dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI...
ari nie dan insyaALLAH hari2 mendatang aku nk share pasal HADIS 40 IMAM NAWAWI..spe ada buku nih kat umah angkat tangan!!!
"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-NYA, dia akan sampai kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkan."(Riwayat al-Bukhari no.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953
Muslim no. 1907
Abu Daud no. 2201
Al-Tarmizi no. 1646,
Al-Nasa'i no.1/59-60, VI/158,
Ibnu Majah no. 4227
Ahmad no.1/25, 43 )
Huraian
Satu
"Diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya."
Yang dimaksudkan dengan amal adalah segala jenis perbuatan yang dibenarkan syariat. Jadi jika kita melakukan sesuatu perbuatan tanpa niat, ia menjadi tidak bernilai menurut agama. Contohnya seperti solat, puasa, wuduk, mandi wajib dan ibadah2 khusus yang lain.
Jika berniat juga maka dapat pahala dan menghampirkan diri dengan ALLAH |
Hadis ini diturunkan kerana seorang lelaki yang mengikut Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. Kerana itu digelar Muhajir Ummu Qais.
Keempat
Perbuatan di luar lingkungan ibadah khusus iaitu perbuatan menjadi tabiat hidup manusia spt makan,minum, tidur dan sbgainya turut mendapat pahala jika diniatkan utk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah
Kelima
Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada 3 :
1) IBADAH HAMBA
--> Ibadah orang yang takut kepada ALLAH
2) IBADAH SAUDAGAR
--> Ibadah orang yang hendak mendapatkan pahala dan syurga
3) IBADAH MERDEKA
--> Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada ALLAH.
Keenam
Kita hendaklah ikhlas dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.
"Adat menjadi ibadat melalui niat"
Itulah antara kandungan yang terdapat dalam buku tersebut. Kita sambung lagi hadis kedua pada entry akan datang. INSYAALLAH.
Sebelum tue, mari kita dengar lagu dari muadz iaitu berkenaan hadis ini..
*aku akui aku ingt hadis nie sbb lagu nie..:)
KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
No comments:
Post a Comment