~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Wednesday, July 10, 2013

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 7


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


setelah setahun..misiku gagal..akibat daripada kesibukan duniawi...ampunkan aku ya ALLAH..
arini ku kira untuk menyambung semula misi ini..semoga terus istiqamah sehingga penghujung hadis dalam buku nie..

HADIS 7
AGAMA ITU NASIHAT

Diriwayatkan daripada Abu Ruqayyah Tamim bin Aus al-Dariy r.a. bahawa sesungguhnya Nabi SAW bersabda yang bermaksud :

"Agama itu nasihat. Kami bertanya : "Untuk siapa?". Baginda menjawab : "Untuk ALLAH, KitabNYA, RasulNYA, para pemimpin kaum muslimin dan bagi manusia umumnya. "

(Riwayat Ahmad no 16982,
Muslim no 55
Abu Daud no 4944)


Huraian

Nasihat bermaksud segala hal yang baik. Di dalam bahasa Arab tiada kata yang sekata dengan nasihat.
Namun begitu, para ulama' Bahasa Arab menyebut bahawa kata "al-fallah" yang tidak mempunyai padanan setara yang mencakupi makna "kebaikan dunia dan akhirat"

Kalimah "agama itu nasihat" atau "agama adalah nasihat" bermaksud bahawa nasihat sebagai tiang dan penyokong agama. 

Menurut Imam Nawawi, nasihat itu wajib sekadar yang mampu dengan syarat seseorang itu mengetahui bahawa nasihatnya akan diterima, suruhannya akan dipatuhi dan dirinya tidak terancam. Tanpa syarat ini, tidaklah diwajibkan.

Tentang pentafsiran kata 'nasihat' dan berbagai cabangnya, al-Khathabi dan ulama'-ulama' lain mengatakan

  1. Nasihat untuk ALLAH
  • Beriman semata-mata kepadaNYA
  • Menjauhkan diri daripada perbuatan syirik dalam iktikad dan ibadat
  • Menjauhkan diri drpd sifat ingkar terhadap suruhanNYA 
  • MentaatiNYA
  • Mengagungkan ALLAH dengan sifat-sifat sempurna

Al-Khatabi seterusnya berkata : "Secara prinsip, kebaikan daripada sifat-sifat baik tersebut kembali kepada pelakunya sendiri, kerana ALLAH tidak memerlukan kebaikan daripada sesiapa pun "

      2. Nasihat untuk KitabNYA
  • Beriman kepada kitabNYA
  • Beramal mengikut petunjuk dan pengajarannya
  • Dimuliakan dan ditinggikan kehormatannya dengan memandang keutamaannya daripada segala kitab yang lain
  • Yakin pedomannya adalah panduan hidup untuk selama-lamanya
  • Membaca ayatnya dengan cara yang betul
  • Memahami maksud ayatnya
  • Mendalami ilmu pengetahuan tentangnya

     3. Nasihat untuk RasulNYA
  • Membenarkan kerasulannya
  • Memahami ajaran yang dibawanya
  • Mematuhi suruhan dan meninggalkan larangannya
  • Menghidupkan perjalanan dan sunnah pada diri dan dalam masyarakat

     4. Nasihat untuk para pemimpin
  • Menolong dan menyokong mereka dalam perkara kebenaran dan keadilan
  • Patuh kepada mereka dalam urusan kebaikan
  • Tegur mereka dengan cara yang sopan
  • Mengingatkan mereka ketika mereka lalai daripada kewajipan


    5. Nasihat untuk manusia umum
  • Memimpin mereka ke jalan yang benar
  • Mengawasi mereka daripada terjerumus ke jalan yang salah
  • Mengajar mereka 
  • Belajar dari mereka
  • Saling tolong antara satu sama lain


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN

No comments:

Post a Comment