya Farabi..

btw, aku tau, fb nie byk kegunaannya esp nk dekat2 exam nie..tp aku ada satu lagi akaun follow sume group2 penting..so harapnya xtertinggallah apa2 infomasi yang penting..huhu~

and sudah semestinya aku ada satu lagi akaun utk twitter jgk..mne bole tnggl twitter...haha..dan twitter nie privacy sket..tmpt luahkan perasaan..no follower at all..=)

i will be back if i think i should be back..skang nie nk fokus dlu utk sume esaiment n exam..tp yang pasti aku akan activated blek twitter tue within 30hari..kalo x nnt die ilangkan trus akaun aku tue..kalo fb selama mane pon nk deactivate xpe...xde effect pon..haishh~ 

Tuesday, May 21, 2013

monolog rasya~

aku sekadar seorang manusia,
yang mempunyai hati..
yang mempunyai emosi..
yang mempunyai perasaan..
yang mempunyai rasa..

pengetahuan aku sgt2 terbatas..
namun begitu,
ALLAH kurniakan kepada aku dan kita semua,
satu perasaan,
atau lebih tepat lagi naluri...

naluri aku kuat mengatakan ada yang tak kena,
namun aku tidak tahu apa,
kerana terbatasnya pengetahuanku...

hati aku berduka,
namun tidak tahu mengapa..
mungkin kerana sudah lama tidak menangis,
dek kerana dikurniakan sahabat dan teman2 sekeliling yang mampu buat aku gembira..
atau mungkin kerana terlalu banyak dosa dan noda dalam hatiku..
lantas timbulnya rasa sayu di hati ini..
atau mungkin kerana,
ada kesedihan di hati seseorang,
yang aku boleh dapat rasakan..
kerana sesungguhnya kadang2 ALLAH kurniakan perasaan itu kepadaku..

YA ALLAH,
andai hatiku berduka kerana tidak lama mengalir air mata,
kurniakanlah air mata kepadaku agar aku mampu mendapat ketenangan...
andai terlalu byk dosa dan noda di dalam ati ini,
ampunkanlah aku ya ALLAH..
sucikanlah hati ini...
sesungguhnya hati ini terlalu rapuh..
dengan ujian di dunia ini..
kuatkanlah ati ini melawan nafsu dan bisikan syaitan..
dan andai hatiku berduka kerana kesedihan di hati insan lain,
berilah kepadanya ketenangan...

kuatkanlah hati insan tersebut..
kau yang memegang hati insan2 di dunia ini..
hanya padaMU aku meminta..


Rasya Farabi
8.27pm
Sm3-08

family day gema tanjung yang ohsem~

as usual, family gema tanjung always ohsem..xpernah pon mengecewakan aku kalo ada program pape..kuar reramai mmg bes..sbb tue la aku sayang gile kat diorg after my own family..

taun nie, fd gt utk tahun ke3 aku..taun nie jadi senior..so plan sume junior2 yang uruskan..aku mmg xtau pape smpai la sehari sebelum fd..aku teman yani and jibah amik kete pakcik yani dan g tesco cari barang join daus,roy, anis n siha..mmg bes dpt kuar n rempit malam2..da lme x merempit g damansara nie..hehe

ari sabtu siang tue mcm2 la dugaan yang terpaksa aku tempuhi..1stly pg2 da bngun lambt sbb tdo lmbt...haisshh..kelam kabut aku solat + siap nk p kelas..jnji ngan diorg nk tolong wat breakfast hnya sekadar janji..adoii..g kutip siha kat dewan trus g kelas psyco..aku bajet Dr Zahari yg ajar..rupenya Ckg Loo..lect bdk2 api...die ajar mcm cara biasa lecturer2 ajar...give slide power point n terangkan..kalo Dr Zahari die byk cite n ske tnye soalan2 yang wat kite berfikir..so xde la bosan sgt..tp nk wat cne kan..dgr je la..sejam berlalu, die bg rest 1/2 jam..aku pe la, dgn perot lapo nya p blek kolej ngan siha breakfast...

bdk2 nie mcm bese xnah pantual..da kul 9.00pg tp bpe kerat je ade..walhal jnji nk bertolak kul 9.00pg..aku xkesah sgt since aku bukan g ngan bdk2 nie..so xde perasaan sgt..ahaha...then, blek audi pendidikan smula smbung dgr lecture..dan of coz aku x fokus da..ati mcm da ada kat teluk batik..kat kelas, msg roy n syuk tnye sal fd sume...ahaha..

abis kelas kul 11 trus kelam kabut kemas2 barang sbb mmg xkemas langsung..roy plak bg mse 1/2 jam jek...nasib la da senaraikan sume mende2 penting..tepat kul 11.28pg roy da msg suh turun..betapa pantualnye beliauu..-_-''...nasib da siap sume..so aku,ming2 n siha trun amik anis trus g beli adiah utk tukar2 adiah..time tue bru tau nk amik bju kene delay ke pukul 1ptg..rse mcm lmbt sgt..

da settle bli adiah, kul 12 lebey dealer baju ckp die lmbt smpai kul 2ptg...-___-''..makin lme makin lmbt lak..haiishh..nasib la bju tue nk gne jgk..so gigih la tunggu..mkn n solat sume, die kate lambt lagi..sudahnya tunggu punya tunggu kul 3 baru die smpai kat kedai die...nie la dealer, kalo nk jual bukan main manis lagi mulut..time nk bg barang sume da kelaut janji2 die..jd masin...puiiii..

dlm kul 3.15ptg bru bertolak dari shah alam trus ke teluk batik..aku mmg target smpai kul 6.15ptg sbb aku tau 3jam perjalanan..mmg dalam kul 6.15 ktorg smpai kat homestay..smpai2 homestay kene uruskan bbq plak since roy yang punya resepi utk wat kuah bbq...but rase kecewa gak la..sbb smpai2, ada lg yg xsettle mcm carrot xpotong agy utk wat coslow..ayam otw ngah basuh...then, bdk2 yang dlm rumah nie blah g pantai...abs ktorg yg baru smpai nie kne tinggal kat umah settlekan mne2 xsettle...rse mcm -________-''...mmg ktorg g sne smata2 nk hntr baju n wat bbq kan...kecewa gile kot time tue..ming2 siap ckp mcm xberbaloi jek dtg..da la die nk tgk sunset..dlm kete da smgt da pakai spek itam...tp tgk2 xdpt g pntai ptg tue..bukan ktorg sngaja dtg lambt..sume sbb baju..bju tue utk sume kot..da la kecewa call sume org xdpt..huhu~

dkat kul 7.00mlm baru settle sume..then ktorg decide nk mandi n solat jamak magrb n isyk trus bru g pantai..mlm tue, da siap2 sume g la pntai..konon2nya nk melawat pantai, tapi gelap gelita..ahaha..so tolong bakar2 r...time tue baru ati da sronok blek..aku pk, kite sendiri kne wat diri kita seronok n hepy..jgn mengharapkan org laen sbb kte xkan dpt...mcm2 topik kuar n kene bahan...biasa la..dlm gt nie kalo xkene bahan xhepy idup...

mlm tue, after siap bbq sume, mjlis bermula..ucapan dari pgurus n timb pengurus..then dpt frame dri junior2..comel kot..special kredit to muneq sbb wat frame tue..siyes cantik gmbr tue..then AGM dimulakan...aku kira AGM nie ada sket masalah..cume aku harap masalah tue dpt diselesaikan..huhu..pape pon tahniah wat sume yang da terpilih..jalankan amanah yang telah diberikan..ktorang percaya korang mampu wat lebih baik daripada ktorg...

pastu kemas2 and smbung wat kat umah...progrm cabutan bertuah n tukar2 adiah..ok, time nie mmg seronok gile..cabutan bertuah mstila sume nk rse bertuah..lg2 diorg gne no hp..kreatif idea korang..then tukar2 adiah lg la meriah...biasa la, kita da beli adiah and tukar adiah..msti la sume truja dpt adiah ape and dari siapa kan...hadiah aku dpt kat spe agk2?? =P..adiah yang aku dpt plak aku xsure plak dari spe..tp so cute..thanks pd siapa yang belikan..abis tue plak, dpt bju t-shirt yang terpksa tunggu lme tue..nasib baek baju tue ok..rse berbaloi la jgk tunggu..huhu....

nex day adalah ari yang paling epy utk aku..gigih bngun pg2 sbb nk antar mel,tira,fizha n ming2 blek..diorg terpaksa blek awal sbb ade keje kat um..g pntai awal2 pagi around jam 7pg..menikmati keindahan pantai..*finally*...konon mmg xnak mandi pon..paling kurang pon basahkan suar jek..so bile plan xnak mandi, xbwk la extra baju n tuala..g bwk kamera jek *itu penting*..da bergmbr ngan sume dak2 3rd year, diorg blek n aku stay c2 utk activity laen..xsure lagi..smbil2 tue jalan2 la kat pantai tue..

tp tp tp, tetiba nmpk banana boat..trus teruja nk naek..haha..yani pon sme smgt da nak naek..ye la..last year kat pengkalan balak xdpt naek..mls nk bngun punya pasal..so taun nie mesti la nak naek...smgt gtau kat bdk2 laen nk..tp diorg proceed ngan aktiviti dlu..wat game soal-soal..then wat game balas2 pantun...GT member always kretip..pantun pon bole..haha...da abis tue mmg teruja la nk naek banana boat..tue la yang watkan lame tue..tunggu lame xpe asal berbaloi...mmg syok kot..haha..abis maen banana boat, smbung lak maen ape ntah nme die...tp syok la..seronok + puas..=)

blek dari pantai dkt kul 12..jeemmm..jnji kul 12 nk kuar..tp kul 12 bru blek dari pantai..haha..siap2 utk check out..dlm kul 1.30 sume da settle..amik gmbr trus blek g umah jibah..plan asal nk g bandar tp xjd sbb da lmbt sgt..aku xtau cne aku bole tercampak dlm kete safwan time blek..tp bes kot duk dlm kete tue..mcm2 cite kuar,,,siap bole karok lagi dlm tue..at the end, xde spe yang tdo..itu la yang bes kalo jalan reramai..xde la yang drive sorg jek..yang laen tdo..xaci kot..sian pemandu...gpon aku nie jenis yang susah nk tdo dlm kete org...time g pon, sume 3-3 org kat blakang tdo..sudahnya aku ngan roy jek yang sembang..mcm xbes r..time blek plak, mmg bes kot..heppy sume..blek tgk kete org laen,msing2 muka penat..chill r..

smpai umah jibah, mende yang aku paling teruja adalah bila nmpk masjid dpn umah jibah..msjd tue la tmpat abg teh nikah..mean rumah mak mertua abg teh area situ jek..aku da lpe da mne jln die..tp mmg dekat je..cume kalo jalan kaki mmg jauh la..cume aku da lpe nk kne masuk lorong mne.. nk tnye mak jibah pon xtau nme mak ayah mertua abg teh..hehe...

then, makan lunch sgt bes..mskn mak die mmg superb..tempe sdp gile kot..cume syng aku dpt makin sket jek sbb aku antara org last yg amik mknn..=(..tp nasib dpt makan kan..hehe..after that rehat2 n trus pulang ke UM..time nie masing2 da penat..tp kete ktorg mne reti penat kan..sembang2 lagi..karok sume...safwan plak cite sal sedara mara die..smpai cite kubur atuk nenek die kat mne lagi..hahaha...

dalam penat2 tue sempat lagi la ktorg singgah kat cendol bakar kat kuala selangor..dri 1st time aku g sabak bernam, abg ipa aku mmg ada ckp cendol tue sdp..tp xpegi2 pon..sudahnye singgah jap kat c2...dan smpat jugak aku melantak laksa kat c2..xde la sedap sgt mcm laksa kat tepeng, tp bole aku sumbat dlm mulut sbb da lme xmakn laksa..huhu..

blek dri tue plak, da tukar org..roy duk sibuk msk kete safwan..lg bising la dlm tue..bukak sume lagu nasyid lame2...layan abis diorg ngan lagu tue..aku pon join sekaki..da lme xlayan lagu2 nasyid zaman aku kanak2..haha..then berenti solat kat rnr jejantas sungai buluh and dlm around 9.30 mlm smpai la kat kolej....

blek2 bilik mende pertama yang aku wat adalah kosongkan beg dan bersihkan kamera...sedey aku ngan kamera aku..berpasir...then aku pasan, bateri da kong..baru tngkap 200++ gmbr, bateri da abis..sedey woooo...dulu bole mencecah dkt 500++ kot..wuwuwuwuuuuuuuuuuuuu...abis bersihkan kamera bru bersihkan diri...then trus pengsan..

pape pon, wlpn aku bermula dgn perasaan xbes, tp at the end aku sngt epy n seronok..thanks to junior sbb berjaya wat program yang penuh dgn memori dan kenangan yang sgt manis utk aku..aku pasan, makin lme, makin rapat dan kukuh ukhwah antara kita...thanks juga kat sume otai2..wlpn korg bz ngan kerja, korg still snggup luangkan masa ngan kitorg sume...syg korg sgt2..dan xlpe utk 2 org safwan..thanks snggup ikot ktorg  dan menyumbangkan kete...tnpa korg, mungkin ada yang xdpt g family day nie...^_^

thanks for a nice weekenf..luv all of u ~

jibah wat sarapan smbil tdo..haha~

tgk betapa smgtnya ming2 pakai spek itam bila nk smpai teluk batik


antara yang smpai awal..untungla~~

team laki

team pompuan...cbe cari mne aku?? =(

xdpt maen...soobbss~

look at this pic make me cry...thanks spe2 yang wat..tp aku syak mel yang tulis.. luv u too~

thanks junior give me the frame and this pic..sungguh bermakna..=)

12 of us yang dpt...=)

thanks utk spe yang bg adiah comel itu..^_^
bergambar ramai2 sblm pulang...<3 all of u~

smartkan gmbr nie...credit to nonie tolong amikkan..


wlpn awak xde, sye ttp ingt awak.. =)

for my rumate...

luv my ex rumate too...

time nie maen soal2..psyco tol si roy nie...aisshhh~

sementara menunggu banana boat...teruja sume..
nmpk x keterujaan aku naek banana boat...ahaha~

siap2 nk balek da sume..

sume da lapo..makanan mmg superb~



p/s : taundpnakuxsuredptjoinkexfdnielagi..=(

Thursday, May 16, 2013

suka duka zaman kecik2

hari ini 16 mei 2013 merupakan HARI GURU untuk warga pendidik khususnya di Malaysia..hari untuk mengingati segala jasa dan pengorbanan seorang guru yang bersusah payah mendidik anak bangsa..

entry kali nie mungkin panjang sbb aku nak citekan sume kenangan yang aku masih ingt dari aku tadika hinggalah sekarang...

seawal umur 5thn, aku da kne masuk tadika..time tue tahun 1997..yela tadika tue sekangkang kera je dari umah..ada la dlm 20 langkah dari pintu umah..ahahaha...so awal2 lagi da kne masuk..gpon cikgu yang ngajar tadika mak ayah kenal..cikgu samiha namenya..die la yang ajar kakcik,abg teh,abg sham n aku...abg ngah n kaklong rsenya mak ayah hantar g sekolah abim sbb time tue xwujud lagi tadika kemas kat kmpung aku..xbyk perkara yang aku ingt sepanjang aku kat tadika...tp ada moment yang aku ingt2 lupa..ada satu pagi nie aku bangun lambat sbb pagi2 mak ayah g jog xsalah..so, mak ayah blek around kul 8.30 pagi and aku xbgun lagi..kene paksa la utk bangun..da ckp xmau g sbb da lambt..then kena paksa jgk...akhirnya aku g la jgk sek...2nd moment time kaki aku tersekat kat jejari basikal..da injured pon kena paksa g sek jgk..gigih ayah dukung aku g sek..nangis2 xmau p pon kne p jgk...huhu..tue la mak ayah aku yang xmau ajar anak2 die ponteng kelas..seboleh2nya die nk jgk ktorg g..maybe kesannya smpai skang aku jd xsedap ati if ponteng kelas tanpa sebab dan alasan yang kukuh..huhu

then, naek 6thn, still belajar kat tadika..tp kali nie up sket sbb petang2 kne p sek agama lak..act sek agama nie utk bdk2 darjah 1-6..tp disebabkan sekolah agama nie dpn umah jek n mak ayah kenal jgk ustaz n ustazah nie, so aku dibenarkan masuk la..yang besnya sbb aku paling muda n aku disayangi ngan sume org...aku la org paling kecik n pendek kat c2..sbb sesi ptg kebanyakannya bdk2 darjah 4-6..lagi la kan..btw, sek agama aku atau dikenali sebagai SARNIA (sek agama rakyat nurul islam aulong) nie die ada 2 kelas jek..satu kelas utk darjah 1-3 dan darjah 4-6..die xpecahkan ikut darjah..sbb pelajar sket dan kemudahan pon xbyk..ktorg belajar menumpang kat masjid dan dewan org ramai jek...

bila aku da naek sek rendah, aku still blajar kat SARNIA nie smpai darjah 5..darjah 6 da malas nk g..sbb ktorg peperiksaan besar time darjah 5 iaitu UPKK iaitu ujian penilaian kelas kafa..UPKK nie utk bdk2 negeri Perak jek..xsalah ada 8 subjek kne amik *tapi aku da lpe subj apa*..darjah 6 sbnrnya kena paksa gak ngan mak suh g, tp sbb geng sume da xde sbb diorg da xmau g.. aku pon malas nk..sbnrnya ada sbb laen..sbbnya adalah ustaz kat kelas tue gatai..smpai skang aku xley lpe apa yg pernah die wat kat ktorg...I wonder, mcm mne la die bole jd ustaz..kesannya smpai skang aku mmg xpercaya kat spe2 even die ustaz ke ape..kalo lelaki, lelaki jgk la...huhu

next, nk cite sal idup aku kat SK Convent Kota Taiping...skolah nie mcm sume org tau adalah sekolah sume perempuan...sek nie btol2 kat pekan taiping..mak ayah sentiasa nk yang terbaik utk anak2 die kan..dlu mak ayah hantar kaklong n kakcik kat sek convent klian pauh..sek nie pon sume pompuan jgk..tp lagi jauh dri umah..aku rse sbb guru besar die terbaik..then bila zaman aku, guru besar pindah plak kat SK convent taiping..so ayah aku hntr la aku kat cni plak..kalo abg2 aku sume dihantar ke sek ren ST George..sek sume laki..huhu..utk pengetahuan, kat taiping nie sgtlah byk sek yang diberi name org putih contohnya ST GEORGE, KING EDWARD, TREACHER METHODIST,CONVENT...

bersekolah kat convent nie bes sbb berbilang kaum..melayu,cina, india.,sume ada...yang ramai msti la melayu kan..tp kelas first msti ramai bukan melayu dari melayu..itu adalah standard...kenangan kat cni banyk jgk..kat cni aku ada rapat ngan sorg chinese nie...nme die teoh hui inn..*waaahh..xsangka aku ingt lagi nme die*...duk kat kelas sblah2..time rehat slalu makan skali..slalu kongsi makan skali kot..die nie agak berada sket..barang2 pon xkesah kalo gune sme2..bes kot..aku xingt time tue aku darjah berapa..huhu..

aku ada gak geng2 ngan bdk2 melayu,,sume gile2..wat bising kat kelas xyah ckp la..tp aku baek sket kot..ahaha..pernah jgk aku gaduh ngan syaza sbb die potong aku angkat buku msuk dlm kete...haha..xley blah aku tolak die smpai jatuh..dlu sgt teruja dpt tolong ckg angkat barang..lagi2 kalo dpt bwk msk dlm kete..bes..haha...satu agy, ktorg slalu gaduh sbb maen teke2 ckg pakai bju warna apa...aku suke gile warna purple and kawan aku nadiah suka warna biru..then smgt ktorg kira time perhimpunan bpe cikgu yang pakai warna kegemaran ktorg..spe paling byk die la yang menang...kalo cikgu2 yang ktorg rapat tue, ktorg suh la diorg pakai warna yang ktorg suke smpai cikgu pening nak layan ktorg..haha..

kalo msuk bab pelajaran plak, aku paling ske subj math..maybe sbb kat umah ayah ajar math and kat sek cikgu math sgt sporting, Cikgu Elly nme die....mmg bes gile..tp ada satu masa tuh aku xwat keje umah sbb asyk duk main n tgk tv jek kat umah then kene denda..nasib baek ckg suh wat kat blakang kelas jek bukan wat kat luar kelas..malu kot..sejak ari tue, mmg ari2 la aku wat siap2 keje aku..

aku ske gak ngan cikgu sains..darjah 4 ckg chinese..*lpe name die*...die garang n tegas tp kalo time die sporting mmg bes la..time darjah 5 n 6 plak ckg sains aku ckg nafisah..die pon bes jgk ajar..time wat eksperimen la yang paling bes..hehe..

nex subj yang aku suka adalah kelas agama islam..ustazah pon sgt sporting...tiap kali masuk, die akan tnye kat ktorg bpe kali yang ktorg solat semalam...ada yang full ada yang x..aku slalunya jarang full la...mak ayah da pesan byk kali pon xreti2 nk dgr..salah satu sbb aku suke kalas nie sbb ustazah rajin bercerita..alaaa..bdk2 kan ske dgr org bercerita...tp pernah jgk kene brainwash ngan ustazah sbb result ktorg truk..yela, bayangkan kelas pertama, tp yang dpt top 15 sumenya non muslim..so ustazah suh ktorg bersaing la utk jadi yang terbaik sume..ustazah ckp, ckg2 laen xley ckp time kelas sbb campur ngan dak2 non muslim kan..so time nie la nak motivate ktorg spaya trus bersaing..

ckg yang paling most bdk2 xske adalah pk hem..keje die nk marah jek..satu hari xmarah xsah kot idup die..slalu time perhimpunan la..sbb sek convent nie ari2 kene berkumpul..amik mase 10min utk waktu membaca...so mmg ari2 la ada jek mende xkene kat mata die..pernah one day tue, aku puji die sbb die xmara lagi pagi tue..rsenye sbb die dtg lmbt kot..elok jek aku ckp mcm tue, tetibe ntah dari mane ntah die dtg n mara ktorg..sbb ktorg tukar bju pj dlm surau...then aku rse menyesal puji die..haha..die jgk kalo lalu tepi kelas mmg konfem sunyi sepi kelas tue..ahaha...kelas ktorg la slalunya yang paling bising kalo xde cikgu..bisingnya bukan takat kelas sblah boleh dgr..tp smpai ke pjbt pk hem...sudahnya die datang, trus sunyi sepi kelas aku..dari jauh die jln and ada student perasan mmg ktorg trus senyap la..betapa kuatnya aura die smpai ktorg ley tau kedatangannya..hahaha..tp ada jek time aku tersentuh ati sbb pernah satu ari nie aku ingt nk stay kat sek sbb nk wat keje smpai ptg..then, die dpt tahu kne la mara..die suh aku blek jgk..then, lepas tue die slow talk die ckp bukan xbg tapi risau keselamatan aku duk kat c2..yela sek kat tengah2 bandar kan...time tue mmg aku tersentuh ati la..sbb slalu nie asyk kne mara jek..huhu..

nex moment yang aku xley lpe kat sk convent nie sbb aku diberi kepercayaan utk jadi pengerusi majlis time perhimpunan...sebelum nie, yang handle perhimpunan adalah pengawas..aku bukan pengawas..tp cikgu nk tukar sistem nk bagi yang bukan pengawas nie handle majlis jgk..aku la orang pertama yang diberi kepercayaan..rse cuak gile kot..ckp pon terketar2...teringat pk hem tegur..die ckp aku nk marah plajar suh diam, tp suara terketar2..cne org nak dengar..haha..then makin lame, aku makin confident ckp kat khalayak ramai..sampai skang aku plek npe dalam2 bnyk2 pelajar, aku yang dipilih..xtau apa kelebihan aku time tue..huhu..

kalo kenangan time hari guru kat sk convent nie pon ada juga yang aku xlpe..1stly time aku darjah 2 tahun 1999...aku kne wat persembahan tarian..tarian melayu...hari guru time tue smbut pada 17mei..lewat sehari...dan ada berita sedih yang aku dpt..atuk aku meninggal..mmg time tue da xnak p sekolah da..tp disbbkan aku da kne wat persmbahn secara kumpulan, mmg nak xnak aku kne g jgk la...tp aku g utk waktu pertama..time rehat trus ayah aku amik blek umah atuk aku..mmg umah atuk aku dekat jek..sekitar kawasan tepeng jek..g sne ramai sanak sedara da ade da..tp rumah tue agak bising la sbb ramai jgk spupu2 aku yang kecik2 and xtau pape..aku time tue faham la situasi die so senyap je la..dkt2 tgahari makin ramai yang datang umah atuk aku..aku ada nmpk jgk beberapa org cikgu aku pon dtg jgk..sbb paklong aku org ppd..kenal ramai orang dan cikgu..time tue ayah aku la antara org paling sedey sbb hari itu adalah hari lahir beliau yang ke 44...

next kenangan hari guru adalah time aku darjah 4..kene wat persembahan mcm drama la..tp dalam bahasa arab..hoho..kat sk convent nie, ada 3 bahasa yang bole dipilih utk belajar..die optional..nk amik bole xnak amik pon xpe..free jek and dibuat di luar time belajar iaitu bahasa arab,mandarin and tamil..aku amik bahasa arab..aku xsure knapa kitorg kne wat drama tue..aku rse mcm ada pertandingan..tp aku da lpe gile..tp yang pasti time hari guru ktorg kne wat persembahan la..yang kelakarnya, part aku adalah menumpahkan air kopi...time berlatih punya la kekok smpai kena mara sbb mcm plek jek cara aku tumpahkan air tue...time btol2 hari guru tue, mmg aku ngan slumber je g tolak cawan smpai tumpah air ke lantai..ikutkan tumpah atas meja jek..haha..nasib la..baru nmpk nutaral sket lakonan aku..hohoho~

byk jgk kenangan kat sk convent nie yang aku masih ingt rupanya..wlpn zaman bdk2..zaman bodo2..yg besnya sbb ktorg sume perempuan..so mcm ktorg la yang qonquer sek tue esp time ktorg darjah 6..sk convent la yang byk latih aku utk wat sesuatu pada tahap yang terbaik..persaingan kat cni pon sngit..ckg2 slalu tekankan tentang pencapaian akadamik sume..namum begitu softskill pon xdlupakan jugak..byk yang aku dapat develop bakat aku..huhu...

tp tp tp, yang sedey after kptusan UPSR, aku da xjmp da sume..sume da lost contact..xtau duk mana, xtau blejar mne skang..huhu..sbb most smbung belajar kat Sek Men Convent jgk..aku jek yang smbung kat SBP kat gombak..so da lost contact ngan sume..huhu~

nex sek...errrrr........jam da nk kul 1...bju xiron g...so, nex sek aku smbung bila aku ada mood nk menulis...bukan maen panjang cite sal sek rendah..sek menengah lagi byk moment...^_^

Wednesday, May 15, 2013

escitalopram...

malam nie macam biasa aku lepak kat dataran kimia..tempat aku utk wat esaiment kalau aku perlukan untuk mendapatkan fokus..kalo duk kat bilik mmg susah la..gpon wifi kat dataran kimia slalu mantap..hehehe..

actually ada perkara menarik yang aku nk tulis...tengah duk seronok wat 'keje' (actually ngah chatting ngan ayong ckp sal FD GT yang die xdapat join), tetibe dtg sorg mamat nie..aku mcm blur sbb aku nga fokus kat screen lappy kan..then baru prasan die..and aku sgt terkejut sbb da lama xjmp die...rsenye sem nie mmg aku xjmp langsung and sem lepas aku jmp die skali jek itu pon kat kk12 and aku rse sembang ngan die xsampai 5min..

die tegur sbb da lme xjmp kn..mcm biasa die tnye kabar aku and always said aku makin "comel" (stress aku dgr ayat itu)...then tetibe die ckp ada something nk bagi aku..aku curious kejap..die bawak file die dan bagi satu kertas kat aku..mula-mula aku baca tajuk, surat mengenai kesihatan..then bce2 speechless kejap...

tau npe aku terdiam..sbb aku xsangka die bole dpt penyakit mcm tue...masalah mental..sila jgn anggap die gila..masalah mental bukan berkenaan gila semata-mata..die ada banyak punca berlaku masalah mental...die ckp die sgt sgt sgt stress..die ada cite die stress ngan family sume smpai die dpt penyakit tue...then pernah die rse mcm nak bunuh diri and xnak hidup kat dunia nie...-__-''

siyes aku terkejut dgr pengakuan dari die..die still ada iman dalam diri die..cume bila stress da di peringkat dan tahap paling tinggi maybe itu yang die rasekan kot...then ktorg sembang2 pasal sakit die tue smpai la cite sal Qarin sume, mak die jmp bomoh bagai...

then, die tunjuk kat aku ubat yang die dapat dari doc..ubat tue adalah  escitalopram.. die suh aku makan..ahaha..die gtau, doc ckp ubat tue bole wat org hepy..aku curious sebenarnya..then aku search la rupa2nya escitalopram adalah ubat yang mengandungi dadah yang digunakan untuk merawat kemurungan dan gangguan keresahan umum...ptt la doctor ckp bole bagi epy..something new aku belajar ari nie..btw, even die da jmp doc dua kali, dan dua kali jgk die dpt ubat tue, die xpernah makan ubat tue..die ckp xnak makan bahan kimia..die kate nnt jmp lagi doc..slalu kne jumpa doc utk update pasal masalah kesihatan die..die kata, nasib xmsk wad..kalo msk wad bole duduk satu spital ngan artis..aku curious sebnrnya spekah artis yang msk spital sbb bipolar disorder kat PPUM..tp die xnak ckp..juz senyum and blah duk tmpt die...

btw, aku still terkejut ngan mende nie..b4 nie aku tau die depress sbb die ckp course die amik tue bukan minat die..tp aku xsangka smpai ke tahap nie die rasa...dlu, aku slalu tgk org2 mcm nie dlm buku novel, cerita..tp xsangka dlm kehidupan realiti kawan aku sendiri yang kena...aku doakan semoga die dapat kembali blek pada kehidupan normal dia..wlpn pada zahirnya dia nmpak normal, tp dalaman otak die hanya ALLAH dan die je tahu...

semoga ALLAH memberi kekuatan kepada beliau...

p/s : alhamdulillah..malam nie siap lagi satu esaiment..=)

Friday, May 10, 2013

mahar cinta...

tgh dok wat esaiment, tetibe dgr lagu nasyid lame2...aku rse lagu nie mcm bermakna KOT..haha..juz share kat cni~~




Mahar Cinta

Album : Devotees
Munsyid : Devotees
http://liriknasyid.com


Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara di hatiku melagukan rindu
Kiranya engkau mampu mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terucap

Pasti dirimu kan memahami
Harapan kasih yang terbina
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu

Bukanlah aku sengaja
Melindungi rasa di jiwa
Namun bimbang diri kan terleka
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah
Hingga terabai segala cita
Sedang khayalan tak menjanjikan
Segunung kebahagiaan
Sebagai mahar hantaran

Apakah mungkin engkau mengerti
Setiap cinta yang dilafazkan
Bukanlah sekadar mainan
Tetapi sebuah janji

Andainya dapat engkau mendengarkan
Suara dihatiku melagukan rindu
Kiranya engkau bias mentafsirkan
Setiap bait kata-kata yang terungkap

Pasti dirimu dapat melihat
Rahsia kasih yang terpendam
Sekian lama di sudut hatiku
Hanyalah untukmu
Selamanya..


Thursday, May 9, 2013

monolog 7 - ayat berkenaan dirimu~


Apabila kau mendapati,
Ada sepotong ayat yg seperti ditujukan khas untuk dirimu,

Percayalah,
Itu bukan satu kebetulan,
Mungkin sahaja itu adalah jawapan bagi setiap doamu,
Allah akan menjawab segala doamu dalam pelbagai cara,

Maka,
Luaskan pemikiran mu itu,
Terima dgn hati yg terbuka ,
Setiap yg berlaku pasti ada hikmah,
Diri kita ni yg perlu bangun dan percaya pada Allah ..

via cloudswatcher

Monday, May 6, 2013

kecewa....

sejujurnya bila result PRU13 kuar, rse kecewa gila...bile da umum BN bole bntuk kerajaan, trus msk bilik n tdo...da mls nk tggu result utk negeri especially perak....xtau npe bole rse mcm tue..maybe sbb bg aku kalo pgg negeri pon hakikatnya byk yg tak bole dilakukan...bila pusat xbole diduduki, susah nk wat apa yg dijanjikan...

tp, bila pg2 bkk lappy, kecewa terubat..maybe sbb bgun tdo, mud da laen..(spe yg kenal aku mesti faham aku cne...)..then bce blog n post2 fb...byk yg aku stuju n angguk2kan pala...

sbnrnya aku bukanlah ahli bg mana2 parti...tp bg aku, malaysia nie perlukan perubahan...bila rakyat xberani nk berubah, pemimpin akan ske2 ati wat ape yg diorg suka sbb diorg tau rakyat xberani utk tukar...aku tak mengharapkan PR menang besar...menang mudah pon da dikira okai n kita bole nilai pe yang diorg bole wat..janji2 diorg tue bole pakai ke x...aku caya diorg akan bekerja btol2 sbb kemenangan diorg dpt nie bukan mudah...andai kata diorg xbole wat, kita tukar kerajaan lagi....itulah menunjukkan rakyat yang berkuasa atas pemimpin...

tp bila kerap kali asyik pemimpin yang sama memerintah, diorg xtakut semua tue..diorg tau walau kesalahan besar mana pon diorg lakukan, diorg caya rakyat xberani nk wat perubahan...kes2,isu2 yang PR pernah kuarkan mesti akan terkubur begitu sahaja...diorg kan kebal undang2...aku pon da jd muak ngan sume nie...

namun, aku percaya qada' dan qadar yang ALLAH da tetapkan...mungkin ALLAH nk sume pemimpin2 yang benar2 bekerja utk rakyat dan negara ini berusaha lagi..ikhlaskan ati lagi..maybe ALLAH nak kita sume muhasabah diri blek..manusia xperfect tp kita bole berusaha utk mendekati yang perfect itu...mungkin ALLAH nk kita capai kemenangan itu bila benar2 bersedia...mungkin kali ini diorg masih belum bersedia lagi...ada lompong yang ptt diperbaiki lagi...

#percaya dan yakin janji ALLAH itu benar...=)



*perbandingan keputusan parlimen pru12 n pru13....pandai2 la wat analisa sndiri..laen org laen pandangan...

p/s : makcik saudara aku bertanding kat dun bukit chandan kalah...
p/s : ayah amir zulhaqeen, KP sek aku dlu merangkap teman sekelas utk 2thn dan ketua batch utk 3thn pon kalah..ayah die, en zakaria bertanding kat kaw bera sbg calon pkr...mula2 dgr da lead n menang..saat akhir kalah pulak...kecewa jgk...=(...tringt kat fb luahan ati haqeem utk ayah die...terharu oh bce..


bile ckp sal haqeem teringat kalo die berpidato,berdebat or paling kurang pon bg semangat kat bdk batch  bila ktorg down sbb result...bila die berpidato sgt2 membrikn aura kot...kenangan pmr06 n spm08 xbermakna tanpa ketua batch n KP yang byk berjasa kepada kami...go go go haqeem...even ayah kau xdpt kali ini,lain PRU insyaALLAH bole menang...kalau bukan die maybe kau bole mnggantikan....hoho

haqeem duduk pling kiri...time nie rsenye raya tahun lepas with other MT kat umah kak ct....without me..=(
yang laen : dari kiri syukri n amiruddin...duduk dari kiri fatin hazwani,sahirah n nadiah....