~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Wednesday, July 11, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 6


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

HADIS 6
YANG HALAL DAN YANG HARAM

Daripada Abu Abdillah al-Nukman bin Basyir r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya yang halal itu jelas dan yang haram itu juga jelas, dan di antara kedua-duanya ada perkara yang samar-samar (syubhah). Kebanyakan manusia tidak mengetahuinya. Maka sesiapa menjaga dirinya daripada yang syubhah itu bererti dia telah membersihkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang melakukan perkara syubhah itu, dia telah jatuh kepada perkara yang haram seperti pengembala yang berada di sekeliling batas tanah gembalaan milik orang (tanah larangan), lambat laun dia akan masuk ke dalamnya. Ingatlah, bahawa setiap raja ada larangannya dan ingatlah bahawa larangan ALLAH adalah apa-apa yang diharamkanNYA. Ingatlah bahawa dalam jasad itu ada segumpal daging. Jika ia baik, baiklah jasad seluruhnya. Jika ia rosak, rosaklah jasad seluruhnya. Ketahuilah bahawa segumpal daging itu adalah hati."

[Riwayat al-Bukhari no.52, Muslim no.1599 dan Abu Daud, no.3329,3330]

HURAIAN

Hadis ini merupakan salah satu pokok syariat Islam. Abu Daud al-Sijistani berkata :

"Islam bersumberkan pada empat hadis."

Disebutkan antaranya adalah hadis ini. Para ulama telah sepakat atas keagungan dan banyaknya manfaat hadis ini.

Syubhah

Syubhah bererti kesamaran. Hukum perkara syubhah tidak dapat dipastikan sama ada halal atau haram.

"Orang warak meninggalkan yang syubhah untuk memelihara kesucian jiwa dan menghilangkan keraguan perasaan."

Sebahagian ulama berpendapat syubhah itu ada tiga jenis.

Pertama

Sesuatu yang diketahui oleh manusia haramnya tetapi orang itu ragu-ragu adakah masih tetap haram atau tidak.

Kedua

Sesuatu yang halal tetapi masih diragui kepastian halalnya.

Ketiga

Seseorang ragu-ragu tentang sesuatu yang tidak tahu adakah hal itu halal atau haram dan kedua-duanya kemungkinan ini sama-sama boleh terjadi malah tidak ada petunjuk yang menguatkan salah satunya.

Hal semacam ini lebih baik dijauhi sebagaimana sabda Nabi SAW pernah melakukannya pada kes sebutir buah kurma telah jatuh dan ditemui di rumah Baginda. Lalu Baginda bersabda yang bermaksud :

"Kalau saya tidak takut kurma ini barang zakat, tentu saya telah memakannya"

Walaubagaimana pun,sikap mengambil berhati-hati yang berlebihan tidak perlu diikuti kerana berlebih-lebihan adalah tanda adanya waswas. Sedangkan waswas itu adalah bisikan syaitan.

Kawasan Larangan

Jika raja dan tuan tanah melabelkan kawasan larangan yang tidak boleh dimasuki orang lain, ALLAH juga ada kawasan larangan yang tidak boleh dilalui manusia iaitu segala perbuatan maksiat dan tegahan sama ada berhubung dengan diri mahupun yang berhubung dengan kehormatan.

Hati

Hati adalah seketul daging dalam tubuh manusia yang menjadi pembentuk hidup seseorang, menggerak dan memberhentikan, memperelokkan atau mencederakan dan mengawal tingkah laku manusia.

Hati yang baik ialah hati yang sentiasa ingat kebesaran ALLAH, mematuhi perintahNYA dan menjauhi laranganNYA, menghindari perkara syubhah takut jatuh kepada haram.

Hati yang rosak ialah hati yang telah dipengaruhi serta dikuasai sepenuhnya oleh hawa nafsu dan syahwat yang jahat hingga tidak diendahkan lagi halal haramnya

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukan mata itu yang buta, tetapi yang buta adalah hati yang ada di dalam dada."

[Surah al-Haj 22:46]

WALLAHUALAM~

KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN


HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 5


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

HADIS 5
AMALAN YANG TERTOLAK

Ummul Mukminin, Ummu Abdillah, Aisyah r.ha berkata, bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa mengada-ngadakan yang baru (bidaah) dalam urusan (agama) kami ini, amalan yang bukan bahagian daripadanya, dia tertolak,"

[Riwayat al-Bukhari no.2550, Muslim no.4589 dan Abu Daud no 4608]

Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan :

"Sesiapa mengerjakan suatu amal yang bukan berdasarkan perintah kami, dia tertolak."

HURAIAN

Hadis ini merupakan salah satu pedoman penting dalam agama Islam dan kalimah pendek yang penuh pengertian yang dikurniakan kepada Nabi SAW.

Hadis ini dengan tegas menolak setiap perkara bidaah dan setiap perkara (dalam urusan agama) yang direka dan diada-adakan. Sebahagian usul fiqah menjadikan hadis ini setiap dasar kaedah bahawa setiap yang terlarang dinyatakan sebagai hal yang merosakkan.

MAKNA BIDAAH


Bidaah ialah perbuatan-perbuatan yang dinilai ibadah tetapi tidak bersumber daripada ajaran Islam dan tidak memiliki landasan yang jelas. Setiap perbuatan ibadah yang tidak bersandar pada dalil syar'i ditolak daripada pelakunya.

Islam adalah agama yang berdasarkan ittibak (mengikut berdasarkan dalil) dan bukan ibtidak (mengada-ngadakan sesuatu tanpa dalil) dan Rasulullah SAW telah berusaha menjaganya daripada sikap berlebih-lebihan dan mengada-ngadakan.

"Agama Islam ialah agama yang sempurna dan tidak ada kurangnya"

Hadis ini patut dihafal, disebarluaskan dan digunakan sebagai bantahan terhadap kaum yang ingkar, kerana isinya mencakup semua hal. Adapun hal-hal yang tidak merupakan pokok agama sehingga tidak dilarang dalam sunnah, maka tidak tercakup dalam larangan ini seperti menulis al-Quran dalam mushaf walaupun Rasulullah SAW tidak pernah menulis al-Quran.

Begitu juga membukukan pendapat ahli fiqah yang bertaraf mujtahid yang menerangkan alasan-alasan masaalah furuk daripada pokoknya, iaitu sabda Rasulullah SAW.

Demikian juga mengarang kitab-kitab nahu, ilmu perkiraan faraid dan sebagainya yang semuanya bersandar kepada sabda Rasulullah SAW dan perintahnya. Kesemua usaha ini tidaklah termasuk dalam ancaman hadis tersebut. Malah sebahagian ulama mengistilahkan ianya sebagai bidaah hasanah (pembaharuan yang baik)

Pekerjaaan yang berhubungan dengan kehidupan dunia seperti perniagaan, pertanian, ekonomi, perusahaan, teknologi dan sebagainya tidaklah termasuk dalam pengertian hadis ini.

Oleh itu, tidaklah dilarang mengadakan apa-apa cara atau peraturan baru yang lebih sesuai dengan zaman kontemporari yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah SAWselagi tidak ada keterangan daripada al-Quran dan hadis yang melarangnya.

WALLAHUALAM~

KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN


Tuesday, July 10, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 4


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

HADIS 4
TAHAP PENCIPTAAN MANUSIA KETENTUAN KESUDAHANNYA

Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud r.a. berkata bahawa Rasulullah SAW yang jujur, benar lagi membenarkan telah bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu selama 40 hari dalam bentuk nuthfah (sperma), kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah) selama itu juga, kemudian menjadi mudghah (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya. Lalu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara; rezekinya, ajalnya, amal perbuatannya dan sensara atau bahagianya. Maka demi ALLAH yang tiada Tuhan selainNYA, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Syurga, sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan Syurga kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah atasnya takdir ALLAH, lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk ke dalamnya. Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan neraka, sehingga tiada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta sahaja. Maka dahululah ketentuan ALLAH, lalu dia melakukan perbuatan ahli Syurga, dia pun masuk ke dalam Syurga."

[Riwayat al-Bukhari no.3208 dan Muslim no. 2543(1)]

HURAIAN

Satu
"Sesungguhnya dikumpulkan penciptaan setiap kamu di dalam rahim ibu"

Sebahagian ulama berkata kalimah ini bermaksud pertemuan air mani (sperma) yang terpancar ke dalam rahim, lalu ALLAH pertemukan telur dalam rahim tersebut selama 40 hari.



Diriwayatkan daripada Ibn Mas'ud bahawa dia mentafsirkan kalimah di atas dengan menyatakan :

"Nuthfah yang terpancar ke dalam rahim bila ALLAH mengkehendaki untuk menjadi seorang manusia, maka nuthfah tersebut mengalir pada seluruh pembuluh darah perempuan hingga sampai kepada kuku dan rambut kepalanya.

Kemudian tinggal selama 40 hari, lalu berubah menjadi darah yang terletak di dalam rahim. Itulah yang dimaksudkan dengan "....dikumpulkan penciptaan setiap kamu." Setelah 40 hari, nuthfah kemudian menjadi 'alaqah (segumpal darah)."



Dua
"..kemudian diutuskan malaikat untuk meniupkan roh kepadanya."

Bermaksud malaikat yang mengurus rahim



Tiga
"Ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Syurga..."

Secara jelas menunjukkan bahawa orang tersebut melakukan amalan yang benar dan amal itu mendekatkan pelakunya ke syurga sehingga dia hampir dapat masuk ke syurga dengan jarak yang terlalu hampir iaitu sehasta.

Malangnya dia terhalang untuk memasuki syurga kerana takdir yang telah ditetapkan bagi dirinya di akhir hayatnya dengan melakukan perbuatan ahli neraka.

Perhitungan semua amal baik bergantung pada apa yang telah kita lakukan.

Akan tetapi, apabila ternyata pada akhirnya tertutup dengan amal buruk, maka seperti yang dikatakan pada sebuah hadis yang bermaksud :

"Segala amal perbuatan itu perhitungannya bergantung pada amal terakhirnya"

Maksudnya, situasi seperti ini terbatas untuk orang tertentu dan dalam keadaan tertentu sahaja.

Ada pun dalam hadis yang disebut Imam Muslim dalam Kitabul Iman daripada kitab sahihnya bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Seseorang melakukan amalan ahli syurga pada pandangan manusia, tetapi sebenarnya dia ialah ahli neraka"

Ini menunjukkan bahawa perbuatan yang dilakukannya itu pada dasarnya tidak benar. Dia melakukannya semata-mata untuk mendapat pujian atau menjadi terkenal.Hadis tersebut menunjukkan bahawa yang perlu diperhatikan adalah niat pelakunya bukan zahir perbuatannya. Orang yang selamat daripada riak adalah semata-mata kerana kurniaan dan rahmat ALLAH.

Empat
"Maka demi ALLAH yang tiada Tuhan selainNYA, ada seseorang antara kamu mengerjakan amalan ahli Syurga..... lalu dia melakukan perbuatan ahli neraka hingga ia masuk ke dalamnya."

Kalimah ini adalah suatu kejadian yang jarang-jarang berlaku dan bukan merupakan hal yang umum.

Perkara ini disebabkan kemurahan, keluasan dan rahmat ALLAH kepada manusia hingga apa yang lebih banyak terjadi adalah manusia yang tidak baik menjadi baik. Amat jarang sekali orang yang baik berubah menjadi tidak baik. Segala puji dan kurniaan adalah milik ALLAH semata-mata.

Pendirian ahli sunnah wal jamaah tentang kepastian takdir ialah segala kejadian yang berlaku adalah ketetapan ALLAH dan takdirnya, sama ada dalam hal kebaikan atau keburukan atau dalam hal yang bermanfaat atau berbahaya.

Firman ALLAH yang bermaksud :

"Dan Dia (ALLAH) tidak diminta bertanggungjawab atas segala tindakanNYA tetapi mereka akan diminta bertanggungjawab."

[Surah al-Anbiya' 21:23]

Kita tidak dapat pastikan seseorang itu akan masuk syurga atau neraka dengan amalannya ketika di dunia ini.

Kita tidak boleh terlalu yakin atau berbangga dengan amalan yang kita lakukan kerana kita tidak tahu apakah kesudahan (khatimah) hidup kita.

WALLAHUALAM~



KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN




HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 3

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG


HADIS 3
RUKUS ISLAM YANG LIMA

Daripada Abi Abdul Rahman Abdillah bin Umar bin al-Khattab r.a. berkata bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Islam didirikan atas lima perkara iaitu : Bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH dan Muhammad ada utusan ALLAH, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji ke Baitullah dan berpuasa pada bulan Ramadhan."

[Riwayat al-Bukhari Kitab al-Imam no.8 dan muslim Kitab al-Imam no.16]


HURAIAN

Islam ibarat bangunan

Rasulullah SAW menyamakan Islam dengan bangunan yang kukuh dan tegak di atas tiang-tiang yang mantap

1. Kalimah syahadah
--> tentang keesaan ALLAH dan kekuasaanNya serta membenarkan kenabian Muhammad SAW merupakan perkara paling asas berbanding rukun-rukun lain



2. Dirikan solat
--> mendirikan solat dengan sempurna dan syarat dan rukun, adab dan sunnhnya agar dapat merasai kemanisan buahnya dalam diri seorang Muslim
--> solat dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar



3. Keluarkan Zakat
--> wajib mengeluarkan zakat daripada harta orang kaya yang telah cukup nisab (kuantiti) dan haul(tempoh)nya lalu memberikan kepada asnaf



8 golongan asnaf

  • orang fakir
  • miskin
  • mualaf
  • berjihad di jalan ALLAH
  • berhutang
  • amil
  • musafir
  • belajar


4. Tunaikan haji
--> wajib menunaikan haji di Mekah apabila mampu



5. Puasa
--> wajib puasa pada bulan Ramadhan.


Sesiapa yang mengingkari salah satu daripada rukun Islam tersebut maka dia bukan seorang Muslim berdasarkan ijmak ulama.

Iman dan Amal

Di samping rukun Islam yang lima ini, banyak lagi perkara penting dalam Islam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud :

"Iman itu terdapat tujuh puluh lebih cabang."

Islam adalah akidah dan amal perbuatan. Tidak bermanfaat amal tanpa iman. Demikian juga tidak bermanfaat iman tanpa amal.

Wallahualam


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN


Monday, July 9, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 2


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

bersyukur kita kerana masih lagi dipinjam ke dunia..masih mampu lagi bernyawa..masih mampu lagi menghirup udara yang telah ALLAH beri secara percuma kepada hamba2nya...sudahkan anda mngucapkan syukur kepadaNYA?? ayuh kita memuji ALLAH bersama2..

SUBHANALLAH
WAL HAMDULILLAH
WA LA ILAHA ILLAH
WALLAHU AKBAR



hari nie, sprti yang dijanjikan saya akan menyambung dengan hadis yang kedua di dalam hadis 40 imam nawawi.harap dapat manfaat bersama... :)

HADIS 2
IMAN, ISLAM, IHSAN

Daripada Umar r.a. berkata, maksudnya


"Pada suatu hari ketika kami sedang berada di dalam sebuah majlis bersama Rasulullah SAW, tiba2 tampillah di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda2 bekas perjalanan, dan tidak seorang pun antara kami yang mengenalinya. Lalu duduklah dia di hadapan Nabi SAW, kemudian menyandarkan lututnya pada lutut Nabi SAW dan meletakkan tangannya di atas paha Nabi. 
Selanjutnya dia berkata : 
'Hai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam!' 
Rasulullah SAW menjawab :
'Islam itu, engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad itu utusan ALLAH, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya.'
Orang itu berkata, :
'Engkau benar.'
Kami pun berasa hairan, kerana dia bertanya lalu membenarkan. 
Orang itu berkata lagi : 
'Beritahukan kepada ku tentang iman!'
Nabi SAW menjawab :
'Engkau beriman kepada ALLAH, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitabNYA, kepada utusan-utusanNYA, kepada hari kiamat, dan kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.'
Berkatalah orang tadi :
'Engkau benar.'
Orang itu berkata lagi :
'Beritahukan kepadaku tentang ihsan,'
Nabi SAW berkata :
'Engkau beribadah kepada ALLAH, seakan-akan engkau melihatNYA, Jika engkau tidak melihatNYA, sesungguhnya DIA pasti melihatmu.'
Orang itu berkata lagi :
'Beritahukan kepadaku tentang kiamat?'
Nabi SAW menjawab :
'Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya.'
Selanjutnya orang itu berkata lagi :
'Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya.'
Nabi SAW menjawab :
'Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan.'
Kemudian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih diam tercengang (beberapa lama). Kemudian Nabi SAW berkata kepadaku :
'Wahai Umar, tahukah engkau siapakah yang bertanya itu?'
Saya menjawab :
'Allah dan RasulNYA lebih mengetahui.'
Nabi SAW berkata :
'Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu.

[Riwayat Muslim no.8,
               Abu Daud no.4695,
               Al-Tarmizi no.2738 dan
               Al-Nasa'i no.8/97 dengan sedikit perbezaan]



HURAIAN

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa 'ISLAM' dan 'IMAN' adalah dua hal yang berbeza secara bahasa mahupun syariat

Satu
'Engkau beriman kepada ALLAH, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitabNYA, kepada utusan-utusanNYA, kepada hari kiamat, dan kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.'

a) Beriman kepada ALLAH
-->mengaku bahawa ALLAH itu ada dan mempunyai sifat-sifat agung serta sempurna

b) Beriman kepada Malikat
-->mengaku bahawa para malaikat itu adalah hamba-hamba ALLAH yang mulia

c) Beriman kepada kitab-kitabNYA
--> wajib mengakui ALLAH menurunkan 4 kitabNYA iaitu
i) Zabur - Nabi Daud as
ii) Taurat - Nabi Musa as
  iii) Injil - Nabi Isa as
iv) Al-Quran - Nabi Muhammad SAW

d) Beriman kepada utusanNYA
--> mengaku bahawa para Rasul itu jujur dalam menyampaikan segala ajaran yang diterima dari ALLAH dan mereka diberikan mukjizat untuk mengukuhkan kebenaran.

e) Beriman kepada Hari Kiamat
--> mengaku adanya hari kiamat, termasuk dalamnya hidup kembali setelah mati, berkumpul di padang Mahsyar, perhitungan dan pertimbangan amal, menempuh jambatan antara syurga dan neraka

f) Beriman kepada takdir yang baik mahupun buruk
--> ALLAH telah berfirman yang bermaksud, "ALLAH menciptakan kamu dan semua perbuatan kamu (Surah al-Saffat 37 : 96)

FirmanNYA lagi yang bermaksud, "Sungguh segala sesuatu telah Kami ciptakan dengan ukuran tertentu (Surah al-Qamar 54 : 49)

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Ibn Abbas yang bermaksud :
"Ketahuilah, sekiranya semua umat Islam berkumpul untuk memberikan sesuatu keuntungan kepadamu, tidak akan kamu perolehi selain daripada apa yang telah ALLAH tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka berkumpul pula untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, nescaya tidak memudaratkan kamu kecuali apa yang telah ALLAH tetapkan untuk dirimu. Semua pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering dakwatnya."

Mazhab salaf dan para imam khalaf mengatakan, sesiapa yang membenarkan semua urusan bersungguh-sungguh lagi penuh keyakinan dan tidak sidikit pun terlintas keraguan, maka dia adalah mukmin sejati.


Dua
"Pengembala kambing"

Disebut secara khusus kerana mereka merupakan golongan Badwi yang paling lemah.
Maksudnya, keadaan mereka itu miskin. Secara umumnya mereka tidak mampu mendirikan bangunan.
Berbeza dengan para pemilik unta yang umumnya adalah orang berharta.



Tiga
"Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu"

Menurut Syeikh Muhyidin al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, ayat ini bermaksud, Jibril datang untuk mengajarkan asas-asas agama secara umum.
Hal ini kerana isi hadis yang terpenting ialah penjelasan tentang Islam, Iman dan Ihsan serta kewajipan beriman kepada ketetapan takdir ALLAH.

Diriwayatkan daripada Abu Husain, yang dikenali sebagai Ibn Bathal al-Maliki, dia berkata :
"Pendapat golongan ahli sunnah baik yang salaf mahupun yang khalaf menyatakan bahawa iman itu berupa perkataan dan perbuatan yang terkadang bertambah, terkadang berkurang seperti firman ALLAH yang bermaksud :

Untuk menambah keimanan mereka pada keimanan yang sudah ada sebelumnya (Surah al-Fath 48:4)"

KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
p/s : huraian yang terdapat dalam buku xsume yang aku tulis. maaf dipinta~

Sunday, July 8, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 1

Bismillahirrahmanirrahim..
dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI...


ari nie dan insyaALLAH hari2 mendatang aku nk share pasal HADIS 40 IMAM NAWAWI..spe ada buku nih kat umah angkat tangan!!!


buku nih adalah mengenai hadis 40 daripada imam nawawi..buku ni ditulis oleh Ustaz Zahazan Mohamed dan Ustaz Muhammad Zakaria...mungkin ramai da tau mengenai hadis 40 ini...bagi spe yang dah tau, anggap ia sebagai peringatan semula utk kita..spe2 yang xtau anggap ia sebagai pelajaran baru bagi anda semua..saya bukannya alim ulama' mahupun ustazah tp cume share apa yang saya dpt..diharapkan agar kita dapat sme2 dapat manfaat darinya~

HADIS 1
PAHALA AMAL BERGANTUNG KEPADA NIAT

Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsah, Umar bin al-Khatab r.a. berkata, bahawa beliau mendengar Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesungguhnya diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya dan sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkan. Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-NYA, dia akan sampai kepada ALLAH dan Rasul-NYA. Sesiapa yang berhijrah menuju dunia yang akan diperolehnya atau menuju wanita yang hendak dinikahinya, dia akan mendapatkan apa yang diniatkan." 
(Riwayat al-Bukhari no.1, 54, 2529, 3898, 5070, 6689, 6953 
 Muslim no. 1907
 Abu Daud no. 2201
 Al-Tarmizi no. 1646, 
 Al-Nasa'i no.1/59-60, VI/158,
 Ibnu Majah no. 4227 
 Ahmad no.1/25, 43 )


Huraian

Satu

"Diterima amal perbuatan itu bergantung kepada niatnya."
Yang dimaksudkan dengan amal adalah segala jenis perbuatan yang dibenarkan syariat. Jadi jika kita melakukan sesuatu perbuatan tanpa niat, ia menjadi tidak bernilai menurut agama. Contohnya seperti solat, puasa, wuduk, mandi wajib dan ibadah2 khusus yang lain.

TETAPI ada sebahagian ulama berpendapat WUDUK dan MANDI tetap sah sekalipun tanpa niat.(ulama' berbeza pndapat tntang maksud kalimah)

Jika berniat juga maka dapat pahala dan menghampirkan diri dengan ALLAH 

Namun begitu, terdapat ulama memahami niat sebagai syarat - amal itu sah apabila disetai niat
tetapi sebahagian yang lain memahami niat sebagai penyempurnaan

Dua
"Sesungguhnya bagi setiap orang akan mendapat apa yang diniatkannya"

Menurut Khatabi menunjukkan pengertian berbeza daripada sblmnya iaitu mnegaskan bahawa sah atau tidak  amal bergantung pada niatnya.

Juga Syeikh Muhyidin al-Nawawi menerangkan bahawa niat itu menjadi syarat sah sesuatu amal

Ketiga
"Sesiapa yang berhijrah kerana ALLAH dan Rasul-NYA, dia akan sampai kepada ALLAH dan Rasul-NYA."

Ahli bahasa Arab menetapkan bahawa kaimah "syarat dan jawabnya". Begitu juga "mubtada' (subjek) dan khabar (predikat)" haruslah berbeza. Sedangkan dalam kalimah di atas ternyata kedua2nya sama. 
Sebab itu kalimah syaratnya bermakna niat atau maksud, baik secara bahasa mahupun syariat.
Maksudnya, sesiapa berhijrah dengan niat kerana ALLAH dan RasulNYA maka akan mendapat pahala daripada hijrahnya kepada ALLAH dan RasulNYA. itu

Hadis ini diturunkan kerana seorang lelaki yang mengikut Rasulullah berhijrah dari Mekah ke Madinah kerana ingin mengahwini seorang perempuan bernama Ummu Qais. Dia berhijrah tidak untuk mendapatkan pahala hijrah. Kerana itu digelar Muhajir Ummu Qais.

Keempat

Perbuatan di luar lingkungan ibadah khusus iaitu perbuatan menjadi tabiat hidup manusia spt makan,minum, tidur dan sbgainya turut mendapat pahala jika diniatkan utk memelihara keselamatan dan kesihatan tubuh badan supaya dapat beribadah

Kelima

Imam Nawawi membahagikan amal ibadah kepada 3 :
1) IBADAH HAMBA
--> Ibadah orang yang takut kepada ALLAH

2) IBADAH SAUDAGAR
--> Ibadah orang yang hendak mendapatkan pahala dan syurga

3) IBADAH MERDEKA
--> Ibadah yang sebenar kerana menunaikan tanggungjawab, rasa syukur dan berasa malu kepada ALLAH.

Keenam


Kita hendaklah ikhlas dalam amal ibadah dan setiap pekerjaan agar mendapat kemudahan dan kebahagiaan di dunia dan akhirat.

"Adat menjadi ibadat melalui niat"

Itulah antara kandungan yang terdapat dalam buku tersebut. Kita sambung lagi hadis kedua pada entry akan datang. INSYAALLAH.

Sebelum tue, mari kita dengar lagu dari muadz iaitu berkenaan hadis ini..


*aku akui aku ingt hadis nie sbb lagu nie..:)


KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN

Saturday, July 7, 2012

special day~

alhamdulillah hari ini aku masih bernafas...ALLAH telah memberikan nikmat hidup kepada ku selama 21 tahun...syukur padaMU YA ALLAH..semoga selama 21 tahun aku hidup di muka bumi ini dirahmati ALLAH hendaknya...amiin~

hari nie genap usiaku 21 tahun..mcm xpercaya usia aku da 21 sbb aku rse aku masih belum matang lagi...masih di tahap kanak2 ribena lagi...bg aku angka 2 kat depan tuh betul2 menggerunkan aku...siyes ke aku da umur 21 thn...*tampar muka utk pastikan aku xbermimpi*...adoiiiii...sakit!!!mmg betul usia aku da 21 thn...cepatnye masa berlalu....rse mcm bru semalam jek aku bersekolah rendah...tup tup skang da ada kat U....hurm...life must go on...chaiyok2 rabi....

perancangan aku di hari lahir aku taun nih aku nk belajar wat my fav dish iaitu LAKSA...aku mmg hantu laksa...sume org dalam rumah nih tau...kalo ayah nk g pasar mlm xyah tnye aku nk ape konfem jwpn aku adalah LAKSA...hehe...cuti sem nih mmg da bertekad nk belajar masak..act sebelum nih xde la xpernah msuk dapur...selalu jek...kne tolong mak masak...selalunye mmg jadi pembantu chef la..xnah pon kne masak sensorang...kalo mak xde, ayah yang masak xpon ayah beli lauk kat luar jek...pernah sekali tuh mak xde, n ayah plak nk beli lauk kat luar...then mak ckp kat ayah,"rabi tuh da besar...pandai2 la die masak sendiri..suka sgt nk manjakan die"...ayah senyap jek..aku pon sme..at last ayah beli jgk lauk...aku xmintak pon tp ayah yang nk so nk ckp apa kan...hehe...

aku nih jenis yang suka memerhati..so,aku banyak belajar sesuatu perkara dgn memerhati...byk jgk lauk2 yang mak masak aku jd tukang pemerhati..kadang2 ada gak mak suh aku wat tp mak akn topup apa yang kurang...so nk mmg lauk yang aku masak tue bukan completely dari aku la...xsah..haha...blek jek dari kl ari tuh kbtulan mak ade kursus menjahit selama seminggu...selama seminggu gak la aku kne jd tukang masak...for the 1st time kne masak utk family sensorang...slalu aku msk utk aku sorg campak2 je bahan2 yang ada..then mkn je la..berbekalkan pemerhatian n apa yang mak telah ajar n xlpe jgk buku resepi akhirnya jd la jgk mskan aku selama seminggu tuh...

tp memandangkan ari nih beday aku dan mmg tekad aku nk try msk laksa,pg2 tanpa gtau kat ayah aku da kuar bli brang2 utk masak laksa....mls nk gtau kat spe2 yang aku nk msk laksa...mak pon pagi2 da g selama...kursus menjahit die..ayah plak pg2 g sek la...abg sham mmg pg2 jarang kuar bilik...kuar konon nk g giant jek snang nk cari bahan tp xbkk lagi...aku ingt bkk kul 8 rupa2nya 8.30pg pon xbkk lagi...so terpaksala g pekan taiping cari bahan2 kat pasar taiping...act mls g c2 sbb parking susah tp terpaksala...menda nk kne cari sikit je ikan kembung,daun kesum,bunga kantan, salad n mi laksa..yang len sume da ade...

kuar dlm sejam jek,blek umah trus wat2 keje umah sket bru g dapur ready utk msk laksa....nie aku nk tulis bahan2 n resepi wat laksa agar aku xlpe pd mse depan (bukan copy paste resepi org tp apa yang aku masak td)..hoho...nie sesuai di masak utk 5-6 orang..

resepi laksa penang


bahan2
*kuah laksa*
5 ekor ikan kembung
#7-10 biji bawang merah
#1 biji bawang besar
#3-5 biji bawang putih
#1cm halia
#10 biji cili padi
4 sudip cili giling
1 batang bunga kantan
5-6 asam keping
garam secukup rasa


*ulam laksa*
bawang besar
telur rebus
salad
cili padi
timun


cara2 membuatnya...
1) rebus ikan kembung yang siap disiang bersama asam keping dan sedikit garam
2) asingkan ikan dan air rebusan 
3) isi ikan diasingkan dari tulang
4) kisar isi ikan sehingga hancur.masukkan bersama air rebusan
5) msukkan sedikit air dan kisar tulang ikan sehingga hancur. tapiskan air dan masukkankan ke dalam air rebusan terbabis.tulang ikan kemudian boleh dibuang.
6)kisar bahan2 # dan msukkan ke dalam air rebusan
7)panaskan periuk. sementara itu, potong bunga kantan dan masukkan ke dalam periuk bersama daun kesum dan asam keping.
8) masukkan garam secukup rasa
9)biarkan kuah laksa itu dimasak..

siap dan bole dihidang dan dimakan...


tadaaaaa....nie laksa yang aku wat..cukup simple...baru aku tau senang jek nk wat laksa nie...aku ingt ssh sgt..sbb tiap kali suh mak wat mst mak ckp xnak..mak ckp leceh..sudahnya mak akan wat mi kari yang aku xske makan tuh..huhu...

act ada bahan yang aku tertinggal...bila aku tgk kebanyakan resepi die suh msukkan belacan..ade jek belacan dalam peti ais tuh tp lupa nk letak...tp aku rse apa yang aku msk da ok da..so xyah letak belacan pon ok jgk...mende nih sbnrnya optional je la..xde la wajib nk letak sbb laksa aku ttp rse laksa...*abis tuh xkan rse tomyam lak kan??* haha...mak blek td ckp berani rabi wat laksa...xpaham maksd mak ape..mak xkomen pape lak..tp aku tgk habis jek laksa tuh..kira ok la kan apa yang aku msk tuh...misi berjaya!!!

so pasnie spe2 nk try laksa utara buatan aku bole la order...ngeh3....

p/s : beday kali nih xramai yang wish...hanya org2 yang ingt je wish sbb aku hide beday kat fb...mak ayah pon lpe ari nie beday aku..ape la nasib :'(...xpe la da bese da tiap2 taun mcm nih...tp puas gak sbb dpt wat ape yang aku nak dan dpt tau spe yang betul2 ingt beday aku...^_^