~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Saturday, May 25, 2013

personaliti diri~


Pagi2 bangun konon nk wat esaiment..buat mmg buat...tp aku cpt bosan...fb n twitter da deactive..so xtau nk wat pe utk ilangkan rase bosan tetibe terpk nk wat ujian personaliti diri...act dlu pernah wat tp da lpe..bab2 nie aku xde la percaya 100%, tp aku sekadar jadikan mende nie sabagai muhasabah diri..btol ke aku mcm tue, mcm nie..bila org ckp, baru kite sedar kan??hehe...spe2 nk cuba, jom cuba....=)

Berikut adalah cara tarikh lahir saya di kira :
TARIKH LAHIR : 6hb Julai 1991
Cara Perkiraan :
6 + 7 + 1991 = 2004
2 + 0 + 0 + 4 = 6
Nombor Tarikh Lahir anda ialah : 6
Keputusan Analisis :
1. Ketulenan
Hadir dengan idea baru.
Memperolehi sesuatu dengan cara yang tersendiri.
Golongan ini merupakan yang paling jujur dan boleh mempelajari dengan baik teknik diplomasi.
Mereka suka mengambil inisiatif dan suka menjadi yang terbaik dan kebiasannya adalah pemimpin atau boss.
Bekerja sendiri merupakan pilihan terbaik mereka.
2. Pendamai
Dilahirkan sebagai diplomat.
Mereka selalu memikirkan dan peka terhadap keperluan dan perasaan orang lain sebelum mengambil kira dirinya sendiri.
Secara semulajadi sangat analitikal dan suka mengikut gerak hati.
Mereka tidak suka bersendirian. Persahabatan adalah penting buat mereka dan berupaya mendorong mereka untuk berjaya di dalam hidup, tetapi mereka sanggup untuk bersendirian jika hubungan yang terjalin itu tidak serasi.
Golongan ini secara semulajadi adalah pemalu, mereka patut belajar untuk meningkatkan nilai kendiri (self esteem) dan meluahkan perasaan secara terbuka tanpa berselindung.
3. Ceria
Golongan ini merupakan golongan yang idealistik.
Mereka sangat kreatif, sosial, mesra, romantik dan mudah dibawa berunding.
Mereka suka memulakan sesuatu tetapi jarang dapat menghabiskannya.
Mereka suka orang lain gembira dan sanggup melakukan apa sahaja untuk mencapainya. Mereka sangat popular dan idealistik.
Golongan ini perlu belajar untuk melihat sesuatu dengan lebih realistik.
4. Konsevatif
Golongan ini sangat peka dan tradisional.
Mereka sukakan arahan dan sesuatu yang rutin.
Mereka hanya akan bertindak apabila faham sepenuhnya tentang apa yang sepatutnya mereka lakukan.
Mereka suka bekerja keras dan sanggup melakukan sesuatu kerja secara sendirian. Mereka mudah tertarik dengan aktiviti luar dan merasai pertalian dengan alam sekitar. Mereka berupaya untuk bersabar, tekun dan adakala dianggap degil.
Mereka harus belajar untuk lebih feksibel dan bersikap lebih baik terhadap diri sendiri.
5. Perintis
Mereka adalah perintis.
Secara semulajadi mereka mempunyai sikap ingin tahu dan suka mengambil risiko serta sangat bersemangat (enthusiasm).
Mereka perlukan kepelbagaian dan tidak suka disekat. Dunia ini adalah sekolah mereka, mereka memerhatikan setiap peluang untuk mempelajari sesuatu daripada setiap situasi yang ditempuhi. Persoalan yang bermain difikiran mereka tidak pernah terhenti.
Golongan ini dinasihatkan untuk melihat sesuatu dengan teliti dan mendapat semua fakta yang diperlukan sebelum membuat sesuatu kesimpulan.
6. Romantik
Golongan ini adalah idealistik dan memerlukan sesuatu sebab untuk berasa gembira. -
kalau nk tau, aku nie sume menda aku akan tnye apa sbb die..xkira la gembira ke sedey ke...even tetibe org tue wat something mesti aku akan tnye nape..kdg2 kawan2 aku akan ckp, xbole ke wat suke2??aku xbole..sbb bagi aku sume menda ada sbb..cuma nak atau xnak ckp jekk.
Hubungan kekeluarga yang kuat adalah penting buat mereka. - yang nie mesti la..kalo dulu aku lebey pentingkan kawan2 sbb dulu aku sek asrama...duk ngan kawan2 lagi lame berbanding family..tp mak aku slalu tegor...dan sejak msk U, aku byk belajar something dari org keliling..so skang aku lagi appriciate family...kawan pon sme..cume kalo ada pertmbungan aktiviti antara family dan kawan aku akan pentingkan family lagi...
Perasaan mereka mempengaruhi keputusan mereka. - haha..sekadar bole tersenyum...memang btol pon...aku kalo wat keputusan ske sgt ikut hati dan perasaan..kalo ngah smangt tue sume ok jekk...tp kalo ngah stress or down, sume nye rase xbole..org2 keliling yang banyk bantu aku untuk naekkan smgt blek da wat keptusan  yang bijak..tQ sume~
Mereka sangat suka untuk membantu dan menjaga seseorang. - yg nie no komen..sbb aku pon xpasti..hnya org2 sekeliling bole komen..
Mereka sangat setia - hahaha...i thinks sahabat n kawan2 rapat aku bole nilai kot betapa setianya aku... =P
boleh menjadi guru yang terbaik.- amiiiin..yang nie aku xtau sbb aku xjd cikgu lagi..mudah mudahan bila aku jadi cikgu nnt bole mnjadi cikgu yang terbaik..=)
Mereka suka seni musik  - kompang itu seni muzik kan??so aku mmg suke muzik...
Mereka menjadi teman yang setia kepada sesiapa yang menjalin persahabatan secara serius - setia dgn sabahat??hehe...jujur sbnrnya aku xbanyk sahabt..kawan mungkin ramai..tp sahabat xramai..tp once aku rapat, aku akan setia dan akan ingt slalu...xpernah aku lpekan diorg...
Golongan ini harus belajar apakah yang boleh diubah dan apakah yang tidak boleh diubahnya - aku sbnrnya tidak pasti maksud ayat nie..tp yang aku faham, aku nie sume mende aku nk ikot kemahuan aku lagi2 kalo aku btol2 inginkannya...kalo aku biasa2 jek, aku xbpe kisah..so, maybe aku ptt belajar kot xsume mende kne ikot kemahunan aku...hoho
7. Intelektual
Golongan ini adalah Pencari.
Selalu menyelesaikan sesuatu yang tersembunyi,dan mereka sukar untuk menerima sesuatu perkara dengan mudah.
Perasaan mereka tidak mempengaruhi keputusan mereka.
Mereka suka mempersoalkan apa yang ada disekeliling mereka tetapi mereka tidak suka dipersoalkan.
Mereka kerap dikenali sebagai ahli falsafah dan sangat berpengetahuan dan kadangkala bersendirian.
Mereka gemarkan perkara yang berteknikal dan berkebolehan untuk menjadi penyelidik yang baik dalam menyelesaikan sesuatu perkara.
Mereka sangat suka berahsia.
Golongan ini hidup dalam dunia mereka tersendiri dan mereka perlu belajar untuk menerima kenyataan dunia sebenar.
8. Penyelesaian
Golongan ini adalah penyelesaian masalah.
Mereka adalah profesional, berterus terang, penilai yang baik dan sangat tegas.
Mereka selalu mempunyai perancangan yang hebat dan suka hidup dalam suasana kehidupan yang terbaik.
Mereka sangat suka mengendalikan manusia. Mereka melihat manusia secara objektif. Mereka akan memberitahu seseorang dengan cara mereka tersendiri bahawa mereka adalah ketua.
Golongan ini perlu belajar untuk membuat keputusan berdasarkan keperluan sendiri daripada mengikut keperluan orang lain.
9. Pelakon
Golongan ini mempunyai kebolehan untuk menghiburkan orang lain.
Mereka sangat penyayang dan pemurah.
Dengan daya tarikan yang ada, mereka tidak mempunyai masalah untuk berkawan dengan sesiapa jua dan pada mereka tiada sesiapapun yang dianggap asing kepada mereka.
Mereka mempunyai personaliti yang pelbagai sehingga menyukarkan orang sekeliling mereka untuk memahami mereka.
Mereka umpama binatang sumpah-sumpah yang boleh berubah dan menyesuaikan diri mengikut persekitaran.
Mereka mempunyai nasib yang sangat baik tetapi juga boleh menderita akibat terlalu bergantung kepada nasib dan perasaan (mood). Untuk berjaya golongan ini perlu membina landasan kasih sayang.
p/s : korang sume xperlu percaya pon mende nie..anggap sebagai muhasabah utk mende2 yg negatif supaya dpt tukarkan kepada menda yg positif kalo kena dgn diri sndiri..=)

No comments:

Post a Comment