~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Sunday, June 5, 2011

solat sunat AWWABIN

kawan2 sume,pernah dgr x tentang  solat sunat AWWABIN??secara jujurnya saya pernah dgr dulu tp xprnah amik tahu apa apa solat ini..ari nie tetibe rse nk tahu apa solat sunat Awwabin nie..tue pon sbnrnya sbb mak n maklong ku tnye..xtau pon sbnrnya..cari2 jumpala pasal solat sunat Awwabin nie..


Solat Sunat Awwabin adalah satu jenis Solat Sunat. Awwabin sendiri berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat). Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat sunat awwabin dilakukan antara waktu Maghrib dan Isya'. Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari Solat Sunat Dhuha. Mengikut fahaman Mazhab Shafie yang didomina di Malaysia membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya'. Solat sunat ini dilakukan sama ada sebanyak 2 rakaat, ataupun 4 rakaat atatpun enam rakaat, ataupun sebanyak 20 rakaat dengan diberikan satu salam setiap dua rakaat.

NIAT SOLAT SUNAT AWWABIN

أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Di antara doa yang baik dibaca selepas solat tersebut :



"Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." 

 
Menurut jumhur ulama yang dimaksud dengan solat al-awwabin adalah solat dhuha. Dalam hal ini Nabi saw. bersabda, “Tidak menjaga solat dhuha kecuali awwab (orang yang taat dan dekat kepada Allah). Ia adalah solatnya orang-orang awwabin.” (HR al-Hakim. Menurut adz-Dzahabi, hadis tersebut shahih).

Namun demikian, ia juga disebutkan untuk solat sunat sesudah maghrib. Menurut para ulama, dianjurkan mengerjakan solat sunat enam rakaat sesudah maghrib agar termasuk awwabin. Keutamaan solat tersebut berdasarkan sabda Rasul saw. Yang berbunyi, “Siapa yang solat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis gharib)
 
Menurut al-Mawardi, Nabi melaksanakan solat tersebut seraya berkata, “Ini adalah shalat awwabin.”
 
Karana itu tidak aneh dan pelik kalau solat awwabin disebutkan untuk solat dhuha dan juga untuk solat antara maghrib dan isya'.

Wallahualam 

1 comment:

  1. bleh tanya x klau kite dah solat maghrib pastu kite cakap bleh ke pastu kite solat sunat awwabin. atau kite x leh ckp semase kite sedang solat awwabin maksud sye lepas solat sunat awwabin cth nye sye dah lakukan 2 rakaat pastu saya x bercakap tapi mase sebelum solat sunat awwabin sye bercakap...? pls answer me

    ReplyDelete