~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Tuesday, November 13, 2012

smgt rabi..smgt!!

Kata-Kata Semangat

Kadang-kala kita tidak bersemangat untuk membuat sebarang pekerjaan. Semua benda yang kita buat rasa serba tak kena. Seperti ada sesuatu yang hilang. Tapi tak pula kita tahu apa benda yang hilang itu.

Disaat itu, kita sangat-sangat memerlukan teman. Teman untuk kita mendapatkan semula semangat yang hilang. Kata-kata semangat dari seorang teman itu diharapkan, akan dapat membantu menaikkan semula semangat kita yang hilang.

Sudah menjadi lumrah, kadang-kadang, teman yang dicari itu tidak pula ditemui. Secara tiba-tiba teman baik kita itu sibuk sendiri. Kelibat mereka tak pula kelihatan. Puas mata mencari tetapi tak jumpa juga.

Atau mungkin juga, kita tak punya teman baik, teman baik itu belum lagi ditemui. Mereka masih lagi dikalangan orang ramai. Menanti saat, tika dan jodoh untuk bertemu dan dipertemukan. Hati terasa sepi kerana teman baik tak ditemui lagi.

Tetapi percayalah dalam hati. Kita masih punya Dia. Dialah tempat untuk kita mengadu. Dia ada di mana-mana. Dialah Allah, Tuhan sekalian alam.

 

Kata-Kata Semangat Buat Teman

Teman ku percayalah. Belum tiba lagi masanya untuk mu, merasa nikmat yang kau mahu nikmati itu.

Mungkin si dia yang sebelum ini, bukan tercipta untuk mu. Akan tetapi janganlah kau putus asa dengan rahmat Tuhan yang maha Esa.

Si dia yang kau tunggu itu pasti ada. Kerana setiap anak Adam itu sudah lumrahnya berpasangan. Tiba saat dan ketikanya, pasti kau juga akan merasa nikmat yang kau cari itu. Nikmatnya dicintai dan nikmatnya mencintai. Lagi indah apabila cinta itu disulami dengan redha Ilahi.

 

Kata-Kata Semangat Buat Diri

Kadang-kala aku terfikir, apakah betul  setiap tindakan yang aku ambil? Bolehkah begini? Bolehkah begitu?

Andai begitu apa ceritanya? Andai begini apa jadinya? Persoalan yang kadang-kala tak terjawap, sepi.

Mencari teman baik buat bicara. Mencari teman baik buat mengadu. Mencari teman baik buat bermanja.

Keinginan setiap insan normal, inginkan seorang teman baik sebagai teman. Selagi hayat dikandung badan.
Namun tak mudah juga. Matlamat itu tak menghalalkan cara. Niat dihati ingin berkenalan, tapi masih belum kesampaian. Takut hanyut dalam kelalaian. Tak sedar tersasar dari tujuan. Semakin jauh dari jalan kebenaran.

Kata orang “seeing is believing.” Tapi tak semudah yang diperkata. Kadang-kala yang dilihat itu diluar norma. Biasa bagi mereka, tapi luar biasa bagi-Nya.

 

Kata-Kata Semangat Buat Kita

Kata-kata semangat buat teman. Kata semangat sebagai ingatan. Buat diri ku juga seorang insan.
Memperbaiki diri memperbaiki teman, dengan cara saling ingat-mengingatkan.
Buat kamu wahai teman, buat ingatan, buat sempadan. Buat kau juga wahai diri ku, agar kau sematkan dalam ingatan. Kuatkan semangat teruskan perjuangan, untuk mencari redha Tuhan.

Kata-kata semangat buat teman,
kata-kata semangat buat diri,
kata-kata semangat buat kita.

oleh,
Fahmi Raazali
26 November 2011.

sumber

No comments:

Post a Comment