~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Thursday, June 16, 2011

11 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID...PARTIII

ok,sekarang nie kite smbg plak pencemaran yg seterusnya..pada spe2 yg xbace entri sblm nie leh klik part i dan part ii...


Pencemaran 5
--> membaca horoscope


Salah satu tindakan yang tidak disedari oleh orang ramai ialah membaca dan mempercayai horoscope. Apa itu horoscope?? 


Horoscope ialah bintang seseorang yang dengan itu dapat diramal kebaikan atau keburukan. Bintang ini ditentukan berdasarkan tarikh lahir. Contahnya 22 Mei hingga 21 Jun merupakan bintang Gemini, 22 Jun hingga 22 Julai merupakan bintang Cancer dan begitulah seterusnya. Asal usul horoscope ialah menggunakan kedudukan bintang, planet dan matahari untuk meramalkan kebaikan dan keburukan.

horoscope

Islam melarang penggunaan planet dan matahari sebagai sumber ramalan kerana ilmu-ilmu ghaib tidak tersimpan dalam objek-objek tersebut. Apabila seseorang muslim menyandarkan kepada objek tersebut seolah-oleh dia mempercayai objek tersebut mampu mengkhabarkan kepada dia ilmu ghaib tentang sesuatu yang akan berlaku. Ini adalah kepercayaan yang salah kerana tiada siapa atau tiada apa-apa makhluk yang tahu tentang ilmu ghaib kecuali ALLAH.

Zaid bin Khalid al-Juhani radhiallahu’anh menerangkan :

Kami bersolat subuh bersama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam di Hudaibiyah setelah semalamnya turun hujan. Tatkala selesai, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam menghadap orang ramai dan bersabda: “Tahukah kalian apa yang difirmankan oleh Tuhan kalian?” Mereka menjawab: “Allah dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Rasulullah menjawab (Allah berfirman): “Pada pagi ini ada di antara hamba-Ku yang beriman kepada-Ku dan ada yang kafir. Adapun orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya, maka dia beriman kepada-Ku dan kafir kepada bintang. Sedangkan orang yang berkata hujan turun kepada kami kerana bintang itu dan ini, maka dia kafir kepada-Ku dan beriman kepada bintang.”

(Sahih: Dikeluarkan oleh al-Bukhari di dalam Shahihnya – hadis no: 846)

Oleh sebab itu, sikap seorang muslim terhadap horoscope seperti membaca dan mempercayainya dilarang. Jika kita tidak mempercayainya pada mulanya, tetapi kepercayaan itu akan berubah apabila perkara yang dikhabarkan dalam horoscope adalah benar. Ini akhirnya akan mengakibatkan pembaca membenarkan apa yang dikhabarkan oleh horoscope terbabit.

Selain itu, sikap kita terhadap ilmu ghaib tidak terhad kepada Horoscope semata-mata tetapi juga kepada benda yang didakwa mempu memberi khabar tentang ilmu ghaib. Antaranya ialah 

1. Menggunakan burung untuk memilih kad yang disebaliknya tercatit ramalan tertentu.
2. Membaca alur-alur di tangan (palm reading)
3. Bertanya kepada bola kristal
dan sebagainya.

Namum demikian,hukumnya jika seseorang muslim menggunakan objek-objek tersebut sebagai ramalan yang bersandarkan kepada ilmu,ini dibolehkan. Oleh itu, menggunakan bintang bagi menentukan arah pelayaran, menggunakan matahari dan bulan untuk kiraan masa, mengusahakan tanaman yang berlainan pada musim yang berlainan dan meramalkan hujan berdasarkan arah tiupan angin. Hal ini demikian kerana, pola susunan bintang, pergerakan matahari, peralihan musim dan arah tiupan angin tidak lain adalah sesuatu yang diciptakan oleh ALLAH untuk dimanfaatkan oleh manusia. ALLAH berfirman dalam surah an-Nahl [16:12]

“Dan Dia (ALLAH) memudahkan bagi kamu malam dan siang dan matahari serta bulan dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan ALLAH) bagi kaum yang memahaminya.”

Pencemaran 6
-->  mempercayai sesuatu yang dpt membawa nasib yg baik atau buruk

Pada zaman Rasulullah s.a.w wujud kepercayaan bahawa sesuatu benda atau peristiwa dapat mengakibatkan nasib yang baik atau buruk. Salah satu daripadanya ialah yang digelar sebagai al-Tathayyur. Ibn Hajar al-‘Asqalani menjelaskan

‘Asal permulaan al-Tathayyur adalah orang-orang pada masa Jahiliyah menggunakan burung sebagai sumber pedoman. Apabila salah seorang daripada mereka keluar (daripada rumah) untuk sesuatu urusan dan melihat burung terbang ke arah kanan,maka dia berasa optimistik dan meneruskan urusannya. Akan tetapi jika dia melihat burung terbang ke arah kiri, dia berasa pesimistik dan berpatah balik’

angry bird..kegilaan remaja mase kini..hehe (xde kne mengena ngan tajuk yang kita bincangkan ok..^.^)


Kepercayaan ini ditolak dalam Islam. Rasulullah bersabda,

“Mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik,mempercayai nasib yang baik atau buruk pada burung adalah syirik. (Baginda mengulanginya tiga kali)”

Sahih: Dikeluarkan oleh Abu Daud di dalam Sunannya dan dinilai sahih oleh al-Albani di dalam Shahih Sunan Abu Daud – hadis no:3910

Kepercayaan nasib baik atau buruk masih lagi dipercayai pada masa kini dengan cara yang berbeza. Contohnya dalam  masyarakat Melayu, apabila sudah memulakan perjalanan tidak boleh berpatah balik ke tempat bermula dan kemudian menyambung semula perjalanan. Berpatah balik bererti menjemput nasib yang buruk dalam perjalanan yang bakal disambung.

Selain itu, terdapat juga kepercayaan bahawa jika salah seorang ahli rumah terlepas dari tangannya air yang sedang di minum sehingga pecah gelas tersebut, bererti satu nasib buruk telah berlaku.

Itulah dua contoh kepercayaan dalam masyarakat Melayu. Kepercayaan ini juga berlaku dalam kalangan masyarakat bangsa lain dengan cara yang berbeza.

Selain itu, mempercayai sesuatu barangan mempunyai nasib baik (good luck) atau sesuatu yang buruk (bad luck) juga salah satu daripadanya. Sebagai contoh, seorang muslim mempercayai jam tangannya sesuatu yang dapat menjamin nasib baik bagi dirinya. Jika memakainya dia berasa tenang dan optimistik. Jika dia tidak memakainya, dia akan resah gelisah dan percaya sesuatu yang buruk akan berlaku.

Kepercayaan ini wujud dalam bentuk yang berbeza tetapi asasnya tetap sama iaitu mempercayai nasib yang baik atau buruk terletak kepada sesuatu benda atau peristiwa. Semua ini boleh mencemari tauhid. Hal ini demikian kerana, segala yang baik dan buruk telah ditentukan oleh ALLAH. Firman ALLAH dalam surah al-An’aam [6:59]  yang bermaksud,

“Dan Dia (ALLAH) mengetahui apa yang ada di darat dan di laut; dan tidak gugur sehelai daun pun melainkan Dia yang mengetahuinya dan tidak gugur sebutir bijipun dalam kegelapan bumi dan tidak gugur yang basah dan yang kering, melainkan (semuanya) ada tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz) yang terang nyata”

Nasib yang baik akan diperoleh jika dia berusaha untuk mendapatkannya begitu juga sebaliknaya. Firman ALLAH dalam surah al-Rad [13:11]

“Sesungguhnya ALLAH tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri”

Surah as-Syura [42:30] menerangkan,

“Dan apa jua yang menimpa kamu dari sesuatu kesusahan (atau bala bencana), maka ia adalah disebabkan apa yang kamu lakukan; dan (dalam pada itu) ALLAH memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa kamu.”

*bersambung di masa akan datang..........

sebuah cacatan...

org yg meyakini atau melakukan sesuatu yg mencemari kemurnian tauhid tidaklah dihukum sbg musyrik serta merta.Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah menghukum pd perbuatan,tidak pada pembuatnya.Ini kerana org yg membuatnya mungkin :

  1. tidak tahu bahawa ia adalah satu kesalahan
  2. terkeliru antara betul dan salah
  3. terpaksa melakukannya 



Wednesday, June 15, 2011

11 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID....PARTII

maaf sume..aku fikir dah lama x mengupdate blog ini..lately rse malas nk menulis...haish..jgn mls2..:'(


ok2..skang saya nk smbg dari entri yg lepas2 iaitu mengenai 11 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID....spe yg xbce post yg lepas bole klik sini..




Pencemaran 3
--> menganggap kesatuan wujud antara ALLAH dan makhluk



Apakah yg dimaksudkan dgn ayat di atas..kalau sebelum ini,penulis membicarakan teori semua makhluk hasil evolusi daripada satu sel,manakala teori ini menganggap yang wujud di muka bumi ini hanya ALLAH sementara kewujudan lain selain ALLAH hanyalah persepktif manusia semata-mata. Maksudnya, yang wujud hanyalah ALLAH semata-mata. Tiada makhluk selain ALLAH. Jadi manusia dan makhluk-makhluk hanyalah sebahagian daripada ALLAH. Fahaman ini dikenali sebagai Wahdah al-Wujud atau kesatun antara ALLAH dan makhluk.


Fahaman ini berasal daripada agama-agama lain, termasuk pemikiran beberapa ahli falsafah Yunani lalu. Lalu diambil oleh beberapa individu Islam dan diislamkan dengan solekan beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah s.a.w. sehingga menjadi "Fahaman Versi Islam"


 Fahaman ini mendakwa apa yang dianggap oleh manusia hanyalah satu perspektif yang dibentuk oleh deria-derianya spt pandangan,pendengaran,bau,rasa,sentuhan dan sebagainya. Perspektif ini muncul kerana manusia pada kebiasaannya tidak mampu untuk menjangkau sesuatu yang melebihi apa yang dijangkau oleh deria-derianya. Jika mereka berjaya menjangkauinya,mereka menenbusi satu alam yang berbeza daripada apa yang selama ini dibentuk oleh deria-deria mereka. Mereka akan sedar bahawa apa yang selama ini dianggap wujud sebenarnya tidak wujud akan tetapi yang wujud hanyalah ALLAH sahaja. Setelah mengetahui hakikat ini,maka seseorang itu akan mencapai 'kemurnian tauhid yang sebenar iaitu tiada apa-apa jua melainkan ALLAH'


Jelas sekali bahawa fahaman Wahbah al-Wujud menyelisihi seluruh risalah tauhid dan syariat Islam. Hal ini kerana, risalah tauhid yang ditetapkan oleh ALLAH ialah 'Tiada Tuhan melainkan ALLAH' dan bukannya 'Tiada apa-apa jua melainkan ALLAH'  menyatukan segala sesuatu dengan ALLAH. Ini bukanlah pemurnian tauhid tetapi pencemaran besar-besaran terhadap tauhid. Malah ini lebih buruk daripada teori Trinity yang dipegang oleh kaum Kristian kerana teori Trinity  hanya menyatukan 3 perkara Tuhan manakala teori Wahdah al Wujud menyatukan segala-galanya dalam Tuhan.


Berfikirlah tentang ciptaan ALLAH dan jangan berfikir tentang ALLAH


Pencemaran 4
--> berjumpa dengan bomoh

Berjumpa dengan org yang mendakwa mengetahui ilmu ghaib seperti bomoh, dukun, pawang, penilik nasib atau seumpama dengannya dpt mencemari kemurnian tauhid kerana hanya ALLAH sahaja yang mempunyai pengetahuan tentang ilmu ghaib. Firman ALLAH dalam surah al-An’aam [6:59]

“Dan pada sisi ALLAH jualah anak kunci perbendaharaan segala yang ghaib, tiada siapa yang mengetahuinya melainkan Dialah sahaja..........”

Dalam surah al-Naml [27:65]


“Katakanlah : ‘Tiada sesiapapun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib melainkan ALLAH.........”


Pengetahuan tentang ilmu ghaib juga tidak diketahui oleh Rasulullah. Apa-apa ilmu ghaib yang diketahui dan dikhabarkan oleh Rasulullah dalam hadis-hadis baginda yang sahih seperti kejadian pada akhir zaman,kehidupan di alam kubur, suasana Hari Akhirat dan sebagainya adalah dikhabarkan oleh ALLAH kepada baginda seperti dalam surah al-Jin [ 72:26-27]


“Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun; melainkan kepada mana-mana Rasul yang diredhaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya).”


Oleh itu sesiapa yang mendakwa dirinya mengetahui ilmu ghaib, dia seorang pendusta malah lebih dari itu dia sebenarnya cuba menjadi sekutu bagi ALLAH dengan meletakkan dirinya sejajar dengan keilmuan ALLAH.
gambar hiasan


*bersambung di masa akan datang..........

sebuah cacatan...

org yg meyakini atau melakukan sesuatu yg mencemari kemurnian tauhid tidaklah dihukum sbg musyrik serta merta.Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah menghukum pd perbuatan,tidak pada pembuatnya.Ini kerana org yg membuatnya mungkin :

  1. tidak tahu bahawa ia adalah satu kesalahan
  2. terkeliru antara betul dan salah
  3. terpaksa melakukannya 




Sunday, June 5, 2011

solat sunat AWWABIN

kawan2 sume,pernah dgr x tentang  solat sunat AWWABIN??secara jujurnya saya pernah dgr dulu tp xprnah amik tahu apa apa solat ini..ari nie tetibe rse nk tahu apa solat sunat Awwabin nie..tue pon sbnrnya sbb mak n maklong ku tnye..xtau pon sbnrnya..cari2 jumpala pasal solat sunat Awwabin nie..


Solat Sunat Awwabin adalah satu jenis Solat Sunat. Awwabin sendiri berasal dari Bahasa Arab yang bererti (orang yang sering bertaubat). Para ulama berbeza pendapat mengenai solat ini. Ada yang berpendapat solat sunat awwabin dilakukan antara waktu Maghrib dan Isya'. Tetapi ada juga ulama yang mengatakan solat awwabin adalah nama lain dari Solat Sunat Dhuha. Mengikut fahaman Mazhab Shafie yang didomina di Malaysia membawa pengertian solat yang dilakukan selepas Fardhu Maghrib menanti waktu Isya'. Solat sunat ini dilakukan sama ada sebanyak 2 rakaat, ataupun 4 rakaat atatpun enam rakaat, ataupun sebanyak 20 rakaat dengan diberikan satu salam setiap dua rakaat.

NIAT SOLAT SUNAT AWWABIN

أصَلِّي سُنَّةَ َ الأَوَّابِينَ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ


Sahaja aku sembahyang sunnat awwabin dua rakaat kerana Allah Ta'ala


Di antara doa yang baik dibaca selepas solat tersebut :



"Ya Allah! Sesungguhnya Aku menyerahkan imanku kepada peliharaan Mu, maka imanku itu, semasa hidupku, semasa matiku, dan selepas matiku. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu." 

 
Menurut jumhur ulama yang dimaksud dengan solat al-awwabin adalah solat dhuha. Dalam hal ini Nabi saw. bersabda, “Tidak menjaga solat dhuha kecuali awwab (orang yang taat dan dekat kepada Allah). Ia adalah solatnya orang-orang awwabin.” (HR al-Hakim. Menurut adz-Dzahabi, hadis tersebut shahih).

Namun demikian, ia juga disebutkan untuk solat sunat sesudah maghrib. Menurut para ulama, dianjurkan mengerjakan solat sunat enam rakaat sesudah maghrib agar termasuk awwabin. Keutamaan solat tersebut berdasarkan sabda Rasul saw. Yang berbunyi, “Siapa yang solat enam rakaat tanpa disela dengan pembicaraan buruk, ia senilai ibadah selama dua belas tahun.” (HR at-Tirmidzi. Hadis gharib)
 
Menurut al-Mawardi, Nabi melaksanakan solat tersebut seraya berkata, “Ini adalah shalat awwabin.”
 
Karana itu tidak aneh dan pelik kalau solat awwabin disebutkan untuk solat dhuha dan juga untuk solat antara maghrib dan isya'.

Wallahualam 

11 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID

   11  13 PERKARA YANG MENCEMARI KEMURNIAN TAUHID


*dlu 11 tp bertambah menjadi 13 utk buku terbaru HAFIZ FIRDAUS..=) 




Sebelum kita masuk kpd tajuk di atas,ingin saya tanya apakah yg anda faham maksud tauhid??apa itu tauhid??

Ada yg menggelar tauhid tiga,sifat 20 dan macam2 lagi..perbezaan2 ini kadang kala memecahkan umat islam itu sendiri..straight to the point saya huraikan sedikit apa itu tauhid berdasarkan apa yg ditulis oleh penulis buku ini..

Secara ringkasnya apa yg ingin disampaikan oleh penulis,maksud kalimah tauhid la ila ha illallah bukan sekadar tiada Tuhan yang disembah melainkan ALLAH malah lebih dari itu iaitu kita bersaksi bahawa tiada Tuhan atau apa-apa jua kecuali ALLAH yang mencipta dari tiada kepada ada,mengurus alam,mengetahui hal ghaib,menetapkan sesuatu kebaikan atau keburukan,mengabulkan doa,memberikan pertolongan, mengubal syariat dan sebagainya.

Jadi apa yang menyebabkan kepada pencemaran tauhid??menurut ayat Al-Quran surah An-Nisa ayat 36 yg bermaksud

“Dan hendaklah kamu beribadat kpd ALLAH dan jgnlah kamu sekutukan dengan sesuatu apa jua”

Berdasarkan firman ALLAH di atas,manusia pada hari ini tidak dinafikan ramai yang beribadat kepada ALLAH malangnya pada masa yang sama mereka juga turut menyekutukan ALLAH dengan sesuatu yang lain. Tindakan inilah yang dimaksudkan sebagai pencemaran tauhid yang mana mencampur adukkan antara keimanan kepada tauhid yang murni dan syirik.....

Pencemaran 1
--> menggelarkan alam ini sebagai alam semulajadi

Pernah tak anda mendengar org berkata “indahnya alam semulajadi ini”. Saya tidak nafikan saya sering mendengar kata-kata tersebut. Sedar atau tidak bila kita mengatakan alam semulajadi secara tidak langsung kita seolah-oleh menolak kewujudan alam ini sebagai ciptaan ALLAH. Alam ini tidak mungkin boleh wujud tanpa penciptanya. Firman ALLAH dalam surah al-A’raaf ayat 54 [7:54]


sesungguhnya Tuhan kamu ialah ALLAH yang menciptakan langit dan bumi dalam enam masa lalu Dia bersemayam di atas Arasy;Dia melindungi malam dengan siang yang mengiringinya dengan deras (silih berganti ) dan (Dia pula yang menciptakan) matahari dan bulan serta bintang2,(semuanya) tunduk kepada perintahNya. Ingatlah, kepada ALLAH jualah tertentu urusan menciptakan (sekalian makhluk) dan urusan pemerintahan. Maha Suci ALLAH yang menciptakan dan mentadbir sekalian alam.”

Jadi wajarlah kita menukarkan panggilan alam semulajadi kepada ALAM CIPTAAN ALLAH.

Pencemaran 2
--> menganggap makluk wujud melalui proses evolusi

ALLAH telah berfirman dalam surah al-Hijr [15:28-29]


Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat : “Sesungguhnya Aku hendak menciptakan manusia dari tanah liatyang kering,yang berasal dari tanah kental yang berubah warna dan baunya. Kemudian apabila Aku sempurnakan kejadiannya, serta aku tiupkan padanya rohKu, maka hendaklah kamu sujud kepadanya.”


Dalam ayat di atas,ALLAH telah menerangkan bagaimana manusia itu terhasil. Jadi kita sebagai umat Islam mengapa harus mempercayai toeri-teori sainstis barat yang tidak percaya kepada Tuhan. Tidak dinafikan bahawa kebanyakan sainstis2 barat yang timbulkan teori evolusi merupakan golongan Athies yang tidak percaya kewujudan Tuhan. Mereka mencari-cari bagaimana wujudnya manusia melalui pemikiran dan fakta sains.


*bersambung di masa akan datang..........

sebuah cacatan...

org yg meyakini atau melakukan sesuatu yg mencemari kemurnian tauhid tidaklah dihukum sbg musyrik serta merta.Manhaj Ahl al-Sunnah wa al-Jama'ah adalah menghukum pd perbuatan,tidak pada pembuatnya.Ini kerana org yg membuatnya mungkin :

  1. tidak tahu bahawa ia adalah satu kesalahan
  2. terkeliru antara betul dan salah
  3. terpaksa melakukannya 




hatiku bengkek!!

mlm2 mcm nih mmg bes kalo dok dpn tv..
tgk tv kan family kan..
ble agy nk kumpul sme2 family kalo bukan mlm2..
siang hari sume sibuk ngan urusan msg2..
mlm je bg aku mse yg sesuai utk kumpul2 sme2 kan..
(^_^)v

mlm weekend nie spt bese aku ngan mak aku layan cerekarama..
mesej yg die nk smpaikan agk bgz la..
lain dri yg lain tgk cerita len kan..
yg bole aku simpulkan kat cni, apa yg nk dismpaikan pasal menjaga kesihatan..
akal yg sihat kan dari badan yg cergas..
so kita mestilah menjaga badan kita,kawal pemakanan kita..
jgn dok telan apa yg ada depan mata..
selain drpd itu,solat juga merupakan satu senaman..
tp jgn dok ingt bile kite solat kite xyah bersenam..
aku xnafikan solat yg sebenar2nya kdg2 lebih baik drpd senaman..
aku ada terbaca solat menurut perspektif sains,mmg sgt bgz..
cuma aku xbrapa nk ingt apa yg diterangkan..
nnt ble2 kita share yew..
=)

abis ape yg wat ati ku bengkek??
hurm,selingan cite tuh..
ada pasal cintan cintun..
adeiiii,perlukah??
jln cite dah cukup cantik,tp bile part nih aku cukup xstuju..
aku rse ada yg xkene kat c2??
knape??
sbb dlm drama tuh,ada part pgg2 tgn..
kalo nk tau wat spe2 yg xtau,bersentuhan kulit laki2 dan perempuan haram hukumnya..
nk lagi tepat agy,aku tunjukkan dalil..

Daripada Ma’qil B. Yasar radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam bersabda:

لأن يطعن في رأس رجل بمخيط من حديد خير من أن يمس امرأة لا تحل له

Terjemahan: Sekiranya kepala salah seorang daripada kamu ditusuk dengan jarum besi, itu adalah lebih baik bagi kamu daripada kamu menyentuh wanita yang tidak halal bagi kamu. (Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487)

Takhrij: Hadis Riwayat ath-Thabrani, Mu’jam al-Kabir, 20/211-212, no. 486 & 487. Al-Haitsami berkata: Para perawinya adalah perawi yang sahih. Imam al-Mundziri berkata: para perawi ath-Thabrani adalah tsiqah dan termasuk para perawi yang sahih. Disahihkan oleh Syaikh al-Albani, as-Silsilah ash-Shohihah, 1/447, no. 226.

jmpe kat blog nie

dalam cite tuh,
dah le pompuan pakai tudung..
laki plak dikatekan bru blek dri Jordan blajar usuluddin..
mcm ne jln cite bole jd mcm nie..
nie bole timbulkan fitnah kat Islam tuh sendiri..
yg tonton cite nie slalunya dri lapisan masyarakat..
knak2,remaja,dewasa,tua..
ape mentaliti mereka??
media massa kan merupakan salah satu pengaruh terbesar dlm pembentukan pemikiran..
aku mmg bengkek bile ada part nie..
dah le xde kne ngena..
aku rse kalo xde part nie x effect jln cite tuh..
xeffect mesej yg cube nk disampaikan..
yg effectnye adalah pemikiran masyarakat..
kalo faham agama xpe..
kalo xfaham..
aku sedey gile ngan masyarakat hari ini..
xtau nk salahkan sape..
at last aku rse nk salahkan diri sendiri..
npe??
sbb aku yg faham agama,npe xcbe smpaikan kat org len..
maybe diorg xtau..
kita xtau cara diorg dibesarkan mcm ne kan..
mungkin mereka xdiberi kesempatan belajar agama spt mne aku..
rse bersalah sgt..

YA ALLAH AMPUNKAN DOSA KU,DOSA IBU BAPAKU,DOSA SAHABAT2 KU YG DEKAT MAHUPUN JAUH,DOSA MUKMIN DAN MUKMININ,DOSA SELURUH UMAT ISLAM YG HIDUP MAHUPUN YG TELAH MENINGGAL DUNIA..AMPUNKANLAH DOSA KAMI SAMA ADA KAMI TAHU MAHU PUN TIDAK,SEDAR ATAU TIDAK,SENGAJA ATAU TIDAK SENGAJA,DOSA2 YG LEPAS MAHUPUN YG AKAN DATANG..SESUNGGUHNYA KAMI ADALAH HAMBAMU YG SERING ALPA DAN LEKA..;(