ok,sekarang nie kite smbg plak pencemaran yg seterusnya..pada spe2 yg xbace entri sblm nie leh klik
Pencemaran 5
--> membaca horoscope
Salah satu tindakan yang tidak disedari oleh orang ramai ialah membaca dan mempercayai horoscope. Apa itu horoscope??
Horoscope ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukan. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Contahnya 22 Mei hingga 21 Jun merupakan bintang Gemini, 22 Jun hingga 22 Julai merupakan bintang Cancer dan begitulah seterusnya. Asal usul horoscope ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan dan keburukan.
|
horoscope |
Islam melarang penggunaan planet dan matahari sebagai sumber ramalan kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seseorang muslim menyandarkan kepada objek tersebut seolah-oleh dia mempercayai objek tersebut mampu mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau tiada apa-apa makhluk yang tahu tentang ilmu ghaib kecuali ALLAH.
Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu’anh menerangkan :
Kami bersolat subuh bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda: “Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah menjawab (Allah berfirman): “Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang.”
(Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 846)
Oleh sebab itu, sikap seorang muslim terhadap horoscope seperti membaca dan mempercayainya dilarang. Jika kita tidak mempercayainya pada mulanya, tetapi kepercayaan itu akan berubah apabila perkara yang dikhabarkan dalam horoscope adalah benar. Ini akhirnya akan mengakibatkan pembaca membenarkan apa yang dikhabarkan oleh horoscope terbabit.
Selain itu, sikap kita terhadap ilmu ghaib tidak terhad kepada Horoscope semata-mata tetapi juga kepada benda yang didakwa mempu memberi khabar tentang ilmu ghaib. Antaranya ialah
1. Menggunakan burung untuk memilih kad yang disebaliknya tercatit ramalan tertentu.
2. Membaca alur-alur di tangan (palm reading)
3. Bertanya kepada bola kristal
dan sebagainya.
Namum demikian,hukumnya jika seseorang muslim menggunakan objek-objek tersebut sebagai ramalan yang bersandarkan kepada ilmu,ini dibolehkan. Oleh itu, menggunakan bintang bagi menentukan arah pelayaran, menggunakan matahari dan bulan untuk kiraan masa, mengusahakan tanaman yang berlainan pada musim yang berlainan dan meramalkan hujan berdasarkan arah tiupan angin. Hal ini demikian kerana, pola susunan bintang, pergerakan matahari, peralihan musim dan arah tiupan angin tidak lain adalah sesuatu yang diciptakan oleh ALLAH untuk dimanfaatkan oleh manusia. ALLAH berfirman dalam surah an-Nahl [16:12]
“Dan Dia (ALLAH) memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan ALLAH) bagi kaum yang memahaminya.”
Pencemaran 6
--> mempercayai sesuatu yang dpt membawa nasib yg baik atau buruk
Pada zaman Rasulullah s.a.w wujud kepercayaan bahawa sesuatu benda atau peristiwa dapat mengakibatkan nasib yang baik atau buruk. Salah satu daripadanya ialah yang digelar sebagai al-Tathayyur. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan
‘Asal permulaan al-Tathayyur adalah orang-orang pada masa Jahiliyah menggunakan burung sebagai sumber pedoman. Apabila salah seorang daripada mereka keluar (daripada rumah) untuk sesuatu urusan dan melihat burung terbang ke arah kanan,maka dia berasa optimistik dan meneruskan urusannya. Akan tetapi jika dia melihat burung terbang ke arah kiri, dia berasa pesimistik dan berpatah balik’
|
angry bird..kegilaan remaja mase kini..hehe (xde kne mengena ngan tajuk yang kita bincangkan ok..^.^) |
Kepercayaan ini ditolak dalam Islam. Rasulullah bersabda,
“Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik,mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali)”
Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no:3910
Kepercayaan nasib baik atau buruk masih lagi dipercayai pada masa kini dengan cara yang berbeza. Contohnya dalam masyarakat Melayu, apabila sudah memulakan perjalanan tidak boleh berpatah balik ke tempat bermula dan kemudian menyambung semula perjalanan. Berpatah balik bererti menjemput nasib yang buruk dalam perjalanan yang bakal disambung.
Selain itu, terdapat juga kepercayaan bahawa jika salah seorang ahli rumah terlepas dari tangannya air yang sedang di minum sehingga pecah gelas tersebut, bererti satu nasib buruk telah berlaku.
Itulah dua contoh kepercayaan dalam masyarakat Melayu. Kepercayaan ini juga berlaku dalam kalangan masyarakat bangsa lain dengan cara yang berbeza.
Selain itu, mempercayai sesuatu barangan mempunyai nasib baik (good luck) atau sesuatu yang buruk (bad luck) juga salah satu daripadanya. Sebagai contoh, seorang muslim mempercayai jam tangannya sesuatu yang dapat menjamin nasib baik bagi dirinya. Jika memakainya dia berasa tenang dan optimistik. Jika dia tidak memakainya, dia akan resah gelisah dan percaya sesuatu yang buruk akan berlaku.
Kepercayaan ini wujud dalam bentuk yang berbeza tetapi asasnya tetap sama iaitu mempercayai nasib yang baik atau buruk terletak kepada sesuatu benda atau peristiwa. Semua ini boleh mencemari tauhid. Hal ini demikian kerana, segala yang baik dan buruk telah ditentukan oleh ALLAH. Firman ALLAH dalam surah al-An’aam [6:59] yang bermaksud,
“Dan Dia (ALLAH) mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia yang mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata”
Nasib yang baik akan diperoleh jika dia berusaha untuk mendapatkannya begitu juga sebaliknaya. Firman ALLAH dalam surah al-Rad [13:11]
“Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”
Surah as-Syura [42:30] menerangkan,
“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan; dan (dalam pada itu) ALLAH memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”
*bersambung di masa akan datang..........
sebuah cacatan...
org yg meyakini atau melakukan sesuatu yg mencemari kemurnian tauhid tidaklah dihukum sbg musyrik serta merta.Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah menghukum pd perbuatan,tidak pada pembuatnya.Ini kerana org yg membuatnya mungkin :
- tidak tahu bahawa ia adalah satu kesalahan
- terkeliru antara betul dan salah
- terpaksa melakukannya
No comments:
Post a Comment