~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Wednesday, July 11, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 6


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

HADIS 6
YANG HALAL DAN YANG HARAM

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa menjaga dirinya daripada yang syubhah itu bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh kepada perkara yang haram seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNYA. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati."

[Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330]

HURAIAN

Hadis ini merupakan salah satu pokok syariat Islam. Abu Daud al-Sijistani berkata :

"Islam bersumberkan pada empat hadis."

Disebutkan antaranya adalah hadis ini. Para ulama telah sepakat atas keagungan dan banyaknya manfaat hadis ini.

Syubhah

Syubhah bererti kesamaran. Hukum perkara syubhah tidak dapat dipastikan sama ada halal atau haram.

"Orang warak meninggalkan yang syubhah untuk memelihara kesucian jiwa dan menghilangkan keraguan perasaan."

Sebahagian ulama berpendapat syubhah itu ada tiga jenis.

Pertama

Sesuatu yang diketahui oleh manusia haramnya tetapi orang itu ragu-ragu adakah masih tetap haram atau tidak.

Kedua

Sesuatu yang halal tetapi masih diragui kepastian halalnya.

Ketiga

Seseorang ragu-ragu tentang sesuatu yang tidak tahu adakah hal itu halal atau haram dan kedua-duanya kemungkinan ini sama-sama boleh terjadi malah tidak ada petunjuk yang menguatkan salah satunya.

Hal semacam ini lebih baik dijauhi sebagaimana sabda Nabi SAW pernah melakukannya pada kes sebutir buah kurma telah jatuh dan ditemui di rumah Baginda. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud :

"Kalau saya tidak takut kurma ini barang zakat, tentu saya telah memakannya"

Walaubagaimana pun,sikap mengambil berhati-hati yang berlebihan tidak perlu diikuti kerana berlebih-lebihan adalah tanda adanya waswas. Sedangkan waswas itu adalah bisikan syaitan.

Kawasan Larangan

Jika raja dan tuan tanah melabelkan kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki orang lain, ALLAH juga ada kawasan larangan yang tidak boleh dilalui manusia iaitu segala perbuatan maksiat dan tegahan sama ada berhubung dengan diri mahupun yang berhubung dengan kehormatan.

Hati

Hati adalah seketul daging dalam tubuh manusia yang menjadi pembentuk hidup seseorang, menggerak dan memberhentikan, memperelokkan atau mencederakan dan mengawal tingkah laku manusia.

Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran ALLAH, mematuhi perintahNYA dan menjauhi laranganNYA, menghindari perkara syubhah takut jatuh kepada haram.

Hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."

[Surah al-Haj 22:46]

WALLAHUALAM~

KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN


No comments:

Post a Comment