~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Tuesday, July 16, 2013

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 9


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


HADIS 9
PILIH YANG MUDAH DAN TINGGALKAN YANG SUSAH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Apa yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa yang saya perintahkan kamu kerjakan maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

(Riwayat al-Bukhari no.6777
Muslim no. 1337)

HURAIAN

Hadis ini terdapat dalam kitab Muslim daripada Abu Hurairah, dia berkata : “Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan kami, sabda baginda yang bermaksud : ‘Wahai manusia, ALLAH telah mewajibkan atas kamu haji, kerana itu berhajilah.’ Al-Aqra’ bin Habis r.a. bertanya : ‘Wahai Rasulullah adakah setiap tahun?’ Baginda diam, sampai Al-Aqra’ bertanya tiga kali, lalu Nabi SAW menjawab, ‘Kalau aku katakana ya, nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak sanggup melakukannya.’

Kemudian Baginda bersabda : ‘Biarlah aku dengan apa yang aku diamkan, kerana kehancuran umat-umat sebelum kamu keran banyak bertanya dan membangkang nabi-nabi mereka. Maka jika aku perintahkan melakukan sesuatu, kerjakanlah menurut kemampuan kamu, tetapi jika aku melarang melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah.’ “

WALLAHUALAM


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
sumber hadis ini ditulis..=D


Thursday, July 11, 2013

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 8

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


HADIS 8
KEHORMATAN SEORANG MUSLIM

Daripada Umar r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Saya diutuskan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan kecuali ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan ALLAH, mendirikan solat dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan hal itu, bererti mereka telah menjaga darah dan hartanya daripadaku kecuali menurut hukum Islam dan perhitungan amal mereka terserah kepada ALLAH SWT”

Riwayat Al-Bukhari no 25,
Muslim no 22,
Ahmad no 68)

HURAIAN

Para ulama’ mentafsirkan hadis ini berdasarkan sejarah. Tatkala Rasulullah SAW wafat, Abu Bakar al-Siddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikan baginda. Sebahagian daripada orang Arab menjadi kafir

Abu Bakar bertekad untuk memerangi mereka sekalipun antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat

Abu Bakar lalu mengemukakan alasan perbuatannya itu, tetapi Umar berkata kepadanya :

“Bagaimana engkau akan memerangi manusia sampai mereka mengucap LA ILAHA ILLALLAH sedangkan Rasulullah bersabda : ‘Aku diperintahkan untuk memerangi manusia sampai dia mengucap LA ILAHA ILLALLAH dan kelak perhitungannya terserah kepada ALLAH Taala. “

Abu Bakar lalu menjawab,

“Sesungguhnya zakat itu adalah kewajipan yang bersifat kebendaan. Demi ALLAH kalau mereka menghalangku untuk mengambil seutas tali unta yang dahulu mereka serahkan sebagai zakat kepada Rasulullah SAW, nescaya aku perangi mereka kerana keengganannya itu.”

Kemudian Umar mengikuti jejak langkah Abu Bakar memerangi kaum tersebut.

Khatabi dan yang lain-lain berkata : “Yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah kaum penyembah berhala dan kaum musyrik Arab serta orang yang tidak beriman, bukan golongan ahli Kitab dan mereka yang mengakui keesaan ALLAH.

Untuk terpeliharanya orang-orang seperti itu tidak cukup dengan mengucap LA ILAHA ILLALLAH sahaja kerana sebelumnya mereka sudah mengatakan kalimah tersebut semasa mereka kafir dan hal itu sudah menjadi keimanannya.

Tersebut juga di dalam hadis lain kalimah “…dan sesungguhnya aku adalah Rasul ALLAH, mereka melaksanakan solat dan mengeluarkan zakat.”

kadar zakat fitrah 1434H seluruh Malaysia - sumber


Hukum meninggalkan Syahadah, solat dan Zakat

  1. Pemerintah boleh melaksanakan hukuman bunuh ke atas orang yang mengingkari solat dan menafikan kewajipannya
  2. Pemerintah boleh memerangi orang yang enggan membayar zakat
  3. Tidak dibolehkan melakukan sewenang-wenangnya terhadap harta dan darah orang Muslimin
  4. Pemerintah dibolehkan melaksanakan hukuman mati bagi setiap Muslim yang melakukan perbuatan yang dituntut dijatuhkan hukuman mati seperti berzina bagi orang yang sudah bernikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan meninggalkan agama dan jemaahnya (murtad)
  5. Tidak boleh mengkafirkan orang yang melakukan perkara bid’ah selagi dia menyatakan keesaan ALLAH dan menjalankan syariat

sumber



Hukum meninggalkan puasa dan haji

Orang yang tidak berpuasa tidak dibunuh tetapi dipenjarakan serta ditahan makan dan minum.
Manakala haji pula ialah ibadah yang dapat ditangguhkan.

WALLAHUALAM


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
sumber hadis ini ditulis..=D



Wednesday, July 10, 2013

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 7


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


setelah setahun..misiku gagal..akibat daripada kesibukan duniawi...ampunkan aku ya ALLAH..
arini ku kira untuk menyambung semula misi ini..semoga terus istiqamah sehingga penghujung hadis dalam buku nie..

HADIS 7
AGAMA ITU NASIHAT

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Agama itu nasihat. Kami bertanya : "Untuk siapa?". Baginda menjawab : "Untuk ALLAH, KitabNYA, RasulNYA, para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya. "

(Riwayat Ahmad no 16982,
Muslim no 55
Abu Daud no 4944)


Huraian

Nasihat bermaksud segala hal yang baik. Di dalam bahasa Arab tiada kata yang sekata dengan nasihat.
Namun begitu, para ulama' Bahasa Arab menyebut bahawa kata "al-fallah" yang tidak mempunyai padanan setara yang mencakupi makna "kebaikan dunia dan akhirat"

Kalimah "agama itu nasihat" atau "agama adalah nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama. 

Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seseorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat ini, tidaklah diwajibkan.

Tentang pentafsiran kata 'nasihat' dan berbagai cabangnya, al-Khathabi dan ulama'-ulama' lain mengatakan

  1. Nasihat untuk ALLAH
  • Beriman semata-mata kepadaNYA
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat
  • Menjauhkan diri drpd sifat ingkar terhadap suruhanNYA 
  • MentaatiNYA
  • Mengagungkan ALLAH dengan sifat-sifat sempurna

Al-Khatabi seterusnya berkata : "Secara prinsip, kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri, kerana ALLAH tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa pun "

      2. Nasihat untuk KitabNYA
  • Beriman kepada kitabNYA
  • Beramal mengikut petunjuk dan pengajarannya
  • Dimuliakan dan ditinggikan kehormatannya dengan memandang keutamaannya daripada segala kitab yang lain
  • Yakin pedomannya adalah panduan hidup untuk selama-lamanya
  • Membaca ayatnya dengan cara yang betul
  • Memahami maksud ayatnya
  • Mendalami ilmu pengetahuan tentangnya

     3. Nasihat untuk RasulNYA
  • Membenarkan kerasulannya
  • Memahami ajaran yang dibawanya
  • Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya
  • Menghidupkan perjalanan dan sunnah pada diri dan dalam masyarakat

     4. Nasihat untuk para pemimpin
  • Menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan
  • Patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan
  • Tegur mereka dengan cara yang sopan
  • Mengingatkan mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan


    5. Nasihat untuk manusia umum
  • Memimpin mereka ke jalan yang benar
  • Mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah
  • Mengajar mereka 
  • Belajar dari mereka
  • Saling tolong antara satu sama lain


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN

Sunday, July 7, 2013

best ever prank~

alhamdulillah...aku masih dipanjangkan umur...kini da 22thn aku hidup di muka bumi ini..semakin tua aku hidup, smkin pendek usiaku di muka bumi ini...kematian smakin menghampiri...bertambahnya usia ku adakah bertambahnya amalan ku??adakah amalan2 ku diterima olehNYA??

aku akui, mcm2 dugaan aku terima...aku sedar, semakin berat ujian itu, smakin aku dekat denganNYA..aku tau ujian2 itu tanda sayangNYA DIA kepadaku..kalau x, aku mesti lagi lalai dan alpa...dan aku harap, usiaku yang meningkat ini mematangkan aku..bukan pk mcm bdk2 even perangai kadang2 kalah budak2..=D

post kali nie nak share satu pengalamn beday aku yang xmungkin aku lpekan smpai bile2...iaitu smbutan beday aku pada usia aku 17thn...jujur aku akui yang family aku bukan jenis yang smbut beday besar2an..just  wish jek..kalo ada rzeki, diorg akan wat mkn2 special sket..sme ada mak masak or makan kat luar..juz simple...mmg xde la nk smbut ngan kek bagai..gpon family ktorg xde la ske kek sgt..juz mkn sket2 jek..

tp smbutan beday aku kali ke 17thn agak special..time tue aku tingkatan 5 thn 2008..6julai tue msti la aku ada kat sek kan..aku kan sek asrama penuh or integomb.. kbtulan time tue ari ahad n time tue family aku dtg kl sbb ada kenduri kawen mengantar sepupu aku kat selayang..sek aku plak skema..kalo sepupu kawen xdbenarkan kuar..adik beradik jek bole..so, mmg xdpt kuar la...family aku pon dtg..kebetulan abg teh n kakcik da abis da blajar..abg sham plak cuti xsalah..so sume ada...kecuali abg ngah coz die ngah belajar kat germany...so sume adik beradik aku ada diorg dtg smbut beday aku...juz ada kek yang beli kat giant n jajan sket2 dtg dari kenduri..bg aku itu da lebey pada cukup..then ayah aku hntr msg kat abg ngah ckp sume ada kat sek aku...then abg ngah call dan die wish hepy birthday kat aku...aku rse sgt2 terharu..rsenye lengkap sume adik beradik aku n mak ayah ada...xpernah2 rse terharu mcm tue maybe after 5thn duk kat sek asrama nie 1st time diorg wat mcm tue..=')

diorg dtg lepak2 kat c2 dari kul 3lebey smpai la kul 6 time waktu terakhir family bole berada dlm kaw sek..aku ingt da abis takat tue, rupa2nya x..rumate2 aku plak wat smbut beday aku..kali nie diorg belanja aku makan nasi goreng pataya..time tue, kat asrama, dpt makan nasi goreng pataya sgt la heaven..gigih diorg suh abg pjbt(aku lpe nme die -_-'') belikan nasi tue kat luar...terharu kot...thanks very2 much kat fatin,sahirah n nadiah...aku x expect langsung korg akan wat mcm nie kat aku...act time tue aku sgt2 kenyang after makan mcm ngan family tp sbb aku xnak hampakan korg aku mkn jgk.. >_<

next, mlm tue ada prep mlm..sek ktorg prep after solat isyk...kat sek aku nie diamanahkan utk jage surau..time tue sbnrnya da ada pelapis iaitu nabilah basarang..die memainkan peranan utk nex smbutan beday aku plak...after solat mgrb n aktiviti2 kat surau sume, ktorg mula la siap2 utk ke kelas..tp aku kne tahan ngan si nabilah nie..die kate die nk tnye pasal surau...aku pon ngan lurus bendulnye jwb la segala pertanyaan die..daripada ramai org tinggal aku, die n syikin kat surau tue..then after tue ktorg g kelas...

kelas aku tingkat satu...dari jauh aku tgk kelas aku gelap..walhal time tue supposely sume org da msk kelas..ye la surau da kosong..aku da stat gelabah..then syikin ckp maybe ada kelas tambahan bio..aku pndng  plak lab..nmpk lab gelap jgk..ati aku da xsedap..kot2 ada kelas tambahan tmpt laen..aku n syikin da gelabah2 da...kelam kabut la ktorg g kelas...msk2 kelas, aku bkk lampu tetibe bdk2 kelas nyanyi ramai2 dalam kelas...nyanyi lagu beday...terharu weyhhh...ntah bpe lame diorg bergelap dlm tue..mmg plan syikin nk bg aku msk lmbt n gelabah bagai...then manja aka mira n dijah suapkan aku kek..terharu lagi..=')...aku rse bising jgk la blok akademik tue dgr diorg nyanyi..yela suppose sejam prtama mmg kene snyap...btw, bdk2 mt iaitu antara bdk2 yang rapat ngan aku n aku ske wat prank ada jgk dlm kelas...smgt asyuk dtg kelas aku n bergelap kat c2..haqeem pon ada gak..then aku g toilet, lalu kelas AK, naqib plak yang wish...pendek kate sume bdk2 mt wish cume sorg jek xwish iaiut din merangkap bdk yang slalu gaduh ngan aku, bdk kelas n mt jgk...tp, ada lagi suprisenya, sbb tetibe ada bunga api..ntah dtg dri mne..sbnrnya bunga api tue bukan utk aku pon, tp kebetulan ada..n mmg kne btol ngan msenya...seronok kot...

after that, mlm tue time solat isyk, ada la bbrapa junior wish beday kat aku..mesti sbb diorg dgr kelas ktorg bising2 kan..hehe...so berakhirla 6julai pada ari tue dgn perasaan gembira, terharu n dgn perut yang kekenyangan...dari prg smpai mlm xabis2 aku melantak..hehe..

aku fikir, prank utk beday aku da berakhir..rupa2 nya tidak...as aku mention sblm nie, sorg bdk mt iaitu din aka amiruddin xwish kan??sbnrnya time tue aku ngah lancarkan perang dgn die..sbb apa aku da xingt...ktorg nie mmg slalu sgt gaduh baik gaduh baik...then at the end of july ada sorg lagi mt punya beday iaitu nadiah...beday die e25julai..ktorg bdk2 mt mmg ske wat prank or suprise utk beday msing2..kirenya nadiah nie yang terakhir la...mle2 aku ada dgr2 din nk wat prank utk nadiah...tp sbb aku xbercakap ngan die so aku wat plan sendiri ngan fatin..ktorg bole wat plan sbb ktorg satu kelas...xlpe jgk aku ajak sahira..tp memandangkan die kelas laen, so agak susah nk bncg...gpn xnak nadiah syak...

prank aku cukup baek..mmg sume org ckp aku lah org paling kejam skali...nme pon prank kan??for the first time aku jd masterplan..hehe..aku plan mende nie ngan ckg patiah merangkap warden n ckg disiplin..memandangkan aku nie mt n mmg kamceng ngan ckg patiah, plan nie mmg senang je la berjalan..beday nadiah kebetulan ari jumaat iaitu ari bdk2 pmpuan berkumpul dikala bdk2 laki solat jumaat..ari tue kbtulan xde usrah tp ada tazkirah dari ustzah....memandangkan slot jumaat tue mmg aku yang handle, so mende nie lagi la snang berjalan...tau ape yang aku wat??

1stly aku deal ngan bdk form1..aku amik jam tngn die then aku sorokkan dlm beg nadiah ngan bantuan fatin n sahirah..then, after tazkirah dari ustazah aku panggil ckg patiah dtg wat spotcheck tergempar konon2nya ada budak hilang jam tngn..we as mt kene la tlong ckg patiah crikan jam tgn bdk tue..nadiah pon tolong skali n pengawas2 laen...dan mende paling terkejutnya jam itu dijumpai oleh pengawas yang aku mintk tolong dlm beg nadiah...sume da mcm terkejut sbb xcaya yang nadiah buat..sbb nadiah sgt la baek...then sah2 la ckg patiah mrah die..di hadapan sume pelajar pmpuan...die da nangis2 da..kalo korg tau perasaan itu..aku pon rse serba salah jgk sbnrnye..hehe..tp aku tggu mse jek utk kuar n bg adiah..adiah tue dari ckg patiah sndiri..bila die da nangis2 n ckg patiah da xtau nak ckp ape, aku pon kuar n wish die beday..kat dpn sume pljr2 pompuan jgk aku mntak maap n ckp nie sume sje jek utk knekan nadiah di hari beday die..

reaksi diorg, ada yang ske ada yang x..aku pling truk kene mara ngan hanisah iaitu besfrend nadiah..nadiah pon xtegor ngan aku mle2...tp lme2 tue ktorg da berbaek smula..hehe..beriya la aku mntak maap..mmg salah aku pn..tp aku tau mende tue akan die ingt smpai bile2...then after bdk2 laki abis solat jumaat, ktorg g solat zohor...ramai la ckp xcaye aku bole wat mcm tue..ada yang ckp sempoi gile ada yang ckp kejam gile..aku mampu tersengih jekk...

tp tp tp,,,di sebalik sume nie, ada yang nk knekan aku..hampeh kan??ptg tue, time prep ptg ktorg ada kelas tmbhan bi..kbtulan aku ngan nadiah satu kelas..so ktorg pon study skali sume...blek tue fatin kabarkan yang ckg aini (PK HEM) mara ngan tindakan aku..sbb knekan mt sndiri n bole memalukan mt..aku ckp la ckg patiah approve kot..tp fatin ckp xkire..aku da cuak da...nadiah plak die kate xpe die snggup teman aku if kne jmp ngan ckg aini..ptg tue, aku perasaan ckg aini ada kat dewan belajar f3 n nk p surau kene lalu c2 utk jln dekat..tp cuak nye pasal aku n nadiah lalu jalan jauh..cuak kot wlpn bile aku pk2 knepa aku perlu cuak..aku xwat salah pon...=_=''

tp perancangan ALLAH itu hebatkan..die sje dtgkan perasaan itu sbb die nk bg perancangan seseorang berjaya...nk tau?? jom bce lagi..hehehe

mlm tue, tetibe ada annoucement...panggil aku ngan nadiah jmp ngan ckg aini kat bilik sakit...aku xtau npe rse cuak sgt smpai nk nangis..liyana bdk kelas aku da tertnya2 da npe aku kne panggil..sume org assume pasal kes ptg tue...fatin plak die kate nk ikot skali sbb die kate die pon terlibat n ptt die ada skali bg pnjelasan..sahira pon sme...aku ngan nadiah g bilik sakit..ckg aini xde..yang ada ustzah siti jek coz die warden yang bertugas ari tue..tnye ustzh die kate die xnampak pon ckg aini..die pon xamik pusing hal ktorg sbb die tau ktorg nie slalu bz hal2 sek nie...so if ktorg merayau2 time prep pon die xkesah..if ckg aini panggil ktorg pon die xkesah..aku n nadiah da cuak da...fatin n sahira ntah ilang mne..then tetibe diorg muncul..diorg suh ktorg masuk tp aku xmau..still ckp nk tggu jek kat luar smpai ckg aini dtg..tp diorg still pujuk2 ktorg..at the end ktorg pon masuk..

msuk2 tue tetibe ada org nyanyikan lagu beday..then kuar la haqeem, amiruddin, naqib n syuk dari bilik sakit perempuan...daaaaaaann aku baru sedar aku da dikenekan oleh diorg...aku kot yang paling emo time tue..emo sbb nk tutup malu aku..hahahaha...nadiah die elek jek sbb die kate die ada rse plek pasal ckg aini panggil sume...hampeeeeeeeeeeeeeeeeehhh!!..

aku tutup pintu bilik sakit tue..then nangis puas2..nangis sbb da termalu..wakakaka..diorg pon beriya plak pujuk aku...din n haqeem da cuak2 da sbb aku nangis...then fatin n sahira mai pujuk aku sbb aku xmau kuar2..diorg ckp xbaek wat diorg mcm tue..aku pon kuar la wlpn da termalu..wakakaka...then diorg tunjuk kek yang diorg beli...smgt haqeem siap wat kad utk aku n nadiah...wlpn ari tue sbnrnya beday nadiah tp diorg still wat jgk utk aku since diorg xsmbut time beday aku...n secara otomatiknya aku ngan din da berbaik...mlm tue jgk diorg citekan hal sbnr mlm beday aku..

sbnrnya mlm beday aku tue ada krisis antara mt laki n pompuan...aku xsure krisis apa tp yang pastinya din nk prank aku ngan blikan pizza dominos..die siap mintak pnjm hp kat abg pejabat tue sbb nk order domino..yela domino mne terima gne public phone..tp malangnya diorg terkantoi ngan ust baki...ust baki pon warden jgk...so penat la diorg pusing2 nk elak dari kantoi ngan ust baki..tue la at the end xjadi mende tue..waaaaaaaaaaaaaa...terharu aku dgr cite diorg..pasal aku diorg hampir2 kne tangkap ngan warden..da la mt..tp wat hal mcm tue..tp sbnrnya aku pasan gak din tue mcm bz jek..ingt pasal hal sek yang xsettle lagi coz die mt jge bhagian sek..

so, mende nie akhirnya settle..happy ending gitu...haha...so taun itulah adalah tahun paling bes beday aku dismbut..penuh dgn kontrovesi...ada air mata gmbira,terharu,sedey,malu...tp at the end, sume hepy...thanks korg...time kasih banyak2...wlpn skang kita da jarang berhubung..wlpn skang jarak memisahkan kita, tp aku tak pernah lpekan persahabatan kita..suka duka spnjang hidup kat integomb especially 2thn terakhir...luv u all forever n ukhwah fillah abadan abada...sahabat selamanya~

p/s : cari gmbr diorg xjmp plak..sume dlm cd n cd ada kat umah abg teh plak..huhu~