BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG
HADIS 8
KEHORMATAN
SEORANG MUSLIM
Daripada
Umar r.a. berkata, bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
“Saya
diutuskan untuk memerangi manusia sehingga mereka bersaksi bahawa tiada Tuhan
kecuali ALLAH dan sesungguhnya Muhammad adalah utusan ALLAH, mendirikan solat
dan mengeluarkan zakat. Apabila mereka mengerjakan hal itu, bererti mereka
telah menjaga darah dan hartanya daripadaku kecuali menurut hukum Islam dan
perhitungan amal mereka terserah kepada ALLAH SWT”
Riwayat Al-Bukhari no 25,
Muslim no 22,
Ahmad no 68)
HURAIAN
Para ulama’
mentafsirkan hadis ini berdasarkan sejarah. Tatkala Rasulullah SAW wafat, Abu
Bakar al-Siddiq diangkat sebagai khalifah untuk menggantikan baginda. Sebahagian
daripada orang Arab menjadi kafir
Abu Bakar
bertekad untuk memerangi mereka sekalipun antara mereka ada yang tidak kafir tetapi menolak membayar zakat
Abu Bakar
lalu mengemukakan alasan perbuatannya itu, tetapi Umar berkata kepadanya :
“Bagaimana
engkau akan memerangi manusia sampai mereka mengucap LA ILAHA ILLALLAH sedangkan Rasulullah bersabda : ‘Aku
diperintahkan untuk memerangi manusia sampai dia mengucap LA ILAHA ILLALLAH dan kelak perhitungannya terserah kepada ALLAH
Taala. “
Abu Bakar
lalu menjawab,
“Sesungguhnya
zakat itu adalah kewajipan yang bersifat kebendaan. Demi ALLAH kalau mereka
menghalangku untuk mengambil seutas tali unta yang dahulu mereka serahkan
sebagai zakat kepada Rasulullah SAW, nescaya aku perangi mereka kerana
keengganannya itu.”
Kemudian
Umar mengikuti jejak langkah Abu Bakar memerangi kaum tersebut.
Khatabi dan
yang lain-lain berkata : “Yang dimaksudkan oleh hadis ini ialah kaum penyembah
berhala dan kaum musyrik Arab serta orang yang tidak beriman, bukan golongan
ahli Kitab dan mereka yang mengakui keesaan ALLAH.
Untuk terpeliharanya
orang-orang seperti itu tidak cukup dengan mengucap LA ILAHA ILLALLAH sahaja kerana sebelumnya mereka sudah mengatakan
kalimah tersebut semasa mereka kafir dan hal itu sudah menjadi keimanannya.
Tersebut
juga di dalam hadis lain kalimah “…dan sesungguhnya aku adalah Rasul ALLAH,
mereka melaksanakan solat dan mengeluarkan zakat.”
|
kadar zakat fitrah 1434H seluruh Malaysia - sumber |
Hukum meninggalkan Syahadah, solat dan
Zakat
- Pemerintah boleh melaksanakan hukuman bunuh ke atas orang yang
mengingkari solat dan menafikan kewajipannya
- Pemerintah boleh memerangi orang yang enggan membayar zakat
- Tidak dibolehkan
melakukan sewenang-wenangnya terhadap
harta dan darah orang Muslimin
- Pemerintah dibolehkan melaksanakan hukuman mati bagi setiap Muslim yang
melakukan perbuatan yang dituntut dijatuhkan hukuman mati seperti berzina bagi
orang yang sudah bernikah (muhshan), membunuh orang lain dengan sengaja dan
meninggalkan agama dan jemaahnya (murtad)
- Tidak boleh
mengkafirkan orang yang melakukan perkara bid’ah selagi dia menyatakan
keesaan ALLAH dan menjalankan syariat
Hukum meninggalkan puasa dan haji
Orang yang
tidak berpuasa tidak dibunuh tetapi dipenjarakan
serta ditahan makan dan minum.
Manakala haji
pula ialah ibadah yang dapat ditangguhkan.
WALLAHUALAM
KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
|
sumber hadis ini ditulis..=D |
No comments:
Post a Comment