~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Tuesday, January 22, 2013

monolog 2


"dan yang penting itu,
bukan cinta, bukan juga jodoh.

tapi bahagia.
maka kalau kamu memang benar-benar mahu bahagia,
maka pintalah dengan rendah hati, dan penuh percaya,
agar DIA memberi kamu bahagia,
walau dengan cara apa pun,
mengikut KETENTUAN-NYA yang telah merangkumi PENGETAHUAN-NYA."


kerana bahagia, bukan hanya datang dari cinta dan jodoh...=)


via tersenyum melihat langit

Monday, January 21, 2013

monolog 1..




Bila dia menjauh,
Bila masa membina jarak,
dan jarak membina tembok.
Jangan pernah lupa bahawa kita pernah bertanya pada DIA tentang dia.
Jangan lupa bahawa kita pernah meminta DIA menjauhkan dia,
bila dia bukan untuk kita...

Maka bila dia semakin jauh,
mungkin ini petunjuk darinya.
Belajarlah kembali menjalani hari dengan sendiri.
Belajarlah menerima dengan redha dan lapang dada.
Kerana aturan Allah lebih indah dan baik dari yang dijangka.
 
Jangan pernah lupa,
semua hanya boleh berlaku dengan izin dan redhanya.
Maka bila bukan namanya yang tertulis dalam rencananya,
maka,
biarlah DIA menjarakkan dia dari kita…. 



“Dan mungkin.
Mungkin sahaja,
Hatinya yang berubah itu ,
Bukan kehendaknya,
Bukan kemahuannya.

Mungkin,
Hatinya yang berubah itu,
Adalah jawapan bagi pertanyaannya pada Ilahi.
Petunjuk bagi istikarahnya pada malam hari.
Dan DIA lah yang memalingkan hati.
Memudarkan rasa.
Mencipta jarak dan kekok.
Kerana kita memang mahu yang terbaik menurut pengetahuan-NYA,
Bukan yang terbaik menurut kemahuan kita.
Maka Allah sedang memberi tanda…”


””“Dan mengapa harus hatinya yang berubah?
Mengapa tidak cinta dan rasa saya yang memudar?
Mungkin kerana,
Saat istikarahnya,
Hatinya belum cenderung,
Sedang cintamu sudah memenuhi relung -relung hati.
Lalu,
kerana itulah petunjuk datang dari arah berbeza”“”

via tersenyum melihat langit


Dan mungkin,
Dia menjarak,
Untuk mencari redhaNYA..
Seperti yang kau minta di setiap kali usai solat..
Agar perhubungan kalian diredhai..

Andai masanya belum tiba,
Jauhkanlah dirinya dengan dirimu…
Agar kalian ditemukan saat diri kalian sudah bersedia…
Bersedia untuk melangkah lebih jauh..
Kerana sesungguhnya pada saat ini bukanlah waktu yang sesuai
Untuk kalian berkasih sayang..

Sesungguhnya atas nama ‘sahabat’ itu,
Bukan tiket untuk kalian berdua,
Bukan tiket untuk kalian berkongsi perasaan..
Bukan tiket untuk kalian berkasih sayang..
Kerana manisnya saat itu,
Tatkala kalian berkongsi hanya untuk yang halal…

Dan ingatlah…
Sesungguhnya apabila 2 orang saling menyayangi..
Sudah tiada lagi istilah sahabat…
Sudah tiada lagi istilah teman tapi mesra…
Jika ada,
Itulah pembohongan terbesar sekali..

Jadi cara terbaik adalah,
Dengan menjauh…
Berdoalah kepada NYA..
Walaupun jasad kalian jauh,
Tetapi hati kalian masih dekat..
Dekat dengan berdoa kepadaNYA…
Percaya dan yakinlah,
Setiap atas apa yang berlaku,
Tersimpan 1001 hikmah yang belum terungkap…


Berlapang dada, dan berbaik sangkalah..
ALLAH itu MAHA PENYAYANG,
Dan DIA tahu apa yang diperlukan oleh hambaNYA..
Bukan apa yang hanya hambaNYA mahu..

 monolog dalaman...untuk sesiapa yang sedang kecewa~~

Thursday, January 17, 2013

listen..:)

sehari dua nie isu listen sgt2 popular...di mana2 org akan mention 'listen' nie..video2 n gmbr2 parody pon laju jek kuar...

aku xberniat untuk mengulas pasal isu nie..juz nak share apa yang ust pahrol tulis dalam blog die..bg aku banyak manfaat yang boleh kita amik...ayuh kita tmbahkan ilmu..andai sudah tahu, anggaplah sebagai tazkirah iaitu utk peringatan semula kepada diri kita..

JUST LISTEN… (hanya dengan mendengar!)

17 Jan
260px-Red-whiskered_Bulbul-web

Percayalah, kekadang manusia hanya inginkan ‘didengar’ bukan penyelesaian. Kerana dengan didengar, manusia terasa dihargai, disayangi dan dihormati. Jika kita ingin dicintai, cukuplah dengan menjadi pendengar. Tidak perlu melakukan apa-apa, cuma dengar…

Saya sendiri menempuh pelbagai kesalahan dan kesilapan dalam hidup akibat tidak mendengar. Sangka saya, dengan berkata-kata kita boleh meraih kemesraan. Rupa-rupanya tidak. Kita akan lebih dicintai, jika kita menjadi pendengar.

Kita pernah mendengar di corong radio apabila masyarakat menghubungi pakar motivasi, ulama, ustazah dan pendakwah… Acapkali mereka bukan meluahkan masalah. Mereka hanya bercakap dan bercakap… mengapa? Ya, mereka hanya ingin didengar.

Alangkah indahnya jika kita punya masa dan sedia meluangkan masa untuk menjadi pendengar. Kehausan untuk didengar ialah petanda kehausan kasih sayang dan cinta. Manusia tercari-cari siapa yang sudi menjadi pendengar untuk diluahkan segala dan semua. Sekali lagi, bukan inginkan penyelesaian tetapi hanya inginkan penghargaan dan kasih sayang.

Mari pada hari ini, kita bertekad untuk menjadi pendengar. Ketapkan mulut dan bukakan hati dan telinga untuk mendengar. InsyaAllah, kasih sayang akan bertaut dan berbunga kembali. Jangan biarkan isteri, suami, anak, pelajar, pekerja, pengikut dan pesakit kita ternanti-nanti… mulakanlah tugas cinta yang pertama: Just listen…hanya dengan mendengar.

Dari saya, hanya seraut catatan.

HANYA DENGAN  MENDENGAR…

Manusia memerlukan didengar kata-katanya sama seperti dia perlukan makanan. Tanpa makanan akan lemahlah jasad, sakitlah badan. Tanpa didengar akan tumpullah perasaan dan lumpuhlah emosi. Manusia yang membesar tanpa diberi hak didengar akan menjadi manusia yang kurang cerdas emosinya apabila dewasa kelak. Dia akan gagal mengurus perasaan marah, kecewa, takut dan dendamnya. Orang yang begini, akan gagal dalam hidupnya.

 Peri pentingnya didengar dalam hidup seseorang itu hingga menyebabkan bijak pandai mengungkapkannya melalui kata-kata hikmah yang berbunyi:“Tugas cinta yang pertama ialah mendengar.”

Ertinya, kekasih yang baik ialah kekasih yang mendengar rintihan, keluhan, aduan dan rayuan pasangannya. Justeru, dengan mendengar cinta akan lebih subur dan harum.

Orang yang banyak mendengar akan banyak belajar dalam hidup ini. Orang yang banyak mendengar bukan sahaja banyak pengetahuan tetapi akan banyak kawan dalam masyarakat. Mungkin kerana itu Allah ciptakan kita dua telinga dan satu mulut sebagai simbolik, kurangkan berkata-kata tetapi banyakkan mendengar. Malangnya, kebanyakan manusia lebih suka “memperdengarkan” daripada mendengar cakap orang lain.

 Lidah selalu menyebabkan telinga menjadi tuli. Dalam pergaulan, kita selalu sahaja ingin memonopoli perbualan. Kononnya dengan banyak bercakap kita akan terlihat pandai dan bijak berbanding orang yang diam. Kebanyakan kita menyangka orang yang diam itu bodoh. Tidak ada idea dan pendek wawasan. Sedangkan diam itulah terpuji dan bermanfaat. Kata bijak pandai:“Diam itu banyak hikmahnya tetapi sangat sedikit sekali orang mengambil manfaatnya.”

Cuba lihat orang di sekeliling kita dan lihat kita sendiri. Apakah kita banyak mendengar daripada berkata-kata? Maaf, kerap kali kita ingin jadi jaguh dan wira yang tidak henti-henti berkokok di mana-mana. Bila bercakap kita seolah-olah serba tahu. Kita mengetuai perbualan, kita menjuarai percakapan. Mengapa?

Ya, sering berlaku pangkat, harta, nama serta jawatan menyebabkan seseorang tidak sudi lagi menjadi pendengar. Pangkat ku lebih tinggi, aku cakap kau dengar. Nama ku lebih tersohor, jangan cuba-cuba mencelah bila aku berbicara. Kau tak layak menasihati aku, ilmu ku lebih tinggi. Begitulah yang kerap kita lihat dalam kehidupan. Bukan orang lain tetapi diri kita sendiri!

 Apakah dengan mendengar kita menjadi hina, miskin dan tidak ternama? Jika itulah anggapan kita jelas kita sudah tersalah. Menjadi pendengar menjadikan kita orang yang tawaduk (rendah diri). Orang yang tawaduk akan ditinggikan Allah. Orang yang mendengar akan lebih banyak belajar daripada orang yang asyik berkata-kata.

 Semakin banyak kita belajar semakin banyak ilmu yang kita peroleh. Dan bila semakin banyak ilmu yang kita miliki, maka semakin tinggilah darjat kita di sisi Allah dan manusia. Bukankah dalam Al Quran Allah telah menegaskan bahawa darjat ahli ilmu itu ditinggikan oleh-Nya berbanding orang yang tidak berilmu?

 Justeru, Allah yang Maha Pencipta juga bersifat Maha Mendengar – “sami”. Dan salah satu nama Allah yang baik dan indah ialah as Sami’. Allah maha mendengar rintihan, aduan, kebimbangan, luahan rasa daripada hamba-hambanya pada setiap masa, tempat dan ketika. Allah adalah “kekasih” setia yang sentiasa mahu mendengar rintihan hamba-hamba-Nya. Jika kekasih di kalangan manusia akan jemu jika masalah yang sama diperdengarkan berulang-ulang kali sebaliknya Allah tidak sebegitu. Allah bersedia mendengarnya  bila-bila masa sahaja.

 Jika ada jutaan manusia mengadu dan merintih kepada Allah, Allah tetap mendengar semua rintihan itu dengan terang dan jelas. Sedangkan seorang kaunselor, ulama, khadi, hakim yang terbaik sekalipun tidak mampu mendengar dua, tiga masalah daripada klien yang berbeza pada suatu masa dalam keadaan serentak.  Inilah kehebatan Allah sebagai As Sami’. Bukan sahaja Allah mahu mendengar bahkan mampu mendengar seluruh pengaduan hamba-Nya pada satu masa!

 Allah mulia dan agung kerana kesudian dan kesediaan-Nya mendengar rintihan dan pengaduan manusia. Begitu juga jika ada manusia yang mahu mendengar rintihan dan pengaduan manusia lain… dia juga akan ditinggikan darjatnya. Allah sudi mendengar rintihan semua manusia tanpa mengira pangkat, derjat, harta dan rupa paras. Allah mendengar permintaan seorang raja, Allah juga mendengar rintihan seorang hamba. Allah Maha Adil…

Seorang pesakit, datang merintih kerana penyakitnya… Allah mendengar. Seorang menteri mengadu hal-hal negara… Allah mendengar. Seorang isteri mengadu hal rumah tangga… Allah mendengar. Apa pun dan dari sesiapapun Allah tetap mendengar. Pintalah hal sekecil-kecilnya dan pintalah hal yang sebesar-besarnya, Allah tetap sudi mendengarnya. Daripada rintihan seorang pengemis yang merayu untuk mendapatkan sesuap nasi, sehinggalah kepada munajat seorang soleh yang memohon syurga, Allah tetap sudi mendengar, justeru Allah itu bukan sahaja mendengar tetapi Dia Maha mendengar!

Sebaliknya, manusia terlalu ego dan bersikap berat sebelah termasuk dalam soal mendengar ini. Ya, jika orang yang bercakap tinggi pangkatnya, maka dia senyap terpaku membisu. Tetapi jika yang bersuara itu orang bawahan, maka dia mendengar sambil lewa atau cepat-cepat memotong cakap sebelum orang bawahannya itu dapat menghabiskan percakapannya. Kalau sikaya menegur, semua menelinga dan tunduk akur. Tetapi bila si miskin yang mengadu, ramai yang berpaling dan menunjukkan reaksi selamba.

 Namun tidak begitu keadaannya pada insan bernama Muhammad saw. Baginda seorang yang sentiasa memberi hak mendengar kepada sahabat, isteri dan pengikut-pengikutnya. Walaupun, baginda “orang besar” yang memimpin negara, tetapi masih sempat mendengar rintihan anak kecil yang terbiar di tepi jalan di satu pagi Hari Raya. Di dalam mesyuarat, baginda sering mendengar pendapat sahabat-sahabatnya. Kekadang baginda ada pandangan, tetapi dirasakannya ada pandangan lain yang lebih tepat… maka diambilnya pandangan yang lebih tepat itu!

 Itulah Rasulullah saw yang paling berjaya meniru sifat As Sami’ Allah swt. Bagaimana dengan kita? Ah, malang, kekadang pangkat tidaklah setinggi mana… namun egonya sudah setinggi langit. Kononnya kitalah yang paling bijak dan mulia. Jika dalam satu majlis kita tidak dialu-alukan dengan kata-kata sambutan, maka kita rasa dipinggirkan. Jika dalam mesyuarat kita tidak dijemput bercakap, terasa orang menafikan keintelektualan, gelaran dan jawatan kita.

 Anda tidak perlu banyak cakap untuk disenangi dan disayangi, cukup dengan menjadi pendengar. Lihat mata orang yang bercakap, buka telinga dan hati, dengarlah dengan penuh simpati dan empati… nescaya orang akan jatuh hati. Bila anak-anak menghampiri kita, pegang tangannya dan ucapkan, apa yang kamu ingin katakan? Ayah atau ibu sudi dan sedia mendengarnya. Jika pekerja bawahan menziarahi atau datang di muka pintu rumah atau bilik anda lalu memberi salam, jawab salamnya dan bawa dia dekat dan dengar luahan katanya.

Dengarlah bisikan orang di sekeliling kita. Insya-Allah, kita tidak akan terpaksa mendengar jeritan. Berapa banyak bisikan yang dibiarkan yang akhirnya bertukar menjadi jeritan yang memeritkan. Isteri ingin mengadu, suami menjauh. Anak hendak bercakap, ibu-bapa membentak menyuruh diam. Pekerja ingin berbincang, dituduh ingin mogok. Rakyat ingin memberitahu, kononnya pemimpin serba tahu…

Terlalu banyak bisikan yang dipinggirkan dan disisihkan. Akhirnya, bisikan menjadi jeritan. Anak derhaka, isteri nusyuz, diceraikan suami, pekerja lari, rakyat berpaling tadah… Semuanya gara-gara dan angkara sikap mendengar yang semakin terhakis dalam kehidupan dan pergaulan.

link

Wednesday, January 16, 2013

rindu........

tetibe rindu situasi nie..*act menonton video pantun budi kem feseni 10/11...sume mcm kayu!!! haha..xsampai ati nk publish to public..biar menjadi kenangan aku~~

time nie sume hepy sbb dpt kueh bahulu dri org kawen..mel duk kat dlm longkang plak sbb 'nyawa' wan aka kad mkn jatuh dlm longkang tue..

mungkin sbb kem feseni xlme lagi kot..after about 3weeks from now...tp suasana da laen..aku bukan lagi yg diberi tunjuk ajar...tetapi yang memberi tunjuk ajar..so feel die laen... =(

pape pon, every sem have their own memories...ade jgk kenangan yang aku xley lpe time kem feseni tahun lepas...=)

hopefully this coming kem feseni will give me another memories into my life~~

p/s : time2 xde mood study mmg bes tgk2 video2 lame..haissshhh~~

Monday, January 14, 2013

mari kita sama2 amin kan doa ini~

For Parents:
1. May Allah (subhanahu wa ta’ala) give our Parents long life.
2. May Allah (subhanahu wa ta’ala) fulfill our Parents expectation.
3. May Allah (subhanahu wa ta’ala) wash all sorrow of our Parents.
4. May Allah (subhanahu wa ta’ala) bless on our Parents.
5. May Allah (subhanahu wa ta’ala) give them a life which is full of happiness.
6. May Allah (subhanahu wa ta’ala) guide them to Paradise.

For Friends:
1. May Allah (subhanahu wa ta’ala) make our Friends pious.
2. May Allah (subhanahu wa ta’ala) fulfill our friends all wishes.
3. May Allah (subhanahu wa ta’ala) show our Friends right path.
4. May Allah (subhanahu wa ta’ala) increase our Friends happiness & moments of joy.
5. May Allah (subhanahu wa ta’ala) make our Friends successful.
6. May Allah (subhanahu wa ta’ala) guide our Friends to Paradise.

For Muslims:
1. May Allah (subhanahu wa ta’ala) give our Ummah unity.
2. May Allah (subhanahu wa ta’ala) give our Ummah wisdom
3. May Allah (subhanahu wa ta’ala) give our Ummah Health, wealth, and of all the above.
Ameen Aameen ya Rabb "

(via budikudedudam)

  (via cikkeroppi) 
  
 
Source: 1ummah1religion

Thursday, January 10, 2013

ujian dariNYA~



setiap apa yang berlaku ada hikmahnya...
perancangan kita, mungkin tidak bertembung dengan perancangan NYA...
lantas, ujian yang diberikanNYA utk menguji tahap keimanan kita...

ujian ini berat ku fikirkan..
wlpn pada pandangan orang lain, ini sekadar biasa...

yes, MEMANG..
sbb ada org lagi teruk dari aku...
ditimpa ujian berulang kali..
aku nie masih sikit..

tetapi aku nie adalah hambaNYA yang lemah...
apabila berlaku, aku tidak mampu buat apa2...
mungkin bila ujian itu datang aku seolah2 tidak dpt menerimanya...
tp itulah aku...
aku tidak boleh berlagak tenang anggap tiada apa2 yang berlaku...
aku tidak boleh...

namun, aku bersyukur...

kerana adanya mak yang tidak jemu2 memberikan nasihat..
wlpn aku tahu nadanya ada riak2 kecewa...
*maaf mak..maaf sangat2..*

kerana aku ada kawan2..
juga sering memberi nasihat...
tatkala semangat da jatuh ke tahap yang paling bawah..
saat aku rasa ingin berundur pada masa itu juga...

terima kasih aini, sbb tidak jemu2 bagi smgt..
wlpn saya tahu awak rase mende sme..
tp awak xtunjuk...awak xnak saya rse lagi down kan??

terima kasih jugak utk kawan2 kolej yang sudi dengar..
aku bukan nak mintak simpati dari korang..
cuma aku hanya ingin meluahkan apa yang terpendam..
agar beban yang aku tanggung berkurang..
agar semangat yang hilang boleh dapat dicari..
terima kasih banyak2 dekat korg sume..

terima kasih juga dekat org sudi mendengar masalah aku tgh2 mlm..
byk input berguna yang aku dpt dari kau...
byk nasihat aku dapat..
byk pengajaran yang terima yang aku tidak terfikir..
apa yang kau ckp byk betulnya...
mungkin betul ckp kau..
bila kita hadapi masalah,
kadang2 org paling sesuai utk mintak pandangan adalah org yang pernah melalui nya..
setengah jam yang aku rse sgt2 pendek msenya...
terima kasih byk2...
dan maaf sebab menggangu waktu tidur kau...


dan mungkin apa yang berlaku ini adalah turning point untuk aku berubah...
berubah ke arah kebaikan...
berubah agar apa2 yang aku buat,
bukan sebab sesuatu...
bukan sebab orang...
tetapi sebab DIA...

atau mungkin aku apa yang berlaku ini,
adalah untuk merasai apa yang orang lain rasa...
sebab aku tidak pernah rasa macam nie..
selalu orang lain rasa..
aku lebih banyak bagi nasihat..
bercakap...
bila da kena pada diri sendiri..
hanya ALLAH tahu apa rasanya...

dan mungkin apa yang berlaku...
ALLAH nak aku jadi lebih kuat..
kerana bila di uji baru kita sedar kita kuat atau tidak..

dan mungkin apa yang berlaku...
DIA rindu mendengar rintihan aku kepadaNYA..
mungkin aku sudah semakin lalai..
jadi DIA nak aku sedar..
DIA tidak mahu aku terus hanyut...
bahawa ada DIA sebagai PENCIPTA..
sayangnya DIA pada hambaNYA dengan menurunkan segala ujian ini...

tetapi..
walau apa pun alasannya..
aku harap,
aku masih dilandasanNYA..
landasan menuju maradatillah..
landasan menuju ke syurgaNYA...
amin~

Saturday, January 5, 2013

Tuesday, January 1, 2013

sayounara 2012



Selamat tinggal 2012….seribu satu kenangan aku hadapi tahun 2012 nie…tahun yang paling banyak buat aku sedih…tapi dalam masa yang sama tahun yang buat aku gembira….ALLAH aturkan yang terbaik untuk hidup aku nie…kadang-kadang aku di bawah, kadang-kadang aku di atas..mana ada orang yang sempurna hidup di dunia nie kan?? Warna-warni kehidupan ini lah yang membuatkan aku lebih mensyukuri hidup di dunia ini…membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku ada…membuatkan aku lebih matang untuk berfikir dan bertindak (mungkin…hehe)…alhamdulillah, setiap warna-warni kehidupan aku ini aku dapat hadapi dengan kuat dengan adanya kawan-kawan di sekeliling aku….tidak pernah sekali-sekali ALLAH tinggalkan aku terkapai sendirian….sweetkan DIA…DIA turunkan ujian buat aku, tapi dalam masa yang sama DIA hadirkan insan dibelakangku agar aku kuat menghadapi segala-galanya…kerana DIA tahu aku boleh menghadapi ujian itu…kerana DIA ingin aku belajar dari apa yang telah berlaku…kerana DIA mahu aku sedar bahawa semua yang aku rancang bukannya terbaik untuk aku..kerana percaturanNYA lebih baik…dan yang paling penting kerana DIA SAYANGKAN AKU…kerana turunnya ujian dariNYA membuatkan aku lebih dekat dengan NYA…terima kasih YA ALLAH…

Namun, 2012 sudah melabuhkan tirainya..aku harap tahun 2013 ini, ALLAH memberikan aku 1001 kekuatan lagi…tidak kira sebanyak mana ujian yang DIA hadirkan, aku harap agar segala-galanya diredhaiNYA…segala-galanya mendapat keberkatanNYA…tiada gunanya hidup di dunia ini andai tidak mendapat rahmat dariNYA…*nauzubillah*


“If you cry about yourself, if you are not happy with yourself, it means He is still close to you.”

Tariq Ramadan (via pureakhirah)
 

Dan buat sahabat-sahabat yang rajin melawat blog saya ini, saya doakan agar setiap dari kita terus dilimpahi rahmat dariNYA… :D

Gambar-gambar sambutan tahun baru 2013 yang sempat aku amik dari bilik…dekat dataran merdeka agaknya~~











p/s : agak-agak bape riban la abis ek sbb bunge api nie??huhu~