~ Kadang-kadang ALLAH jarakkan hubungan kita..kemudian DIA dtgkan pula dengan dugaan..puas kita menangis mencari mana teman kesayangan kita..rupa-rupanya ALLAH ingin hadiahkan kita KERINDUAN YANG BERPANJANGAN...~

~Orang sengaja memuji untuk menguji...Orang suka mengarah untuk lihat kita marah....Orang suka mengajuk untuk lihat kita merajuk....Orang sengaja dengki untuk lihat kita sakit hati...pandai2 la bawa diri... jgn ikutkan hati nanti mati, jangan ikutkan perasaan nanti binasa, gunakan AKAL supaya semua terkawal....Tetapkanlah hati ini..~

~Apabila dirimu memerlukan KEKASIH, maka pilihlah ALLAH....Apabila dirimu memerlukan RAKAN, maka pilihlah AL-QURAN...Apabila dirimu memerlukan SOKONGAN, maka BERTAWAKALLAH kepadaNYA sepenuh hati...kerana DIAlah PENJAGA HATI yang tidak akan pernah hilang malah akan terus KEKAL untuk setiap hambaNYA yang memerlukan~

~Apabila kita menahan sesuatu yang HARAM padahal kita berpeluang melakukannya, ALLAH akan menggantikannya dengan sesuatu yang HALAL dan yang HALAL itu, apabila tiba saatnya ia hadir, ia sangat INDAH.~

~Friendship isn't about who you've known the longest. It's about who walked into your life, said "I'm here for you" and proved it...~

~Jadilah seorang GURU yang hadirnya di TUNGGU, hilangnya di RINDU, ilmunya di BURU, nasihatnya di SERU dan tingkahlakunya di TIRU... ~


Monday, July 9, 2012

HADIS 40 IMAM NAWAWI - HADIS 2


BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG

bersyukur kita kerana masih lagi dipinjam ke dunia..masih mampu lagi bernyawa..masih mampu lagi menghirup udara yang telah ALLAH beri secara percuma kepada hamba2nya...sudahkan anda mngucapkan syukur kepadaNYA?? ayuh kita memuji ALLAH bersama2..

SUBHANALLAH
WAL HAMDULILLAH
WA LA ILAHA ILLAH
WALLAHU AKBAR



hari nie, sprti yang dijanjikan saya akan menyambung dengan hadis yang kedua di dalam hadis 40 imam nawawi.harap dapat manfaat bersama... :)

HADIS 2
IMAN, ISLAM, IHSAN

Daripada Umar r.a. berkata, maksudnya


"Pada suatu hari ketika kami sedang berada di dalam sebuah majlis bersama Rasulullah SAW, tiba2 tampillah di hadapan kami seorang lelaki yang berpakaian serba putih, berambut sangat hitam, tidak terlihat padanya tanda2 bekas perjalanan, dan tidak seorang pun antara kami yang mengenalinya. Lalu duduklah dia di hadapan Nabi SAW, kemudian menyandarkan lututnya pada lutut Nabi SAW dan meletakkan tangannya di atas paha Nabi. 
Selanjutnya dia berkata : 
'Hai Muhammad, beritahukan kepadaku tentang Islam!' 
Rasulullah SAW menjawab :
'Islam itu, engkau bersaksi bahawa sesungguhnya tiada Tuhan selain ALLAH dan sesungguhnya Muhammad itu utusan ALLAH, engkau mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji jika engkau mampu melakukannya.'
Orang itu berkata, :
'Engkau benar.'
Kami pun berasa hairan, kerana dia bertanya lalu membenarkan. 
Orang itu berkata lagi : 
'Beritahukan kepada ku tentang iman!'
Nabi SAW menjawab :
'Engkau beriman kepada ALLAH, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitabNYA, kepada utusan-utusanNYA, kepada hari kiamat, dan kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.'
Berkatalah orang tadi :
'Engkau benar.'
Orang itu berkata lagi :
'Beritahukan kepadaku tentang ihsan,'
Nabi SAW berkata :
'Engkau beribadah kepada ALLAH, seakan-akan engkau melihatNYA, Jika engkau tidak melihatNYA, sesungguhnya DIA pasti melihatmu.'
Orang itu berkata lagi :
'Beritahukan kepadaku tentang kiamat?'
Nabi SAW menjawab :
'Orang yang ditanya tentang itu tidak lebih tahu daripada yang bertanya.'
Selanjutnya orang itu berkata lagi :
'Beritahukan kepadaku tentang tanda-tandanya.'
Nabi SAW menjawab :
'Jika hamba perempuan telah melahirkan tuannya, jika engkau melihat orang yang tidak beralas kaki, tidak berbaju, miskin dan pengembala kambing berlumba-lumba dalam mendirikan bangunan.'
Kemudian orang tersebut pun beredar tetapi aku masih diam tercengang (beberapa lama). Kemudian Nabi SAW berkata kepadaku :
'Wahai Umar, tahukah engkau siapakah yang bertanya itu?'
Saya menjawab :
'Allah dan RasulNYA lebih mengetahui.'
Nabi SAW berkata :
'Dia ialah Jibril. Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu.

[Riwayat Muslim no.8,
               Abu Daud no.4695,
               Al-Tarmizi no.2738 dan
               Al-Nasa'i no.8/97 dengan sedikit perbezaan]



HURAIAN

Melalui hadis ini dapat difahami bahawa 'ISLAM' dan 'IMAN' adalah dua hal yang berbeza secara bahasa mahupun syariat

Satu
'Engkau beriman kepada ALLAH, kepada para malaikat-Nya, kepada kitab-kitabNYA, kepada utusan-utusanNYA, kepada hari kiamat, dan kepada takdir, yang baik mahupun yang buruk.'

a) Beriman kepada ALLAH
-->mengaku bahawa ALLAH itu ada dan mempunyai sifat-sifat agung serta sempurna

b) Beriman kepada Malikat
-->mengaku bahawa para malaikat itu adalah hamba-hamba ALLAH yang mulia

c) Beriman kepada kitab-kitabNYA
--> wajib mengakui ALLAH menurunkan 4 kitabNYA iaitu
i) Zabur - Nabi Daud as
ii) Taurat - Nabi Musa as
  iii) Injil - Nabi Isa as
iv) Al-Quran - Nabi Muhammad SAW

d) Beriman kepada utusanNYA
--> mengaku bahawa para Rasul itu jujur dalam menyampaikan segala ajaran yang diterima dari ALLAH dan mereka diberikan mukjizat untuk mengukuhkan kebenaran.

e) Beriman kepada Hari Kiamat
--> mengaku adanya hari kiamat, termasuk dalamnya hidup kembali setelah mati, berkumpul di padang Mahsyar, perhitungan dan pertimbangan amal, menempuh jambatan antara syurga dan neraka

f) Beriman kepada takdir yang baik mahupun buruk
--> ALLAH telah berfirman yang bermaksud, "ALLAH menciptakan kamu dan semua perbuatan kamu (Surah al-Saffat 37 : 96)

FirmanNYA lagi yang bermaksud, "Sungguh segala sesuatu telah Kami ciptakan dengan ukuran tertentu (Surah al-Qamar 54 : 49)

Sabda Rasulullah SAW dalam hadis Ibn Abbas yang bermaksud :
"Ketahuilah, sekiranya semua umat Islam berkumpul untuk memberikan sesuatu keuntungan kepadamu, tidak akan kamu perolehi selain daripada apa yang telah ALLAH tetapkan untuk dirimu. Sekiranya mereka berkumpul pula untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu, nescaya tidak memudaratkan kamu kecuali apa yang telah ALLAH tetapkan untuk dirimu. Semua pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering dakwatnya."

Mazhab salaf dan para imam khalaf mengatakan, sesiapa yang membenarkan semua urusan bersungguh-sungguh lagi penuh keyakinan dan tidak sidikit pun terlintas keraguan, maka dia adalah mukmin sejati.


Dua
"Pengembala kambing"

Disebut secara khusus kerana mereka merupakan golongan Badwi yang paling lemah.
Maksudnya, keadaan mereka itu miskin. Secara umumnya mereka tidak mampu mendirikan bangunan.
Berbeza dengan para pemilik unta yang umumnya adalah orang berharta.



Tiga
"Dia datang kepada kamu untuk mengajarkan kepada kamu agama kamu"

Menurut Syeikh Muhyidin al-Nawawi dalam Syarah Sahih Muslim, ayat ini bermaksud, Jibril datang untuk mengajarkan asas-asas agama secara umum.
Hal ini kerana isi hadis yang terpenting ialah penjelasan tentang Islam, Iman dan Ihsan serta kewajipan beriman kepada ketetapan takdir ALLAH.

Diriwayatkan daripada Abu Husain, yang dikenali sebagai Ibn Bathal al-Maliki, dia berkata :
"Pendapat golongan ahli sunnah baik yang salaf mahupun yang khalaf menyatakan bahawa iman itu berupa perkataan dan perbuatan yang terkadang bertambah, terkadang berkurang seperti firman ALLAH yang bermaksud :

Untuk menambah keimanan mereka pada keimanan yang sudah ada sebelumnya (Surah al-Fath 48:4)"

KLIK UNTUK MELIHAT HADIS-HADIS YANG LAIN
p/s : huraian yang terdapat dalam buku xsume yang aku tulis. maaf dipinta~

2 comments: