~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Friday, November 11, 2011

Saya Malu Nak Jadi Baik



"Aku dah tak suci lagi. Aku banyak dosa. Terlanjur dah dengan berapa orang lelaki dah. Zina tu dulu perkara biasa bagi aku sebab aku couple bukan dengan seorang lelaki je. Tapi sekarang aku menyesal. Aku rasa aku teruk sangat! Aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Aku selamanya tak akan jadi baik. Dosa-dosa lalu terus menghantui hidup aku. Aku rasa diri ini jijik dan teramat kotor,"
"Aku ini nak kata budak jahat, tak adalah jahat sangat cuma nakal tu adalah sikit-sikit. Itu mungkin kerana terikut perangai kawan-kawan. Mengusik dan menyakat orang kerja biasa. Tapi sebenarnya jauh di sudut hati aku, aku nak jadi lebih baik tapi aku malu. Nanti apa yang kawan-kawan aku kata. Aku dah pernah sekali ajak mereka solat berjemaah dan pergi dengar ceramah tapi aku dipandang pelik. Aku rasa susah sangat. Aku terhimpit,"
"Aku solat cukup lima waktu sehari. Puasa pun Alhamdulillah. Nak kata bab tutup aurat, aku lepaslah agaknya. Tapi aku rasa aku ini tak cukup baik. Bila aku tengok kawan-kawan yang berubah, bila aku tengok kawan-kawan yang pakai tudung labuh dan berbaju kurung, aku rasa aku ini tak baik. Aku nak berubah tapi aku malu. Aku rasa susah. Aku rasa tak sanggup nak tinggalkan dunia cardigan, jeans, shawl dan pashmina,"
Iman Itu Masih Ada.
Tatkala hati terkesan dengan perbuatan dosa yang dilakukan, itu bukti tandanya iman masih ada. Penyesalan itu salah satu daripada peringkat taubat.
Fitrah manusia suka akan kebaikan. Sebenarnya melakukan kebaikan lebih mudah daripada melakukan maksiat. Tak percaya?
Mana lebih senang. Pergi konsert atau pergi masjid? Kalau pergi konsert, perlu keluarkan duit untuk membeli tiket dan bersesak-sesak dengan orang ramai. Faedah? Belum tentu. Kalau pergi masjid, langkahan kaki pun sudah dikira. Tidak perlu keluarkan modal. Malah makindicintai Allah. Asal niat betul.
Mana lebih senang. Bersedekah atau mencuri? Kalau bersedekah, hanya keluarkan duit. Zahirnya berkurang sedangkan hakikatnya semakin meningkat saham di sana. Kalau mencuri, hati gelisah dan tidak tenteram. Hidup dalam ketakutan. Tidak bahagia.
Selagi dunia tidak kiamat, selagi itu peluang masih ada. Kenapa harus memandang dosa yang lalu sedangkan kita masih punya waktu?
Pandangan manusia. Cuba jadi tegas! Manusia kalau kita buat baik, ada orang tidak suka. Kalau kita buat jahat apatah lagi, mesti ramai juga yang tidak suka. Jadi, buat hanya apa yang Allah suka walaupun manusia tidak suka. Pegang prinsip itu! Kerana kita bukan hamba manusia, kita hamba Dia! Ini bukan marah tetapi tegas dan semangat!.
Create the Future
Kita selamanya tidak akan pernah tahu apa yang bakal terjadi pada masa hadapan. Tetapi kita boleh mengubahnya mulai hari sekarang. Apa yang kita buat hari ini, itulah yang bakal terjadi pada hari esok. Yang penting, tanya pada diri, jika ingin melakukan kebaikan, di manakah usaha? Begitu juga dengan soal rezeki dan jodoh. Qada muallaq iaitu ketentuan Allah yang tercatat di lauhul mahfuz dan kita boleh mengubahnya. Tetapi itu semua bergantung kepada sejauh mana usaha dan doa.
Mari saya datangkan satu analogi. Katakan Ahmad seorang pelajar yang bermasalah, malas belajar dan menghisap rokok. Tiba suatu ketika, terdetik penyesalan di hatinya. Dan ketahuilah, saat itu, dia punya dua peluang. Peluang ke arah kebaikan atau sebaliknya. Terhimpit antara dua lorong.
Lorong pertama, memilih untuk rajin belajar dan meninggalkan tabiat menghisap rokok. Lorongkedua, masih tetap dengan perangai dan tabiat lama. Apakah mungkin jika dia masih berada di lorong kedua, pada masa hadapan nanti dia bakal menjadi seorang graduan universiti yang punya sahsiah mulia dan cemerlang? Sudah tentu tidak! Tetapi sebaliknya yang berlaku jika lorong pertama yang menjadi pilihan.
Ini yang saya maksudkan. Bukan mahu menjadi ahli nujum. Cuma mengajak untuk bersama membina masa hadapan. Mencipta jalan cerita sendiri. Kita umpama pelakon di pentas dunia. Kita punya kuasa untuk mengarah jalan drama sendiri. Dan yang pasti hanya ada dua pilihan yang terbentang. Satu lorong yang dipilih, akan membawa kepada lorong yang lain. Jika lorong kebaikan dan perubahan yang dipilih, pasti kesudahannya juga begitu. Begitu juga sebaliknya. Inilah sunnatullah.
Buat Dirimu...
Sayangku nisa', usah biarkan keterlanjuranmu menjadi sejarah hitam yang terus mencalit debu kehitaman walau hingga ketika ini. Itu semua sejarah dahulu dan ketahuilah hari ini juga bakal menjadi sejarah. Tetapi bezanya sejarah dahulu itu menjadi suatu pengajaran yang besar buat diri. Dan sejarah yang bakal ditelusuri ini, ketahuilah, dirimu masih punya waktu. Usah persiakannya!
Juga buat diri yang rindu akan kebaikan. Apakah saat Allah mendatangkan penyesalan di hatimu, engkau mahu melepaskan peluang ini? Apakah pada saat Allah membuka jalan taubat buatmu, engkau memilih untuk semakin menjauh daripada-Nya walaupun tanpa kerelaan hanya kerana malu dengan manusia sekeliling? Atau merasa diri itu terlalu kotor dan tidak layak untuk diampunkan? Ketahuilah Dia Maha Pengampun. Usah pedulikan pandangan mereka dan mereka itu, tetapi dongaklah ke atas, dan ketahuilah Dia menunggumu untuk sujud kepada-Nya! Bersama air mata taubat seorang hamba!
Buat nisa', walau dirimu merasa tiada yang menyayangi, ketahuilah aku di sini amat menyayangimu sekalipun kita tiada pernah mengenali. Tetapi walau sebesar mana kasihku kepadamu, masih pasti belum mampu menandingi kasih-Nya terhadapmu. Apakah saat ini masih mahu berpaling?
Motivasi daripada Kisah.
Saya memahami, berbicara itu mudah tetapi mahu melakukan itu tidak semudah bicara dan tulisan. Kerana itu perlu kepada kisah-kisah yang dapat menguatkan hati. Yang bisa meneguhkan keazaman dalam diri untuk menjadi lebih baik.
Pasti dan sudah tentu pernah mendengar kisah seorang pelacur perempuan. Yang kiranya dipandang manusia begitu kotor dan jijik pada masa kini sehingga melahirkan anak di luar perkahwinan yang sah. Walaupun mereka itu kini telah menyesal dan ingin berubah tetapi tetap dipandang serong. Tiada sokongan dan semangat yang ditiup tika mereka lemah. Kerana terusan dihantui dosa-dosa lalu.
Dengarkan kisah ini yang ingin saya putar kembali. Kembali kepada kisah pelacur perempuan. Yang berzina. Tetapi dimasukkan ke dalam syurga oleh Allah hanya kerana memberi minum kepada seekor anjing. Tidakkah rahmat Allah itu luas? Kerana itu berhenti menghukum manusia. Walau kotor pada pandangan manusia, kita tiada pernah mengetahui apakah pandangan-Nya.
Lihat diri sendiri dan nilai. Diri sendiri juga belum tentu baik. Diri sendiri juga belum tentu dipandang-Nya. Walaupun kita melakukan kerja dakwah, walaupun diri itu sentiasa memberi tazkirah, walaupun diri itu aktif dalam program keagamaan. Saya suka untuk kembali mengingatkan kepada niat. Lagi sekali, lihat dan nilai. Itu semua tidak bermakna jika hati terdetik riak dan melakukan kerana ingin dipandang hebat oleh manusia. Kerana ingin supaya manusia memandang tinggi. Kerana ingin manusia memandang diri itu bagus, baik, soleh dan solehah. Tika itu, tanya diri sendiri, di mana niatmu yang kau katakan kerana Allah?
Lagi saya bawakan kisah yang cukup sering didengari. Kisah pembunuh yang telah membunuh 99 orang.Lihat usaha dan kehendaknya yang ingin bertaubat. Pembunuhannya mencukupi 100 orang apabila membunuh seorang alim yang mengatakan bahawa dia telah tiada harapan.
Namun, tidak pernah cuba untuk berputus asa. Mengikut nasihat seorang alim yang lain yang mengatakan bahawa perlu penghijrahan ke satu perkampungan yang suasananya bisa membantunya bertaubat. Namun,di pertengahan jalan, dia meninggalkan dunia tanpa sempat bertaubat. Tetapi dalam keadaan sedang usaha bertaubat. Dan dia dimasukkan ke dalam syurga.
Kesimpulan.
Kita tidak akan pernah bisa mengubah masa lalu, tetapi kita masih bisa bertindak mulai sekarang untuk mencipta sejarah baru.
Andai tiada berhenti memikirkan pandangan manusia, langkah kita tiada ke mana. Mereka tiada untung tetapi kita tetap rugi.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah. Apabila jalan hidup kita begitu dan begini,yakinlah itu yang terbaik. Apabila kita melakukan dosa, Dia ada memberi keampunan. Saat kita lemah dan terhimpit, Dia ada meniupkan semangat dan kekuatan. Allah ada menyebut bahawa Dia bersama sangkaan hamba-Nya. Andai kita yakin dosa-dosa kita akan diampunkan, Dia dengan rahmat dan sifat Maha Pengampun-Nya akan mengampunkan dosa hamba-hamba-Nya yang benar-benar ikhlas dan bersungguh.
taken from artikel i luv islam

bukan xnak,tp...................





Bukannya saya tak nak terima awak as boy or girlfren…

Bukannya saya tak nak balas-balas mesej awak…

Bukannya saya tak nak call awak…

Bukannya saya tak sudi keluar makan dengan awak…

Bukannya saya tak sudi duduk sebelah kanan awak dalam kereka mewah awak…

Bukannya saya tak sudi breakfast dengan awak…

Bukannya saya tak sudi lunch dengan awak…

Bukannya saya tak sudi dinner dengan awak…

Bukannya saya sengaja buat-buat sombong dengan awak…

Bukannya saya tak pedulikan awak…

Bukannya saya tak percayakan awak…

TAPI PERCAYALAH…





Saya buat itu semua atas titah Tuan saya…juga Tuan awak…

Saya buat macam tu untuk sama-sama menjaga kehormatan diri masing-masing…

Saya buat macam tu agar kita berdua terlepas daripada segala fitnah…

Saya buat macam tu sebab saya hanya hamba Pemilik Alam…

Saya buat begitu untuk menghindar malapetaka yang makin buruk terjadi…

Saya buat begitu agar hak suami atau isteri saya terpelihara…

Saya mahu suami atau isteri saya nanti tahu, yang semuanya itu hanya akan berlaku setelah ada ikatan yang sah dan halal…

Saya mahu bakal suami atau isteri saya nanti tahu yang saya hanya akan berkongsi segala apa yang saya lakukan dalam kehidupan seharian setelah ijab dan qabul dilafaz…bukannya untuk ditayang di facebook, twitter, forum dan sebagainya…

Dan yang paling penting saya buat begitu atas dasar takut, taat, patuh dan tunduk pada Tuan kita…

Oleh itu, dekatilah pasangan masing-masing denga cara yang diredhai…

Agar berjaya mendapatkan zuriat yang mentaati Tuhan, Rasul dan dirimu sebagai ibu atau bapa kelak…

ALLAHu’alam, wassalam

Wednesday, November 9, 2011

cara menyayangi seseorang



1.      Sayangi dia dengan hati, bukan dengan perasaan. Jika anda meletakkan sesuatu perhubungan berdasarkan perasaan, ianya akan gagal kerana perasaan sentiasa berubah dari masa ke semasa.

2.      Sayangi dia seadanya. Di dunia terdapat hampir 6 billion manusia dengan 6 billion personaliti. Dia sememangnya seorang yang istimewa dan biarkan ianya kekal begitu. Jangan sesekali terfikir untuk mengubah apa-apa tentang dia kerana sekali anda mengubah, selamanya anda akan terus mengubah dirinya. Tentu anda masih ingat, anda terpikat padanya kerana dia adalah dia. Maka, tiada alasan untuk anda mengubah dia untuk menjadi seseorang yang lain.

3.      Sayangi dia sepenuh hati. Sesungguhnya dia telah banyak berkorban untuk anda. Dengan kelebihan yang ada padanya, dia berpeluang untuk menjalin hubungan dengan seseorang yang lebih sempurna tapi demi cinta, dia telah memilih diri anda. Maka, jangan sesekali cuba untuk mempermain-mainkan keluhuran cintanya.

4.      Hormati pendirian dan keputusan dia. Jangan anda merayu dan jangan mencipta alasan supaya dia menerima cinta anda kerana kelak, yang anda akan dapat darinya hanyalah cinta simpati dan bukannya cinta setulus hati.

5.      Yakinkan diri anda akan keistimewaan dia. Dia adalah satu-satunya di dunia ini dan jangan mengharapkan kesempurnaan dari dia kerana dia telahpun cukup sempurna semenjak anda mula terpikat padanya.

6.      Percaya akan dirinya. Sentiasa bersangka baik padanya jika kita juga mahukan sebegitu darinya. Pastikan anda akan sentiasa meletakkan diri anda di tempatnya sebelum melakukan apa-apa. Jika anda sendiri tidak dapat menerimanya, apatah lagi dia.

7.      Jangan berjanji menyayangi dia untuk selama-lamanya kerana selama-lamanya bagi anda mungkin akan berakhir keesokkan harinya, tapi berjanjilah untuk menyayangi dirinya seolah-olah setiap hari itu adalah hari yang terakhir untuk anda berdua.

8.      BERCINTA dengannya adalah seperti memberi hati anda kepadanya untuk dilukai tapi kepercayaan itu penting. Percayalah kepadanya, nescaya dia akan melindunginya sepenuh jiwa dan raga.

9.      Jangan sesekali meninggalkan dia tanpa sebarang alasan. Dia bukan hanya akan setakat menangis kecewa dan kemudiannya meneruskan hidup seperti biasa, ketahuilah bahawa jiwanya akan mati secara perlahan.

10.  Jangan cepat berbangga dengan diri anda, memenangi hatinya bukanlah satu kejayaan yang mutlak tetapi anugerah itu hanya layak anda perolehi setelah anda berjaya menyayanginya sehingga ke akhir hayat. Ketahuilah, dia memilih anda adalah kerana dia percaya bahawa anda adalah seorang yang jujur dan akan menepati janji. Anda telah bersusah payah dan berusaha sedaya upaya untuk memenangi cintanya, maka dengan itu haruslah juga anda berusaha untuk terus menyintai dirinya dengan apa jua keadaan sekalipun.

Sunday, November 6, 2011

Wednesday, October 26, 2011

kisah cinta





Kisah Cinta
Album : KOLEKSI NASYID INDIE VOL. 1 – NASYEED UNDERGROUND
Munsyid : FeelHoney
http://liriknasyid.com

Dulu kau berdiri bersamaku
dan saling mengukir janji
bahwa kau kan selalu ada disini
susah senangku bersama kau tempuhi
 
ku hargai

kini kau dimana
meninggalkan ku sendiri tak berdaya
pesanmu padaku janganlah bduka
 
jangan menangisimu bila kau tiada
ku mencuba..

air mata pun jatuh ke pipi
mengingkari janji yang ku beri
kisah cinta sahabat sejati
 
tak berakhir bila engkau pergi
sahabatku kau kan kurindui
kerna kau takkan kembali

walau kau disana
namun doaku kan selalu bersama
maaf kernaku tak pernah tuk berkata
 
bahwa kaulah teman yang paling sempurna
yang ku ada..

Artis : FeelHoney
Komposer : Copyright Controlled (originally composed by Beethoven)
Penulis Lirik : Hasbi Hj Muhd Ali (Neurotic Studio)
Susunan muzik : Abd Halim Ahmad (Neurotic Studio)
Studio rakaman : Neurotic Studio
 
Suara Latar : FeelHoney & Plaintive Melody
 
Penerbit : Abd Halim Bin Ahmad


aku ske dgr lagu nih....lirik n melodi die bes...sayu jek dgr..~~

Tuesday, October 25, 2011

kesedihan berpanjangan~

aku ingt pas blek ari ahad tue sume da settle..rupanya belum lagi..sesungguhnya ALLAH mengetahui apa yang terbaik utk hambaNYA...

isnin 24oktober2011

mlm tuh mmg xtdo...aku tdo pon pas suboh around 6am...kul 7.15pg da bgun sbb ada kelas...lgpn kne bgun awal2 sbb da bertekad ari nih nk g klas jln kaki je..nie sbb nk g pnjt gunung sabtu nih..physically mmg xready pape pon..so aku anggap dgn berjln ke klas sbg salah satu exercise la jgk kan...

pas abis klas kimia aku, anis n aini g pizza..nie kes anis da nk mkn pizza hut..aku follow je la...kedai pon bkk kul 11pg tp kitorg dtg awal so jln2 la kat digital mall..after mkn trus blek kolej...blek kolej je ingt nk on9 jap...tp tetiba dpt msg dari kaklong yang mengatakan opah da meninggal dalam kul 12.20tghari...aku pon call mak...xdpt..msg kaklong xbls plak...agk2 5min kemudian call mak agy..mak jwb...tnye la mak sma ada ayah blek ke tepang semula ke x..sbb kalo ayah blek aku nk ikot..nk menatap wajah opah utk kali terakhir...time tuh mmg xley nk ckp r...air mata laju je kuar..sedey sgt2....mak ckp ayah ngah ckp ngan kaklong dlm hp...nnt mak bgtau kmudian....

then dlm 10min kemudian ayah call..ayah ckp aku xyah g...sbb mak n kaklong xg...ayah nk mak rehat..takut mak penat nk g mekah nnt...tp abg ngah,abg shah ngan ayah blek la...aku pon iyekan je la wlpn aku sbnrnya nk g sgt..air mata dok kuar agy nih..mcm da xley nk berenti mengalir.....huhu

then azan,aku trus la amik wuduk,cdgnya nk solat n trus bce yaasin utk opah...tetiba ayah call blek...ayah kata kalo nk ikot bole tp kne blek cpt la...ayah xnk smpai kmpg lambt sgt..sbb mayat akan dikebumikan ptg tuh jgk..aku pon trus solat zohor n trus merempit blek shah alam..aku pon xtau laju mne aku bwk tp hampir sume moto aku potong...seb bek selamat tiba b4 kul 2 ptg...then tuggu abg teh blek keje..sbb lmbt sgt ktorg g trus la tmpt keje die...

dlm kete tuh,abg sham yang drive..ayah plak dok bce buku persediaan nk g mekah..aku xtau la ayah ley fokus ke x..tp aku pasan gak kadang2 die dok lap mate...mesti ayah aku sedey kan??huhu....aku pon sedey gak ayah aku apa lagikan...abg sham bwk laju gile..aku pasan dlm 140 km/h......mmg kalo ade speedtrap mmg abs la...tp xpe la yg penting dpt smpai b4 arwah opah dikebumikn...

smpai umah opah dlm kul 5 ptg...adik beradik ayah ade lagi yg masih otw..opah pon masih ada atas katil....jmp jap mayat tuh,then g solat asar...pastuh aku bce yaasin kat sblh arwah...bru bce sprh, tetiba org soh ketepi sbb nk mandikan arwah....time tuh da kul 5.45ptg.....dlm 1/2jam kemudian plak mayat dikafankan..time tuh suasana mmg sedey gile...sorg demi sorg anak2 die cium pipi n dahi die...then diorg bg peluang kat sume cucu2 n sedara mara..alhamdulillah dpt aku mencium pipi opahku utk kali terakhir....

ketika itu,hujan mulai turun...bila keranda nk diangkat ke van mayat, time tuh da hujan..jam da menunjukkan kul 7mlm...ayah ckp mayat akan dikebumikan slps solat magrb.....smpai kat masjid,hujan memang turun selebat-lebatnya..aku da risau, tp time solat maghrb tuh aku berdoa agar sume dipermudahkan..pas solat maghrb, trus solat jenazah yang diimamkan oleh abg aku sndiri....lepas tuh bru aku pasan hujan mulai reda....time nk hntr mayat ke kubur (kubur sblh masjid jek), hujan renyai2...tp proses utk mskkan mayat ke dlm tanah kubur tuh, hujan da berhenti...syukur padaMU ALLAH...air ada bertakung sket, tp sket la...urusan pengkebumian berjalan dgn lancar.....ALHAMDULILLAH

:::::::HABSAH BINTI ZALEHA:::::::1926-2011:::::::

setiap manusia yang hidup pasti akan merasai kematian....


pas abis jek majlis pengekembumian ktorg trus solat isyk n trus blek ke shah alam...ayah pon perlukan rehat jgk utk g mekah nih....tp aku pasan la, lepas abis je majlis, ayah da nmpk sedikit lega..mungkin sbb tanggungjawab die sebagai seorg anak lelaki da selesai....harap2 la ayah aku dpt g mekah dgn lebih tenang lagi berbanding sblm nih...lgpn ayah aku da mmg agak opah akan meninggal mengikut kondisi die pas kene strok...ayah ckp ayah aku jangka sama  ada sblm ayah aku bertolak atau semasa ayah aku kat mekah...sbb tuh ayah bole menerima benda tuh dengan redha...satu lagi hikmh die, ayah aku dpt jmp ngan suma adik beradik die sblm g mekah..cuma paklong aku la yang xde sbb die da ade kat mekah......

selasa 25oktober2011

pg2 da bgn da..mak n ayah da bersiap2 nk g Kelana Jaya....aku pon turut bersiap nk hantar diorg....dlm kul 7pg ktorg bertolak..smpai dalam kul 7.30pg....org da mmg ramai dan padat...then ayah n mak daftar utk amik barang n ktorg tolong la packing2 lagi sket2 barang2 yang mak ayah dpt dari tabung haji...b4 mak ayah check in tuh smpat la amik gambar....harap2 mak ayah dapat g sne dgn hati yang tenang...smoga ayah dan mak mendapat haji yang mabrur hendaknya...AMIN~









p/s : time tulis nih kul 12.50 tghari..rse2nya ayah n mak da nek flight da....

kapal terbang nie kot..hehe

gmbr bile upload kat cni xbes la plak....:'(

Monday, October 24, 2011

weekend yg penuh sayuuu~



aku xtau npe lately hati nih asyik sayu jek...rsenya mcm something yg akan berlaku tp aku xtau ape die...dan aku rse kesayuan hati ini sbb mak ayah akan g mekah kot xlama lagi...mesti plek kan??n aku pon plek gak..huhu

mula2, bila aku dengar khbar brita yang disampaikan oleh akk aku yg mak ayah nk wat haji aku sgt gembira..bersyukur sgt2 sbb mak ayah akhirnya dpt g mekah..mmg impian mak selama nih nk wat haji tahun nih sbb bulan jun ari tuh mak n abg ngah wat umrah..so smgt tuh masih menebal...sbnrnya time rayuan mula2 tuh da xdpt, tp bak kata org rezeki ALLAH yg tentukan..tgk2 bru 2mggu lepas dpt berita yang ayah n mak dpt g mekah...akhirnya hajat mak tercapai..syukur pada MU ya ALLAH...

sejak dpt berita tuh jek, bru aku sedar yang hati nih sgt2 sayu + sensitif...makin lama makin sayu...air mata sering jadi peneman tiap kali aku keseorangan...tiap kali aku senyap....plg kurg pon, air mata tuh akan bertakung jek kat kelopak mata tuh...plek ttp plek tp mungkin sbb aku xpernah terlalu jauh ngan mak ayah kot..lagi2 lama kot..dlu pon mak wat umrah pon 2 minggu jek...nih smpai 44 hari aka sbln lebey...lgpn raya haji nih diorg xde...1st time raya tanpa mak ayah aku...sedey woooo...sob,sobs,sobsss...:'(

jumaat 21oktober2011
pagi2 aku da xsabo2 nk blek..tiap2 kelas dalam tuh aku xley nk fokus apa yg lecterur ajar...isyk3..da kronik bebenor aku rse..plg ketara klas physical chem la..klas last skali...sayu gile ati nih..mata da berair da..tp aku tahan gak la n try utk fokus...ada la 2-3 part yg aku bole fokus,then jd blek...abis klas jek mmg hapy gile...trus aku soh aini hntrkan aku kat stesen U..da xmau blek kolej da...da xsabo2 nk blek nih...huhu

bila da smpai pudu central trus bli tiket...alhamdulillah dapat tiket kul 1..jam time tuh da kul 12.30tghri..so dalam 1/2 jam je la yg aku kne tggu...ok la kan....jln2 kat pudu central tuh since 1st time aku dtg sjk pudu central nih siap...tgk2 da kul 12.50tghri n bas pon da smpai...nek la bas...bas gerak jek aku trus tdo...bgn2 da smpai bukit gantang..mmg xsedar langsung..then ayah call ckp nk tggu kat simpang...senang la xyah aku tggu lme2...

malam tuh ada kenduri doa selamat sempena mak ayah nk wat haji...wat kat msjid jek...time baca yaasin tuh mmg aku rse sayu sgt...air mata nih asyik tahan jek...xnak bg mengalir..sayu btol...kat luar hujan mencurah2..dari asar bawak la ke maghrib,smpai la isyak...bak kata makcik aku,hujan rahmat...harap2 begitulah..semoga ALLAH merahmati mak n ayah...tp even hujan pon ramai jugak di klgn jiran2 dan sedara mara yg dtg membaca doa selamat skali dan beri nasihat utk mak ayah aku....thanks sume sudi hadir....

sabtu 22oktober2011
pg2 pas subuh tdo blek...xley nk ubah rutin nih..ngatuk kot sbb mlm td pon tdo lewat...then kakcik kejut aku soh bersiap2 nk g umah opah..kakcik ckp opah sakit kuat..mak ayah da g dlu da...aku pon kelam kabut la mandi dan bersiap...hati aku berdebar2 memikirkan apa yang terjadi ngan opah....

smpai umah opah jek, aku tgk pakcik2 n makcik2 aku ngah baca yaasin utk opah aku...2-3 org yg len membantu opah aku...xsure wat ape..tp ada yg lap kat muka die...ada yg yang bce shahadat kat telinga opah aku...aku n kakcik trus amik yaasin n bacakan utk opah aku bersama2 yang len....time nih suasana mmg sedey la....makcik aku da sebak da..aku nmpk mata die da merah da....yg len muka jek nmpk sedey dan risau..n 1st time dpn mata aku, aku nmpk ayah aku nangis...wlpn ayah aku try tahan, tp aku sempat terpandang muka ayah aku tuh....sbgai anak,spe la yg xsedey kan tgk mak die sakit mcm tuh kan...aku pon bace yaasin smbil tahan air mata nih kuar..sedey tgk opah aku...sedey tgk ayah aku..sedey tgk sedara2 aku yg len...hati aku benar2 tersentap masa tuh....tghari tuh,ayah n mak mintak diri dlu sbb brg byk yg xkemas lagi...aku n kakcik pon follow skali la tp trus blek umah je la...

ptg tuh,xtau nk wat ape,aku on9 jap..ngah on9 tuh tetiba fareha call...aku tnye kat fareha awat call die kata sje jek nk call...wlpn plek tp aku layan je la..die kata ada kat pdg long ball...ngah training..sje jek call aku sbb rindu...plek btol bdk nih tetiba call...then tnye sal peri...cne ngan interview peri..aku interview peri pon gtau aku mcm tuh jek...mcm xberminat nk gtau...ntah2 mmg xnak gtau..then fareha yg tnye mmg trasa la gak...fareha tau,tp aku xtau..hurm......tp bile pk2 blek, xpe la if die xnak cite...kalo die cite aku dgr..kalo xnk cite senyap je la...xyah sibok2 nk amik tau..nnt die kate aku nih penyibok plak kan...lgpn spe la aku nih nk amik tau lebey2 pasal die...huhu

malam tuh plak,mel msg aku..mel tnye da wish fareha ke blom...aku tnye kat mel blek wish sbb ape??rupa2nya hari nih beday fareha la...adoiii...aku xtau la fareha...sorry sgt2..mel gtau yg fareha tacing abis sbb xde spe yg ingt beday die..owh fareha...jgn la majuk sme aku...pastuh tetiba aku tringt..ptt la fareha call aku...ntah2 die call aku dgn harapan aku akan wish die..tp malangnya mmg aku xwish pon...alaaaaaaaaaaaaaaaaaa...fareha,mintak maap byk2...rabi xsengaja....:'(

ahad 23oktober2011
bgn pg2 tolong mak kemas rumah...ari nih cadangnya mak ayah nk berangkat ke shah alam sblm berangkat ke mekah selasa nih....pg2 pon da ada kwn2 mak ayah dtg jmp b4 diorg berangkat...tghari tuh paksu ada dtg umah..die datang jmp ayah n nk tau gak perkembangan pasal opah sbb mlm smlm ayah ada melawat opah kat spital...time nih tgh aku kemas2 apa2 yg ptt kat dapur tuh,smbil tuh pasang telinga...nih kes nk tau sal opah jek..apa da jd..sbb smlmnya bila aku tnye ayah juz jwb yg opah kne strok..n kesihatannya still sme mcm mne aku jmp die pg tuh...tp aku xpuas ati ngan jwpn ayah tuh..sbb tuh aku pasang telinga dengar..sorry ye ayah...ayah cita kat paksu yg mlm tuh kbtn time ayah aku melawat tuh, doktor pakar ada skali..doktor tuh ckp mmg da xde harapan da sbb opah ada darah tinggi n sgt2 tinggi...sbb tuh bole kene strok...n doktor tuh kata mmg kne gne bantuan pernafasan la...kalo tetiba xberfungsi, doktor tuh xsanggup nk paksa die mcm tekan2 dada so that oksigen bole msuk..sbb yela opah pon da tua kan..tp doktor tuh ckp die akan wat yg terbaik la...aku rse time tuh mmg ayah aku da ready da dgn segala kemungkinan yang akan terjadi kat opah....siap pesan kat paksu kalo opah meninggal apa yg ptt dibuat...hurm...sedey gak..pastuh aku trus blah g dapur tlg akk aku msk..da xnk dgr perbincgn yg len...lgpn aku nk dgr yg tuh jekk....

ptg tuh ramai la sedara mara sblh ayah dtg...yg dok dkat tepeng smpailah yg dok kl...diorg dtg pon sbnrnya tgk opah tp da alang2 tuh tgk mak ayah skali la...muka sorg2 mmg sedey....yela benda yg xtersangka kan..mengejut brita nih....ptg tuh spt yg dirancang, pas asar wat doa selamat sket sblm ayah mak nak bergerak...then azan n ktorg pon bergerak...time tuh mmg ujan..smoga hujan rahmat la yang turun time tuh....

mak ada ckp xsangka ramai gak yg dtg umah wlpn hujan..pastuh mak aku pesan,kalo kita baik ngan org,mesti org akan sntiasa ingt kat kita...hujan2 pon snggup dtg baca doa n hantar kita sekali...aku hnya mampu tersenyum sbb mmg mak ayah aku sgt baik ngan penduduk kampang kat cni..sejak 1984 lagi mak ayah dok c2 kan...huhu

aku pon soh abg teh hntr aku kat um..kononnya nk wat assignment...aku ingt kne hntar sok..aku pon rilek2 jap...then kul 11mlm bru nk wat...tetiba terlintas nk tgk due date die..tgk2 kul 11.55mlm...kelam kabut la wat mne yg smpat...jam da menunjukkan kul 11.50mlm...aku nk send...mle2 upload dlu file,then bile nk hantar xley....what??????!!!!!!!!!!then try byk kali smpai da kul 12.00mlm....mmg da xde harapan la.......waaa,sedey xsmpt nk hntar assignment tuhhh....huhu......harap2 la markah assingment nih xbyk sgt..seriously aku xpasan kne hntr b4 kul 11.55mlm..huhu...xpe la...wlpn weekend nih mcm2 bnda berlaku, tp aku ttp puas dpt blek..dpt bersama ngan mak ayah....selasa mak ayah da nak nek flight..nmpknya mcm xg klas la ari tuh..tp bg aku family first...klas tuh aku ley tnya kat kwn2...mge ALLAH meredhai apa yang aku buat ini....amiin~

p/s : post kali nih mungkin bersifat peribadi...aku xtau nk cite kat spe kesedihan aku nih since msg2 pon ada masalah masing2...mungkin blog nih tmpt utk aku luahkan segala2nya~

Wednesday, October 19, 2011

aku ingin mencintaiMU


Penyanyi : Edcoustic
Komposer : Aden
Album : Sepotong Episode
Produksi : Mikamusik Indonesia 2008


Tuhan betapa aku malu atas semua yang kau beri
Padahal diriku terlalu sering membuatMu kecewa
Entah mungkin karena ku terlena sementara Engkau beri
Aku kesempatan berulangkali agar aku kembali

Dalam fitrahku sebagai manusia untuk menghambakanMu
Betapa tak ada apa-apanya aku dihadapanMu
                                                        Aku ingin mencintaiMu setulusnya
                                                                Sebenar-benar aku cinta   
Dalam doa dalam ucapan dalam setiap langkahku
Aku ingin mendekatiMu selamanya sehina apapun diriku
Kuberharap untuk bertemu denganMu yaa Rabbi



jika aku jatuh cinta~


peringatan bersama~