~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Tuesday, July 16, 2013

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 9


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


HADIS 9
PILIH YANG MUDAH DAN TINGGALKAN YANG SUSAH

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Abdul Rahman bin Shakhr r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

“Apa yang saya larang kamu lakukan, maka jauhilah dan apa yang saya perintahkan kamu kerjakan maka kerjakanlah sekadar kemampuan. Sesungguhnya yang membinasakan orang sebelum kamu adalah banyaknya pertanyaan dan perselisihan mereka dengan nabi-nabi mereka (tidak mahu taat dan patuh).”

(Riwayat al-Bukhari no.6777
Muslim no. 1337)

HURAIAN

Hadis ini terdapat dalam kitab Muslim daripada Abu Hurairah, dia berkata : “Rasulullah SAW berkhutbah dihadapan kami, sabda baginda yang bermaksud : ‘Wahai manusia, ALLAH telah mewajibkan atas kamu haji, kerana itu berhajilah.’ Al-Aqra’ bin Habis r.a. bertanya : ‘Wahai Rasulullah adakah setiap tahun?’ Baginda diam, sampai Al-Aqra’ bertanya tiga kali, lalu Nabi SAW menjawab, ‘Kalau aku katakana ya, nescaya menjadi wajib sedangkan kamu tidak sanggup melakukannya.’

Kemudian Baginda bersabda : ‘Biarlah aku dengan apa yang aku diamkan, kerana kehancuran umat-umat sebelum kamu keran banyak bertanya dan membangkang nabi-nabi mereka. Maka jika aku perintahkan melakukan sesuatu, kerjakanlah menurut kemampuan kamu, tetapi jika aku melarang melakukan sesuatu, maka tinggalkanlah.’ “

WALLAHUALAM


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
sumber hadis ini ditulis..=D


No comments:

Post a Comment