~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Tuesday, July 10, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 4


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

HADIS 4
TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA KETENTUAN KESUDAHANNYA

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW yang jujur, benar lagi membenarkan telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sensara atau bahagianya. Maka demi ALLAH yang tiada Tuhan selainNYA, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan Syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir ALLAH, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk ke dalamnya. Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan neraka, sehingga tiada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan ALLAH, lalu dia melakukan perbuatan ahli Syurga, dia pun masuk ke dalam Syurga."

[Riwayat al-Bukhari no.3208 dan Muslim no. 2543(1)]

HURAIAN

Satu
"Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu"

Sebahagian ulama berkata kalimah ini bermaksud pertemuan air mani (sperma) yang terpancar ke dalam rahim, lalu ALLAH pertemukan telur dalam rahim tersebut selama 40 hari.



Diriwayatkan daripada Ibn Mas'ud bahawa dia mentafsirkan kalimah di atas dengan menyatakan :

"Nuthfah yang terpancar ke dalam rahim bila ALLAH mengkehendaki untuk menjadi seorang manusia, maka nuthfah tersebut mengalir pada seluruh pembuluh darah perempuan hingga sampai kepada kuku dan rambut kepalanya.

Kemudian tinggal selama 40 hari, lalu berubah menjadi darah yang terletak di dalam rahim. Itulah yang dimaksudkan dengan "....dikumpulkan penciptaan setiap kamu." Setelah 40 hari, nuthfah kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah)."



Dua
"..kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya."

Bermaksud malaikat yang mengurus rahim



Tiga
"Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Syurga..."

Secara jelas menunjukkan bahawa orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amal itu mendekatkan pelakunya ke syurga sehingga dia hampir dapat masuk ke syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu sehasta.

Malangnya dia terhalang untuk memasuki syurga kerana takdir yang telah ditetapkan bagi dirinya di akhir hayatnya dengan melakukan perbuatan ahli neraka.

Perhitungan semua amal baik bergantung pada apa yang telah kita lakukan.

Akan tetapi, apabila ternyata pada akhirnya tertutup dengan amal buruk, maka seperti yang dikatakan pada sebuah hadis yang bermaksud :

"Segala amal perbuatan itu perhitungannya bergantung pada amal terakhirnya"

Maksudnya, situasi seperti ini terbatas untuk orang tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja.

Ada pun dalam hadis yang disebut Imam Muslim dalam Kitabul Iman daripada kitab sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Seseorang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia ialah ahli neraka"

Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu pada dasarnya tidak benar. Dia melakukannya semata-mata untuk mendapat pujian atau menjadi terkenal.Hadis tersebut menunjukkan bahawa yang perlu diperhatikan adalah niat pelakunya bukan zahir perbuatannya. Orang yang selamat daripada riak adalah semata-mata kerana kurniaan dan rahmat ALLAH.

Empat
"Maka demi ALLAH yang tiada Tuhan selainNYA, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Syurga..... lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk ke dalamnya."

Kalimah ini adalah suatu kejadian yang jarang-jarang berlaku dan bukan merupakan hal yang umum.

Perkara ini disebabkan kemurahan, keluasan dan rahmat ALLAH kepada manusia hingga apa yang lebih banyak terjadi adalah manusia yang tidak baik menjadi baik. Amat jarang sekali orang yang baik berubah menjadi tidak baik. Segala puji dan kurniaan adalah milik ALLAH semata-mata.

Pendirian ahli sunnah wal jamaah tentang kepastian takdir ialah segala kejadian yang berlaku adalah ketetapan ALLAH dan takdirnya, sama ada dalam hal kebaikan atau keburukan atau dalam hal yang bermanfaat atau berbahaya.

Firman ALLAH yang bermaksud :

"Dan Dia (ALLAH) tidak diminta bertanggungjawab atas segala tindakanNYA tetapi mereka akan diminta bertanggungjawab."

[Surah al-Anbiya' 21:23]

Kita tidak dapat pastikan seseorang itu akan masuk syurga atau neraka dengan amalannya ketika di dunia ini.

Kita tidak boleh terlalu yakin atau berbangga dengan amalan yang kita lakukan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan (khatimah) hidup kita.

WALLAHUALAM~



KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN




1 comment: