~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~

Wednesday, April 17, 2013

teman rapat dan sahabat~

seseorang yang rapat dengan ku tiba-tiba bertanya,

"kadang-kadang aku pelik dengan cara korang berkawan..macam ada something yang tak kena.."

hurm..actually aku xperasaan pon benda tue sampai la salah seorang kawan aku yang menyedarkan ku..tp aku kira, itu hanyalah andaian semata-mata..tetapi bila satu 'peristiwa' terjadi dan aku benar-benar terkejut...hendak diikutkan bukan sekali tetapi berkali-kali..hurmm...mmg benar apa yang dikatakan oleh kawan aku..memang dia seorang pemerhati yang hebat..namum ayat ini diungkapkan pula oleh seorang lagi kawan yang aku da anggap sebagai sahabat..dan kali ini aku benar-benar mengakuinya..

kadang-kadang ku berfikir, mana silapnya?? aku kah yang bersalah?? atau aku kah yang hanya syok sendiri dengan mereka sedangkan mereka tidak rasa apa-apa...kadang-kadang aku kecewa dengan diri aku...terlalu melebih-lebihkan mereka dan 'meninggalkan' orang yang benar-benar mengambil tahu pasal aku...akhirnya, apabila aku kesedihan aku orang yang aku 'tinggalkan' bersama aku...maafkan aku sahabat...

namun, aku kira, aku perlu mengambil faktor individu itu sendiri...sem ini aku mengambil banyak subjek berkenaan psikologi..aku tahu, setiap manusia ada perbezaan masing-masing...cara pendekatan yang berbeza...itu aku akui...mungkin mereka berbeza daripada aku...cara mereka approach aku berbeza dengan cara aku approach mereka...tp yang pasti, aku tidak akan meninggalkan sahabat aku yang benar-benar mengambil tahu pasal aku...dan aku harap persahabatan aku ini biarlah kekal...untuk kawan2 aku yang lain, bukan aku ingin sisihkan kamu semua, tetapi aku rasa, aku perlu menghadkannya...kalau  kamu boleh membataskan kepada ku, kamu yang membuat jarak itu kepadaku, mungkin aku patut buat perkara yang sama...andai dulu aku selalu membuatkan kamu semua rasa 'annoying' atas perangai ku, maafkan ku kerana gagal memahami kamu semua..aku ingin jadi yang terbaik untuk semua...tapi malangnya aku tidak mampu...

dan buat sahabat yang selalu berkongsi rasa, selalu berkongsi cerita, terasa, gaduh, merajuk....aku harapkan biarlah ikhlas dan jujur bersahabat dengan ku...andai segala perbuatanku ada yang 'annoying' di mata mu, jujurlah padaku...aku tidak akan mengubah perangai ku disebabkan kamu tetapi sekurang-kurangnya aku boleh mengurangkannya di hadapan kamu....aku menerima mu seadanya, dan ku harapkan kamu menerimaku seadanya jua...bukankah manusia itu dilahirkan dengan kekuatan dan kelemahan yang berbeza-beza...kerana manusia itu saling melengkapi antara satu sama lain....

terima kasih sahabat atas semua nasihat yang sangat-sangat berguna dalam hidupku~

#sahabat 1 =  ku kira sudah 1thn 4 bulan ku bersahabat denganmu sejak msg pertama mu menasihati ku..
                     wlpn kadang-kadang kita sering terasa utk perkara yang tidak perlu, tetapi ku kira kau antara
                     sahabat terhebat yang aku pernah ada..kau mampu membuatkan aku tersenyum di kala aku
                     sedih...kau mampu menaikkan semangat aku di kala aku benar2 down...aku sungguh bertuah
                     mengenali mu sahabat~
#sahabat 2 = dalam 7 bulan kita benar2 mengenali dan rapat...tidak ku duga kita boleh jadi serapat ini di
                     kala ini..perancangan ALLAH sungguh hebat bukan?

yang lain2 ku kira sebagai teman rapatku..sering bergelak ketawa bersama...kadang2 berjaya menasihati ku ke arah kebaikan dan membuatkan hidup ku di UM dan KK9 sangat bermakna...terima kasih untuk semua...^_^

lagu ini khas utk sahabatku dan orang yang anggap aku sahabatnya...tidak lupa kepada teman2 rapatku...=)


No comments:

Post a Comment