~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Wednesday, July 27, 2011

renungan mengenai diri sendiri....

Kita merupakan natijah daripada apa yang kita fikirkan tentang diri kita..
Kita tidak akan berjaya untuk mengambil hati orang..
Apa yang lebih penting kita belajar untuk mengambil hati kita sendiri..
Jika kita ada kesungguhan untuk berjaya, mencipta kejayaan itu......
Lebih seronok dan mudah daripada kita mencipta kegagalan...
Setelah kita mengenal diri kita akan menyedari...
Bahawa kejayaan adalah hak kita yang paling mutlak!!!!



Orang yang berjaya adalah mereka yang hari ini lebih baik daripada semalam,
Orang yang terperdaya adalah orang yang hari ini sama seperti hari semalam,
Orang yang celaka adalah orang yang hari ini lebih teruk daripada semalam,
Pegangan yang bodoh dan sia-sia ialah melakukan perkara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza-beza...



Semalam telah berlalu, esok belum pasti,
Hari ini menyediakan peluang dan ruang untuk kita..
Berbuatlah sesuatu sebaik mungkin untuk maruah..
Agama, diri, ibu bapa, keluarga dan negara.......



Orang yang bermotivasi ialah

Sentiasa awal
Sentiasa tekun dan rajin
Sentiasa cekal dan optimis
Sentiasa bersemangat berinisiatif
Sentiasa kenal potensi dan kehematan diri
Sentiasa memperbaiki diri, keadaan dan berinovatif
Sentiasa menghasilkan kerja yang cemerlang dan kreatif
Sentiasa bersyukur, bertaubat dan berdoa
Sentiasa tawaduk dan ingat mati!!

 

No comments:

Post a Comment